eL-MahDi
"The Rising Empire"

Adilkah kita?

...1 Ogos 2009...



Tarikh menampakkan keadilan sekali lagi oleh pihak memimpin negara. Kewujudan polis bagi memimpin negara ke arah keamanan digunakan sekali lagi. Seluruh rakyat menyaksikan kerakusan pemilik kuasa negara menjalankan tugas dan amanah dengan nama keadilan. Timbul persoalan utama yang selalu dipersoal. Adakah salah menyuarakan pendapat dengan aman? Perlukah sebarang penahanan dilakukan semata-mata memastikan keamanan dijaga? Perlukah juga asap dan tindakan keras diberikan untuk itu? Perlu kita sedar bahawa Islam tidak pernah menghalang sebarang suara bangkangan dari mana-mana pihak.

Teringat kisah tika salah seorang sahabat menghulurkan idea bantuan lalu menenggelamkan idea Nabi sendiri. Peristiwa Khandak inilah menyaksikan keadilan sebenar Nabi menerima pendapat dan suara umat manusia. Adakah sahabat Nabi tersebut tidak menyedari keagungan dan kesucian Nabi sebagai kekasih Allah? Sudah tentu beliau menyedari lagikan memahami. Seharusnya kita sebagai umat yang menyambung wasiat Nabi mengikuti laluan kehidupan Nabi tersebut. Ini tentulah perlu diikuti terutamanya oleh pemimpin yang seharusnya menyusuri dan mengikuti corak kepemimpinan Nabi.



Dilaporkan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan bom asap dan semburan air di depan kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi meleraikan 'perhimpunan haram' membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang tadi. Tindakan itu diambil apabila lebih 10,000 penyokong Gerakan Mahsuhkan ISA (ISA) tidak menghiraukan arahan polis supaya bersurai. Bersempena kejadian tersebut, 2 wanita peserta himpunan aman Mansuh ISA terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas pengsan terkena tembakan gas pemedih mata di sekitar medan selera Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Rahman, antara lokasi yang menjadi sasaran pihak polis dan FRU. Mereka dipercayai terkena tembakan gas pemedih mata itu 15 minit sebelum pasukan bantuan tiba.



Selain itu, di SOGO, 10 orang ditahan polis, hampir kesemuanya anggota Unit Amal PAS, termasuk ketua Unit Amal PAS Pahang. Di laporkan juga, peguam PKR Sivarasa Rasiah turut ditangkap polis. Sementara itu pula, kira-kira jam 5.15 petang tadi, pihak polis cuba memasuki Pejabat Agung PAS dipercayai bagi menahan beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat. Kemudian, AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika dihubungi menyifatkan tindakan polis yang menggunakan kekerasan untuk menyuraikan demonstrasi sebagai bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan yang menjamin hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. "Tiada sebarang tindakan di luar batas yang dilakukan oleh peserta himpunan. Segalanya datang dari provokasi pihak polis," tambahnya.

Sehingga kini, antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan. Dilaporkan juga, hampir 500 orang rakyat telah ditahan. Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.



Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah mustahil untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda atau ditukar namanya supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Beliau berkata, negara memerlukan undang-undang seperti ISA yang boleh menahan seseorang itu untuk disoal siasat sebelum sesuatu perkara atau kes itu dibawa ke mahkamah, selain turut memerlukan undang-undang lain. "Pada hemat saya, kita jangan lihat dalam negara kita sahaja. Lihat di negara jiran kita atau di negara-negara lain. Mereka pun mempunyai undang-undang yang lebih kurang sama atau yang lebih keras daripada itu. Maka ia (ISA) adalah bertujuan untuk mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik supaya tidak menimbulkan permasalahan agama, kaum dan budaya dan inilah yang mahu ditekankan oleh pihak kerajaan."

Kini, bukan persoalan keperluan keselamatan yang dipersoalkan. Akan tetapi, persoalan keadilan di dalam Islam yang dipersoalkan. Zalimlah kita sekiranya memfitnah dan menghukum seseorang manusia itu sebelum dibuktikan kesalahannya. Kezaliman inilah yang dipersoal dan seharusnya dihapuskan. Akta ini tidak patut jika hanya dikaji. Semestinya ianya dihapuskan terus dari dunia. Bukan hanya kajian semula dan namanya ditukar. Kita tidak seharunya membanding-bandingkan diri kita dengan negara yang lebih teruk tahap keadilan mereka jika mahu menjadikan negara kita lebih baik di dalam melusuri perjalanan Nabi memimpin umat. Perlukah juga kita mengikut sebuah negara yang terbukti kezaliman dan kekafiran mereka di dalam memimpin?



Inikah keadilan yang diinginkan rakyat dan manusia? Perlukah juga sebarang tindakan provokasi dilakukan dengan menyembur gas pemedih mata kepada peserta yang tidak langsung melakukan sebarang tindakan keganasan kepada polis bahkan persoalan tentang percubaan memasuki Pejabat Agung PAS semata-mata menahan individu tertentu turut menjadi tanda tanya. Mereka hanya mahu meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kezaliman yang berlaku di dalam negara dengan akta zalim yang digunakan dengan sewenang-wenangnya. Bukankah sepatutnya pihak polis bertindak mengawal keselamatan dan kelancaran perhimpunan tersebut dan bukannya memarahkan lagi suasana.

Beta percaya jika pihak polis benar-benar melaksanakan tugas seperti diamanahkan tiada kekecohan akan timbul, malah ia dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Ini juga menimbulkan banyak persoalan terhadap kejujuran 1Malaysia yang diunjurkan Perdana Menteri. Ianya umpama omongan kosong bagai tin biskut yang cantik berserikan pelbagai warna yang menyeri tetapi kosong didalam bahkan kalau berisi sekalipun, ianya hanyalah biskut basi dan tidak berkualiti lagikan busuk.
0 comments:

Post a Comment

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers