Langkah terhenti, terkesima..
Apabila melihat betapa ramainya peminat yang hadir.. Tidak beta sangka akan sambutan yang hangat diberikan rakyat beta. Menyambut kepulangan beta ke tanah air. Dewan yang disediakan untuk majlis beta hanyalah sekecil biasa sahaja. Tetapi, yang hadir dan meraikan terlalu ramai sehinggakan beratur mereka panjang menuju ke jalan.
Majlis diadakan di DECTAR. Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Tempat di mana beta melatih kemahiran suara beta dan juga meraikan pelbagai temasya dan keraian. Walaupun majlis tersebut akan diadakan pada minggu hadapan. Tetapi seperti biasa, persediaan awal diadakan lebih awal iaitu pada hari ini. Bermula dengan pengambilan jubah dan peralatan bagi menjayakan majlis.
Sesampainya beta, melihatkan akan keramaian manusia yang hadir, menusuk kalbu beta melihatnya. Tidak beta sangka yang rakyat beta sanggup hadir menyambut beta walaupun ianya hanyalah program persediaan semata. Dengan muka yang terkezut dan layu terasa sayu beta akan pengorbanan yang diberikan rakyat beta. Sedih bercampur gembira tertusuk dihati. Sehinggakan memanda menteri kanan kerajaan menanyakan akan mengapakah beta sedemikian rupa. Risaunya memanda menteri akan kesihatan beta. Walaupun sebenarnya beta tidak sakit. Hanya berasa gumbira.
Beta kemudian melangkah gagah masuk ke dewan dengan disambut pelbagai menteri kerja disana sambil dilihat rakyat jelata merasa megah dan bangga akan mereka dengan kehadiran beta. Beta menuju ke bahagian komputer pendaftaran online MOHE yang tidak beta isi lagi memandangkan kesibukan mengurus kerajaan jajahan takluk beta. Sesudah itu mulalah beta melangkah menuju ke tempat mengambil beg. Beg untuk diisi dengan jubah beta. Sesudah itu beta pergi pula kebahagian pengambilan jubah. Jubah biru yang tidak beta sukakan akan rupanya. Kerna melihatkan akan keuzuran 'design' dan kelapukkan usia.
Maka selepas itu, bermulalah perjalanan beta untuk acara terakhir bersama rakyat iaitu bergambar. Maka ramailah rakyat jelata yang datang dari jauh dan dekat bergambar bersama beta. Menunjukkan kesetiaan dan kemegahan mereka mendapat Sultan seperti beta. Dari satu tempat ke satu tempat beta melangkah berteduhkan kepanasan matahari melayan karenah rakyat yang sayangkan pemimpinnya. Sesudah penat sudah mereka mengambil gambar, maka berlalu pergilah mereka untuk pulang ke rumah masing2. Akhirnya dengan gumbira beta mengakhiri majlis dengan menaiki kenderaan rasmi beta menuju ke istana sambil dilambai seluruhan rakyat merindui pemergian pulang pemimpin tercinta..
This post special for all AcB Group - beta, apai, nije, faiz, ikmal, fuad, fhai, najmie, paan, edy, shai, razak, dikwan, aimi, halis, hanis, dal, ija, munir, cheah, azma, fish, upa, kila, n sume yg beta xsmpt nk tulis hr ni..hehe
5 years ago
Post a Comment