eL-MahDi
"The Rising Empire"

Sultan Bertitah

4/19/2009 12:48:00 PM
"Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda Sultan Azlan Shah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Titah ini sebenarnya terjentik ke atas kemelut yang berlaku di Perak. Kekacauan yang ditimbulkan golongan perampas kerajaan Perak diperhati oleh Sultan sebenarnya dari dekat dan mendalam. Sultan memahami pada dasarnya akar kepada permasalahan yang timbul dari kekacauan di negeri jajahan Tuanku.

"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara," titahnya. Baginda juga mengharapkan agar parti dan kumpulan politik berbeza pendapat di Malaysia bersatu dan mencari titik persefahaman agar masalah yang mengacau kini dileraikan.

Oleh itu, saya selaku rakyat yang kerdil mengharapkan agar pemimpin kita untuk berfikir panjang dan membuka fikiran dan pandangan untuk bersatu memakmurkan negara. Yang salah ditegaskan salah. Yang benar dipasakkan benar. Jangan kerana berbeza pandangan dan pendapat, semua yang putih disuarakan hitam. Bersamalah kita pulang kepada matlamat asal kita sebagai khalifah yang mengajak kepada kebenaran lantas mencerca dan menjauhi kemungkaran.

Kesatuan ummah diutamakan dan kejayaan berpanjangan diperbanyakkan. InsyaAllah.
Read On 0 comments

Examination

4/14/2009 04:26:00 PM
Bermula 20 April hingga 8 Mei 2009..

Tarikh keramat bagi warga UKM tahun akhir terutama saya yang akan menempuh ujian dunia sebagai pelajar iaitu peperiksaan. Tarikh di atas adalah tarikh umum peperiksaan di UKM. Namun, untuk saya pula secara khusus, peperiksaan akan bermula dan berakhir seperti tarikh di bawah:
17 April - 4 Mei 2009

Di dalam hidup ini, kita menempuh pelbagai ujian. Ujian ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai ujian melihatkan kelemahan dan tindakan manusia yang kerdil. Adakah manusia tersebut akan terus tewas atau berusaha untuk menghadapinya.

Ujian juga sebagai cara Allah meningkatkan iman seorang hambanya. Dengan hadirnya sebarang ujian dan musibah, seseorang yang beriman sudah pasti akan menerima dengan tabah dan redha dan menganggap ujian tersebut dengan perasaan kehambaan dengan berusaha menyelesaikan masalah tersebut dan seterusnya berserah kepada Tuhannya.

Di dalam menempuh cabaran mencari ilmu sebagai pelajar, pelbagai cabaran dan dugaan saya hadapi. Menerima ilmu di kelas dengan rasa ngantuk, pensyarah yang penuh dengan 'karenah' dan 'perangai' pelik yang diumpat pelajar, peperiksaan yang memeningkan, kehidupan harian di hostel yang tiada kesudahan dan sebagainya. Namun, semua ini saya redha dan yakin dengan ketentuanNya.

Abdullah Ibn Mas'ud R.A berkata:

Ertinya: 'Sentiasalah manusia berada dalam keadaan baik selagimana mereka mengambil ilmu dari orang berpengalaman (berusia), mereka yang amanah dan para ulama mereka, dan tatkala mereka mengambil ilmu dari mereka yang kurang pengalaman (muda remaja) dan yang jahat, nescaya mereka akan mula hancur' (Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadhlih: 1/616)

Semoga apa yang saya pelajari di UKM sepanjang 4 tahun mendapat keberkatan Ilahi dan dirahmati. Moga Allah memberikan pertolongan kepadaku di dalam peperiksaan yang menjelang tiba. Doaku agar pendidik di UKM meredhai ilmu yang dilimpahkan seterusnya dikasihi Ilahi di atas Ilmu yang dicurahkan kepada hambaNya yang kerdil ini. Amin..
Read On 0 comments

YB Nga Bersalah Baca Qoran! Mohon Maaf Sekarang!

4/10/2009 09:26:00 PM
Assalamualaikum..
“Saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang." Kata-kata inilah yang terkeluar dari mulut seorang ADUN Pantai Remis, Perak apabila diminta memberikan komen mengenai ucapannya kepada rakyat yang juga diselitkan dengan beberapa ayat Al-Quran.

Islam pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah dan menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum, suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Hakikatnya, Al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa. Bagi hemat saya, keberanian beliau yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu 'penerimaan' yang cukup menggalakkan. Tiada sebab ia tidak dialu-alukan. Bahkan Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita sebagai hamba yang dhaif untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami Al-Quran?

Isu yang terbangkit ialah nama surah yang disebut salah tetapi ayat yang diterjemahkan adalah betul. Bacaannya boleh diterima dimana hanya intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Hatta, ada juga orang Islam, yang sudah lama Islamnya sekalipun, masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjang pendeknya. Namun, beliau tidak mentafsir. Beliau hanya membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Beliau menterjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Al-Quran pada asasnya juga merupakan suatu buku yang terkandung di dalamnya akan kata-kata Tuhan Yang Penyayang. Kita sebagai salah seorang makhluk yang lemah diberi kelebihan dan rahmat untuk berada dan menikmati salah satu mukjizat kebesaran Yang Maha Pemurah. 'Kata-kata' penuh hikmah itu diberikan kepada manusia untuk memakmurkan dan dikongsi bersama walau apa jua kulit, rupa dan budaya. Ia tidak terhad kepada golongan tertentu mahupun Melayu, walaupun Cina, walaupun india, walau sesiapa.

Persoalannya, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam sejak lahir inipun turut tidak salah? Mana satukah lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca Al-Quran? Apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat membuktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya hampir pasti akan ada kekurangan yang turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya. Ini merupakan titik permulaan. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia adalah satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita bagi dimanfaatkan di dalam ucapan mereka. Ini merupakan satu revolusi di dalam negara di mana orang yang belum Islam ini sudi menerima Islam dan bersama di dalam kepimpinan Islam.
Read On 0 comments

Takbir!

4/07/2009 11:10:00 PM
Alhamdulillah..
Ketiga-tiga pilihan raya telah berlansung dan berjalan dengan baik dan aman. Tahniah kepada yang telah memenangi pilihan raya tersebut. Semoga dengan kemenangan tersebut, kesemua wakil rakyat kita ini akan menjalankan tugas mereka dengan baik dan ikhlas. Semoga anda semua dalam bimbingan Allah dan tergolong di dalam golongan pemimpin yang dipimpin Allah ke jalan yang diredhainya. Dengan ini, saya dengan sepenuh rasa syukur dan gembira, berbesar hati memaparkan keputusan keseluruhan rasmi bagi ketiga-tiga kawasan tersebut.

Parlimen Bukit Gantang:
Majoriti: 2,789
Undi Rosak: 456
% Mengundi: 75.10%
Pemenang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas)
Keseluruhannya:
Ismail Saffian (19,071); Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (21,860); Kamarul Ramizu Idris (62)

DUN Bukit Selambau:
Majoriti: 2,403
Undi Rosak: 415
% Mengundi: 70.28%
Pemenang: S Manikumar (PKR)
Keseluruhannya:
S Manikumar (12,632); Datuk S Ganesan (10,229); Tan Hock Huat (78); Radzi Md Lazim (25); Mohd Fadzil Wahab (83); Abdul Rahim Abu (60); L Sarala (49); A Jayagopal (35); S Moganakumar (46); Khamis Awang (29); Husaini Yaakob (257); M Vaneson (32); Mej (B) Anuar Abd Hamid (528); T Chandrarajan (73)

DUN Batang Ai:
Majoriti: 1,854
Undi Rosak: 59
% Mengundi: 75.32%
Pemenang: Malcolm Mussen anak Lamoh (BN)
Keseluruhannya:
Malcolm Mussen anak Lamoh (3,907); Jawah anak Gerang (2,053)
Read On 0 comments

2-1...Alhamdulillah...

4/07/2009 10:22:00 PM
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah, apabila calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dan 13 calon Bebas. Manikumar memperoleh 12,632 undi manakala calon BN, Datuk S Ganesan, 49, mendapat 10,229 undi dalam pertandingan paling ramai calon dalam sejarah pilihan raya negara.

Semua 13 calon Bebas hilang wang deposit selepas gagal mendapat undi minimum satu per lapan daripada keseluruhan undi, sekali gus mencatatkan satu lagi sejarah sebagai pilihan raya paling ramai calon hilang wang deposit. Pilihan raya kecil itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila kertas undi paling besar digunakan bagi memuatkan 15 nama dan simbol calon.

Kira-kira 70.28 peratus daripada 35,140 pemilih berdaftar di DUN Bukit Selambau keluar mengundi di 22 pusat pengundian yang dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang. Sebanyak 415 undi ditolak.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Abdullah Mat Akhir, tepat jam 10.48 malam di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan V Arumugam dari PKR sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau dan Exco kerajaan negeri pada 9 Februari lalu. Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Arumugam yang bertanding atas tiket Bebas sebelum menyertai PKR, menang dengan majoriti 2,362 undi ke atas calon BN, S Krishnan. Arumugam mendapat 13,225 undi manakala Krishnan memperoleh 10,863 undi.

Kemenangan PKR ini diikuti selepas pengistiharan kemenangan Calon PAS di pilihan raya Parlimen Bukit Selambau, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, dengan memperoleh majoriti 2,789 undi mengalahkan dua pencabarnya daripada BN dan bebas. Di samping itu, kemenangan tersebut diikuti selepas pengistiharan kemenangan Calon BN di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Malcom Mussen Lamoh, 49, yang menang dengan majoriti 1,854 undi.

Dengan ketiga-tiga keputusan rasmi ini, maka PR secara keseluruhannya memenangi dua pilihan raya dan BN pula Mendapat satu. Alhamdulillah..
Read On 0 comments

1-1

4/07/2009 09:45:00 PM
Calon Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan rasminya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dengan memperoleh majoriti 2,789 undi mengalahkan dua pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) dan Bebas. Bekas Menteri Besar Perak itu memperoleh 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian (19,071) dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris (62).

Ini adalah kali kedua Pas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang sebelum ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak kawasan Parlimen itu diwujudkan pada 1986. Pas buat kali pertama memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu apabila calonnya Roslan Shaharum menewaskan calon BN, Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

Pengumuman keputusan pilihan raya itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mahmod Mursidi tepat jam 9.39 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), di sini. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu. Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Roslan menang dengan majoriti 1,566 undi mengalahkan M Murganan (Bebas) dan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (BN).

Kemenangan PAS ini diikuti selepas pengistiharan kemenangan Calon BN di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Malcom Mussen Lamoh, 49, yang menang dengan majoriti 1,854 undi.

Dengan kedua-dua keputusan rasmi ini, maka BN dan PR masing-masing telah memperolehi satu mata. Hanya tinggal keputusan bagi pilihan raya DUN Bukit Selambau sahaja yang tidak diumumkan secara rasmi. Perkembangan seterusnya akan saya bawakan setelah diketahui keputusannya.
Read On 0 comments

1-0

4/07/2009 08:37:00 PM
Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan selesa dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, apabila calonnya, Malcom Mussen Lamoh, 49, menang dengan majoriti 1,854 undi. Jumlah majoriti yang diperolehi itu juga lebih sekali ganda meningkat berbanding majoriti 806 undi yang diperolehi BN dalam pilihan raya umum negeri bagi kerusi berkenaan pada 2006.

Mussen yang memperoleh 3,907 undi mengalahkan pencabar tunggalnya, Jawah Gerang, 55, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya mendapat 2,053 undi.Keputusan rasmi bagi pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Batang Air, Nelson Mujah Girie tepat jam 7.45 malam tadi.

Mussen yang tiba di kompleks berkenaan pada jam 6.30 petang, meraikan kemenangan bersama Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing; Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Openg dan Naib Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan serta pemimpin BN yang lain yang turut berada di pusat pejumlahan undi.

DUN Batang Air mempunyai 8,006 pengundi berdaftar dengan 7,963 adalah pemilih biasa dan 95 peratus daripada pengundi di situ adalah pengundi Iban.

Cuaca yang baik juga membolehkan ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab, dengan peratusan pengundi yang keluar mengundi semalam meningkat kepada 75.32 peratus berbanding 73 peratus pada 2006. Pengarah Pilihan Raya Negeri, Takun Sunggah, turut berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya kecil berkenaan yang berjalan lancar, tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku. Katanya, peti undi pertama tiba di pusat penjumlahan undi pada jam 12 tengahari, manakala yang terakhir tiba pada jam 7.25 malam tadi.

Sebanyak 26 pusat mengundi dibuka di 24 daerah mengundi dengan tempat mengundi ditutup seawal jam 11 pagi kerana kedudukan jauh dihulu dan jumlah pengundi yang sedikit.

Read On 0 comments

Jom Merotan!

4/06/2009 10:26:00 PM
Hukuman rotan di sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau memberitahu Dewan Negara di sini, hari ini, bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.

Bagaimanapun, kebenaran untuk merotan pelajar hanya akan dibenarkan kepada pihak tertentu sahaja dan mempunyai prosedur khusus yang perlu diikuti. Ia termasuk soal mengenai siapa yang boleh diberikan kuasa merotan di samping ibu bapa akan dimaklumkan terlebih dulu, bila hukuman akan dijalankan. "Kementerian berharap tindakan yang akan dilaksanakan ini akan dapat mengurangkan kes disiplin pelajar dan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang peri laku anak mereka di sekolah," katanya.

Ini membuktikan bahawa beberapa tindakan untuk memansuhkan dan menghapuskan tindakan merotan sebagai pengajaran kepada murid dan anak-anak adalah kembali dan relevan. Pada hemat saya, tindakan merotan ini perlu bagi mendidik pelajar supaya terdidik dari segi rohani dan jasmani. Cuma mungkin bagi ibu bapa zaman kini yang mungkin tidak dapat melihat keberkesanannya kepada anak-anak yang merasakan tindakan ini sebagai luput dan basi.

Ini juga sebenarnya sebaris dengan apa yang telah disarankan Nabi iaitu 'pukullah anak kamu sedari kecil' supaya dia menjadi seorang insan yang berguna. InsyaAllah..
Read On 0 comments

Kecewa Lagi!

4/05/2009 09:13:00 PM

Sungguh kecewa..

Keputusan telah pun diumumkan. Juara Grand Prix Australia, Jenson Button, meneruskan kisah hebat Brawn GP apabila diisytihar pemenang perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia yang terpaksa dihentikan pada pusingan ke-32 akibat hujan ribut di Litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi.

Selepas hujan lebat dan ribut petir melanda, pihak FIA mengambil kira keputusan setakat 32 pusingan daripada 56 pusingan sepatutnya. Ini menjadikan Nick Heidfeld dari pasukan BMW Sauber dan Timo Glock dari pasukan Panasonic Toyota Racing masing-masing menamatkan saingan di kedudukan kedua dan ketiga.

Yang mengecewakan adalah apabila diketahui bahawa pertandingan ditamatkan pada pusingan ke-32, hanya 23 pusingan sahaja lagi untuk menamatkan perlumbaan. Apa yang berlaku adalah hari hampir malam dan dikuatiri keselamatan pelumba tidak dapat terjamin melihatkan ramai pelumba yang terpaksa keluar dari perlumbaan akibat tergelincir.

Namun, kecewa tetap kecewa. Saya mengharapkan perlumbaan akan diteruskan namun tidak kesampaian. Oleh itu, keputusan telah diperolehi seperti yang tercatat di bawah:
1. Jenson Button (GBR/Brawn-Mercedes)
2. Nick Heidfeld (GER/BMW Sauber)
3. Timo Glock (GER/Toyota)
4. Jarno Trulli (ITA/Toyota)
5. Rubens Barrichello (BRA/Brawn-Mercedes)
6. Mark Webber (AUS/Red Bull-Renault)
7. Lewis Hamilton (GBR/McLaren-Mercedes)
8. Nico Rosberg (GER/Williams-Toyota)
9. Felipe Massa (BRA/Ferrari)
10. Sebastien Bourdais (FRA/Toro Rosso-Ferrari)
Read On 0 comments

Hantu...

4/04/2009 06:32:00 PM
Pengundi Hantu..
Merupakan antara kejadian yang biasa berlaku di dalam pilihan raya di Malaysia. Taktik kotor dan tidak amanah ini banyak dilaporkan. Terbaru, Angkatan Muda Keadilan ada mewar-warkan tentang kononnya mereka mengesan lebih 2,200 pengundi hantu, terutama di Taman Bandar Baru.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ada memberi jaminan bahawa tidak akan ada pengundi hantu wujud terutama di Bukit Selambau. Terlintas difikiran saya tentang persoalan bahawa bagaimana beliau dengan yakin memberikan jaminan tersebut sedangkan apa yang sepatutnya diperkatakan olehnya adalah memberi jaminan dan membuat pemeriksaan teliti bagi memastikan ketiadaan pengundi hantu tersebut. Bukan terus menidakkan kewujudan mereka.

Beliau juga mendapat laporan bahawa terdapat beberapa orang yang menahan kereta dan memasuki rumah tertentu untuk memeriksa kehadiran wujudnya pengundi hantu di Bukit Selambau. Katanya; "orang awam tiada kuasa membuat pemeriksaan begitu termasuk meminta kad pengenalan individu lain. Jika ada sebarang maklumat pengundi hantu lapor kepada polis. Kita memberi jaminan tiada pengundi hantu di sini dan semuanya adalah berdaftar".
Read On 0 comments

Najib says...

4/03/2009 09:08:00 PM
Seorang pemimpin negara yang baru baru sahaja menyampaikan ucapannya. Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mewar-warkan kepada rakyat jelata akan perkara yang akan dijalankannya serta merta. Berikut adalah antara yang akan dilakukannya mengikut apa yang diperkatakan:
1. Membebaskan 13 tahanan ISA
2. Menarik larangan penerbitan ke atas Harakah dan Suara Keadilan
3. Pengajian semula ke atas ISA
4. Memperkenalkan cogan katanya yang baru untuk kerajaan baru; "semangat 'Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'."
5. Memperkenalkan blognya yang terkini yang memberi perkembangan terkini mengenai program harian beliau menerusi www.1malaysia.com.my

Tarbaru, beberapa diplomat asing telah menyatakan kesediaan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Malaysia. Ini diterjemahkan sendiri oleh Duta Amerika ke Malaysia iaitu James R Keith, "Sedang Malaysia meneruskan dengan perubahan politiknya, kami berharap untuk menjalin hubungan dengan kepimpinan baru Malaysia dan rakyat Malaysia untuk menzahirkan potensi penuh hubungan kukuh dan memajukan pembangunan hubungan dua hala," katanya di dalam ucapan tahniah kepada Najib sempena pelantikannya sebagai Perdana menteri.

Saya buka mahu mempromosikan perdana menteri baru kita ini. Akan tetapi, saya mahu kita semua mengetahui perkembangan terkini dan tindakan pemimpin baru kita ini. Saya memohon agar kita semua menilai kemampuan beliau. Mari kita bersama melihat samada beliau ini mampu dan ikhlas menjalankan tugas sebagai pemimpin negara atau hanya mengejar nafsu sahaja.

Kehadiran Duta Amerika menyatakan kesediaan menjalin hubungan dengan Negara juga memberikan amaran kepada umat Islam akan maksud sebenar kuasa zalim dunia tersebut ke atas Malaysia. Malah, apakah sebenarnya maksud tersirat disebalik halangan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan yang beberapa hari kemudian dibatalkan arahan tersebut lalu membenarkan kembali penerbitannya setelah pemimpin baru mendapat jawatan? Apakah pula definisi tindakan membebaskan tahanan ISA dan pengkajian semula ISA? Adakah ini satu gimik untuk mencalarkan sedikit muka bekas Perdana Menteri atau keikhlasan hati? Bersamalah kita fikirkan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini supaya kita bersama mengambil iktibar di atas apa yang berlaku. Inilah antara bukti akhir zaman di mana pemimpin yang jahil dan zalim menjadi pemimpin. Orang yang sebenarnya tidak bersih menjadi pemimpin dan disanjungi ramai. Bahkan ulama dan alim diherdik dan dihina juga diendahkan.
Read On 0 comments

Tun Abdullah Ahmad Badawi

4/03/2009 11:13:00 AM
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara, anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, pagi ini. Datin Seri Jeanne Abdullah pula menerima darjah kebesaran Seri Setia Mahkota yang turut membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong.

Abdullah, 69, menerima anugerah tertinggi negara "Seri Maharaja Mangku Negara" (SMN) manakala Jeanne, 55, menerima anugerah "Seri Setia Mahkota" (SSM).

Istiadat penganugerahan itu berlangsung selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.
Read On 0 comments

Perdana Menteri Malaysia Ke-6

4/03/2009 11:08:00 AM

Perdana Menteri Malaysia yang baru telah pun dilantik. Dengan itu, secara rasminya Malaysia telah pun mendapat PM baru yang ke-6. Orang yang dimaksudkan adalah Datuk Seri Najib Adbul Razak. Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Najib mengikut jejak allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976, apabila beliau meninggal dunia akibat leukemia. Acara penuh istiadat itu bermula apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada jam 10.05 pagi.

Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada jam 10.10 pagi. Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.

Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Read On 0 comments

Kecewa Hamilton

4/03/2009 09:20:00 AM
LEWIS Hamilton dan pasukannya McLaren Mercedes dibatalkan penyertaannya pada perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) Grand Prix Australia, manakala Jarno Trulli dari Toyota kembali menduduki tempat ketiga.

Dalam kenyataan Persekutuan Otomobil Antarabangsa (FIA) yang dikeluarkan di Litar Antarabangsa Sepang semalam, badan induk itu menyebut McLaren didapati bersalah sengaja memberikan keterangan mengelirukan kepada pegawai perlumbaan pada perbicaraan yang diadakan pada 29 Mac lalu. Malah, Hamilton dan McLaren turut berdepan kemungkinan dikenakan tindakan tambahan atas kesalahan itu.

"Pada peringkat ini, kami tidak menolak kemungkinan adanya tindakan tambahan," kata jurucakap FIA.

Di Melbourne, Hamilton yang menduduki tempat keempat dalam perlumbaan itu dinaikkan ke tangga ketiga selepas pegawai perlumbaan memutuskan Trulli bersalah kerana memintas Hamilton ketika kereta keselamatan berada di litar.

Keputusan terbaru FIA itu menyaksikan Hamilton dilucutkan daripada kedudukan tempat ketiga dalam perlumbaan di Litar Albert Park, Melbourne minggu lalu manakala mata yang diperoleh pasukannya turut digugurkan. Dalam perlumbaan minggu lalu, Hamilton yang berada di kedudukan ke-18 pada awal saingan, dianugerahkan tempat ketiga apabila Trulli dikenakan penalti 25 saat selepas keputusan awal menyatakan pelumba Itali itu bersalah. Bagaimanapun, semalam Hamilton dipanggil mengadap steward bagi membincangkan apa yang disifatkan FIA, adanya elemen bukti baru diperoleh badan induk itu. "Kami memang kecewa dengan keputusan ini, tapi kami tidak akan mengemukakan rayuan. "Ia adalah keputusan yang agak keterlaluan tetapi pengalaman mengajar kami untuk menerima keputusan ini," kata prinsipal McLaren, Martin Whitmarsh.

Kelmarin, Trulli ketika ditemui di ibu negara menegaskan, dia kecewa dengan keputusan pegawai perlumbaan, namun tumpuannya tetap fokus kepada saingan Ahad ini. "Bagi saya keputusan FIA mengenakan penalti terhadap saya adalah suatu yang salah, tetapi tumpuan kini lebih kepada di Sepang Ahad ini dan saya yakin terhadap kemampuan Toyota," katanya yang meraih podium pertama selepas menduduki tempat kedua di Sepang pada 2005.

Read On 0 comments

K-Ekonomi?

4/02/2009 09:32:00 AM
1 April yang lalu, Bernama ada melaporkan tentang usaha memberi kawalan kepada aset intelektual di China. Ini merupakan beberapa kutipan dari berita mereka..

'Chinese Premier Wen Jiabao said here Wednesday the government would increase efforts to protect intellectual property rights (IPR), China's Xinhua news agency reported. China has intensified IPR protection, with nationwide campaigns launched every year since 2004. Last year, the government unveiled its Outline of National Intellectual Property Rights Strategy, aimed at promoting innovation and the use of new technologies by China's industries.'

China telah mengiktiraf dan memandang K-ekonomi ini sebagai suatu yang penting bagi negara mereka dan telah lama mengiktiraf kemajuan yang dicapai penduduknya. Kita, Malaysia masih lagi seperti biasa agak lambat untuk bersaing dan mengaplikasikan pelbagai teknik dan kemajuan ekonomi yang telah lama diguna pakai di dalam negara-negara maju.

Saya sebenarnya ingin bercerita panjang tentang kelambatan dan 'slow' dalam pentadbiran dan keadaan di Malaysia di dalam pelbagai aspek. InsyaAllah jikalau ada masa nanti akan saya komenkan panjang lebar mengenai perkara ini..
Read On 0 comments

PM baru atau tidak?

4/02/2009 09:24:00 AM
Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi, Jumaat ini di Istana Negara, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Tuanku Mizan berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama Najib menghadap Seri Paduka pukul 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

Adakah ini merupakan satu keadaan yang baik? Najib yang dikatakan mempunyai latar belakang kotor dikaitkan dengan kes Altantuya bakal menjadi ketua negara? Perlukah kita sebagai warga Malaysia mempunyai ketua yang tidak Thiqah? Bersama kita memikirkan...
Read On 0 comments

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers