eL-MahDi
"The Rising Empire"

Segi Tiga Emas?

3/30/2009 11:11:00 PM
Kampung Baru..
Satu-satunya kampung yang terletak di dalam bandaraya Kuala Lumpur yang indah..
Keindahan Kuala Lumpur sememangnya telah tersohor dan dikenali..
Namun, apakah maksud sebenar 'keindahan' yang terdapat di Kuala Lumpur tersebut?
Adakah keindahan dengan bangunan yang tinggi menggunung?
Atau dengan kebersihan alam dan persekitaran bandar?
Atau juga dengan kemewahan barangan yang dijual dan diperagakan di bandar tersebut?
Atau dengan keburukan dan kekotoran yang terselit dan tersorok dengan perkataan 'indah'?
Hanya kita sebagai rakyat Malaysia sahaja yang mengetahui..
Terutama warga Kampung Baru, kampung yang terkenal di seluruh Malaysia..

Perancangan telah dibuat dan pembangunan akan dijalankan..
Pembinaan satu bangunan baru yang dikatakan akan memberi keuntungan dan menaikkan taraf kampung popular tersebut..
Ia dinamakan dengan nama Puncak Baru..
Mungkin juga menjadi pusat bagi pelbagai kegiatan warga Kampun Baru, mungkin juga sebagai proksi untuk memperkenalkan Kampung Baru..
Semua ini bergantung kepada kebijaksanaan anda dan tindakan anda sebagai rakyat Malaysia terutama penduduk Kampung Baru..
Read On 0 comments

Conficker.C ???????????

3/30/2009 08:59:00 PM
CyberSecurity Malaysia, pusat pakar nasional bagi keselamatan siber, sedang berusaha untuk menangani sebarang kemungkinan kesan ulat 'Conficker.C' kepada pengguna komputer.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt-Kol (Bersara) Husin Jazri, berkata CyberSecurity bekerja sama rapat dengan pendaftar domain .my dan rakan kongsi antarabangsa lain untuk mengurangkan penyalahgunaan domain oleh Conficker.

“Situasi terkawal dan nasihat ini adalah sebahagian daripada inisiatif kesedaran kami untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai apa yang sedang berlaku berkaitan dengan keselamatan ruang siber," katanya dalam satu kenyataan kepada Berita Harian.

Conficker.C adalah versi ulat yang diubah suai dan diprogram untuk dihubungkan kepada domain secara rawak bermula Rabu ini.

Ia menyerang komputer dengan sistem operasi tetingkap yang tidak dikemas kini atau dilindungi dan kemudiannya menghubungkan kepada laman web milik pencipta ulat conficker untuk dapat kembali arahan mengenai “what to do next” ("apa yang perlu dilakukan seterusnya").

CyberSecurity menerusi Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengeluarkan kenyataan amaran berkaitan Conficker.C pada Januari.

Kenyataan amaran itu boleh diakses menerusi: laman web http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index.html

Husin Jazri menasihatkan pengguna komputer mengemas kini sistem operasi tetingkap dalam komputer mereka dan merujuk kepada kenyataan yang menerangkan langkah untuk menangani ulat tersebut.

“Kami amat menggalakkan orang awam untuk sentiasa mengunjungi laman web kami untuk membaca perkembangan terkini kami dan nasihat mengenai Conficker.C worm.

Organisasi dan individu juga dinasihatkan melapor kepada keselamatan siber insiden seperti serangan perisian bahaya dalam komputer mereka menerusi emel kepada cyber999@cybersecurity.my untuk analisis dan tindakan selanjutnya oleh pakar keselamatan siber kami," katanya

Read On 0 comments

Kenapa Saya Tidak Hadir?

3/30/2009 04:42:00 PM
Begitulah apa yang ditanya kepada Tun apabila beliau tidak hadir ke perhimpunan Pemuda Umno yang lalu..
Ada yang membuat kontroversi beliau tidak hadir kerana kekalahan anaknya..
Namun, ada maksud tersirat dari apa yang dilakukannya..
Semua ini terjawab apabila beliau sendiri menyatakan sebab ketidak hadiran beliau di dalam blognya sendiri (http://chedet.co.cc/chedetblog)..
adakah kerana rasuah di dalam Umno? adakah kecewa kerana kekalahan anaknya?
Semua ini terjawab di dalam blognya sendiri..
Mari kita melayarinya bersama...

Read On 0 comments

Panas! Panas! Panas!

3/30/2009 02:20:00 PM
Semakin hari semakin panas!
Itulah yang boleh saya katakan tentang apa yang sedang hangat berlaku di beberapa tempat tumpuan utama pada masa kini di Malaysia..
Semakin banyak isu dan hal yang dibangkitkan pelbagai pihak..
Samada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional..
Kedua mereka nampaknya semakin tidak mahu melepaskan ketiga-tiga kerusi yang bertanding..
Isu DUN Perak yang menghadapi krisis, bakal Perdana Menteri Malaysia dengan isu Altantuya, BN dengan isu rasuah, dan tidak terlepas PR dengan isu suka menuduh..
Yang mana satu betul dan mana yang tidak pun tidak dapat dibezakan lagi..
Namun, semua isu ini tetap perlu kembali kepada kesatuan dan pegangan kita kepada keharmonian Malaysia..
Kita tidak terlepas daripada tanggungjawab kita untuk memajukan negara walaupun kita berlainan pendapat tentang politik..

Rakan FEP 'Akuez' di Bukit Gantang

Petugas Umno memasang poster
Read On 0 comments

Melon Yang Sedap!

3/30/2009 01:13:00 PM

Wah!
sedapnye...
itu le kata2 yang saya blh katakn..
bukan saje sedap di makan tapi sedap juga untuk dijual..
bukan apa..
alang-alang buat projek paper kelas Keusahawanan ni..
buat la promotion skali orang kate..
kalau anda semua mahu merasa buah ini, sila la datang dan cari saya..
kami sebagai kumpulan yang akan menulis projek Rock Melon atau Melon Glamor akan memastikan anda pasti tertarik dengan rasa dan keunikan buah ini..
wah..terliur dah mulut ni bila fikir..

Read On 0 comments

F1 - Keputusan Tidak Terjangka!

3/29/2009 09:51:00 PM
Walaupun saya tidak berkesempatan untuk menonton F1 hari ini, namun, saya tetap terkejut dengan keputusan yang dikeluarkan.

Jenson Button memenangi perlumbaan pembukaan Formula 1 di Australia, hari ini, seterusnya memberikan kemenangan pertama Brawn GP, yang membuat kemunculan sulungnya dalam siri perlumbaan itu!

Button mendahului dari awal sehingga tamat perlumbaan, menewaskan rakan sepasukannya, Rubens Barrichello dan pasukan Toyota yang dipandu Jarno Trulli, dengan perlumbaan itu ditamatkan dalam keadaan kereta keselamatan berada di dalam litar susulan kemalangan yang berlaku pada penghujung perlumbaan berkenaan.

Ia adalah pertama kali sejak 1977 satu-satu pasukan memenangi perlumbaan sulungnya.

Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Robert Kubica dari BMW masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga terbabit dalam kemalangan dengan hanya berbaki empat pusingan. Kejadian yang mengecewakan saya selaku peminat kumpulan F1 Sauber Petronas.

Di samping itu, saya sertakan keputusan keseluruhan bagi perlumbaan F1 yang telah berjalan pada hari ini di Litar Australia:
1. Jenson Button, 2. Rubbens Barrichell, 3. Lewis Hamilton, 4. Timo Glock, 5. Fernando Alonso, 6. Nico Rosberg, 7. SebastienBuemi, 8. Sebastien Bourdais, 9. Adrian Sutil, 10. Nick Heidfeld, 11. Giancarlo Fisichella, 12. Jarno Trulli, 13. Mark Webber, 14. Sebastian Vettel, 15, Robert Cubica, 16. Kimi Raikonen, (Ret) Felipe Massa, Nelsinho Piquet, Kazuki Nakajima, Heikki Kovalainen

Berikut pula adalah kedudukan mata bagi pelumba:
Jenson Button 10, Rubens Barrichello 8, Lewis Hamilton 6, Timo Glock 5, Fernando Alonso 4, Nico Rosberg 3, Sebastien Buemi 2, Sebastien Bourdais 1

Ini pula adalah kedudukan mata bagi pengeluar kereta:
Brawn-Mercedes 18, McLaren-Mercedes 6, Toyota 5, Renault 4, Williams-Toyota3, STR-Ferrari 3
Read On 0 comments

PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai

3/29/2009 09:31:00 PM
Terkini!!

Penamaan calon telah dijalankan bagi tiga bahagian pilihan raya yang akan diadakah 7 April ini!
Dengan ini, saya sertakan nama calon yang akan bertanding di tempat masing2..

Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang:
1. Calon Barisan Nasional, Ismail Saffian
2. Calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
3. Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris
Pengumuman pengesahan calon bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya, Datuk Mahmod Morshidi jam 11.20 pagi.
Menurutnya, calon paling awal kemuka borang pencalonan ialah Mohammad Nizar jam 9.06 pagi diikuti Ismail (9.20 pagi) manakala Kamarul Ramizu (9.35 pagi)

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau:
1. Calon BN, Datuk S Ganeson
2. Calon PKR, S Manikumar
3. Calon Bebas, Abdul Rahim Abu
4. Calon Bebas, Husaini Yaakob
5. Calon Bebas, Anwar Abd Hamid
6. Calon Bebas, Radzi Md Lazim
7. Calon Bebas, Khamis Awang
8. Calon Bebas, Mohd Fadzil Wahab
9. Calon Bebas, S Moganakumar
10. Calon Bebas, V Venison
11. Calon Bebas, L Sarala
12. Calon Bebas, T Chandrarajan
13. Calon Bebas, R Loganathan
14. Calon Bebas, Tan Hock Huat
15. Calon Bebas, A Jayagopal
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Abdullah Md Akhir, mengumumkan demikian di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.
Ini seterusnya menjadikan pilihan raya di Dun Bukit Selambau sebagai bersejarah di mana terdapat calon yang paling ramai dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air:
1. Calon Barisan Nasional, Malcom Mussem Lamoh
2. Calon Parti Keadilan Rakyat , Jawah Gerang


Oleh itu, saya menyeru supaya sesiapa yang berkenaan agar turun mengundi memilih calon yang anda rasakan dapat meningkatkan martabat Malaysia.
Saya sebagai warga negara Malaysia sendiri menyeru agar anda semua memilih calon yang berwibawa dan dapat membela hak anda.
Terutama bagi warga India dan Cina yang agar terpinggir.
Anda adalah rakyat Malaysia tidak kira warna kulit atau bangsa.
Sumbangan anda kepada perubahan pentadbiran negara amat saya hargai.
Takbir!!!
Read On 0 comments

Masa Tercipta

3/28/2009 08:58:00 AM
Alhamdulillah..

dengan nama Tuhan Yang Berhak atas segala..
hari bersejarah terlahir kerna terhidupnya blog ini..
bertarikh 28 Mac 2009, jam 9pagi..

sepenuh kesyukuran ku lahir atas kenikmatan hidup ini atas kehebatan Yang Maha Esa..
pemberian kehidupan di atas keberkatan dunia yang penuh pancaroba..
sepanjang lebih 22 tahun mengharungi hidup dengan penuh pertolongan dari Yang Berkuasa kepada hamba yang lemah dan hina..
ku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi memberikan kekuatan malam dan siang..
kuasa yang tidak tidur dibuai mimpi dan dibawa kelekaan..
tidak seperti hambanya ini yang tidak berdaya melawan kelemahan tubuh yang lemah tidak berdaya menahan ngantuk siang malam..

sepenuh khusyuk ku hadiah selawat ke atas Muhammad yang ummi tidak berbapa dan beribu sekecilnya kehidupan..
memberikan jalan berliku penuh halangan yang jelas kebenaran dihadapan..
berbekalkan motivasi dari Tuhan mengharungi kutukan dan hinaan jahiliah..
tanpanya, ku hilang arah tanpa tujuan menuju ke jalan lurus tidak bersempadan, lalai dibuai fatamorgana..

setinggi penghargaan kepada mak, abah, yang memberikan kasihnya lalu mendidik dengan kasih tidak terbanding..
seandai ku alpa kau ingati, seandai ku buta kau tunjukkan, seandai ku lemas kau hulurkan tangan, seandai ku sedih kau hiburkan, kau umpama bulan dikala malam, umpama cahaya dipagi, menyinari memberi kekuatan kepada alam..
ku kasih ku sayang keduamu..
doaku mengiringi perjalananmu walau tidak kau tahu..

keluarga yang mengasihi..
sahabat yang membantu..
guru yang sentiasa membakar diri..
segala sesuatu yang memberi kesan kehidupanku...
menyuluh dan membantu lalu diberikan Allah hidayah atas pertolongan semua..

terima kasih semua..
sekian..
Mohd Alauddin Khalid @ Chik
Read On 0 comments

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers