eL-MahDi
"The Rising Empire"

Aqsa

Yang manakah Masjidil Aqsa yang sebenar?



Tanggal 21 Ogos. Tarikh yang amat penting dalam bungkusan sejarah Islam. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir akibat insiden pada tarikh ini. Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki durjana Australia dengan nama Dennis Micheal Rohan telah membakar Masjidil Aqsa. Api menyala membesar membakar tembok dan mimbarnya (Mimbar Solahuddin). Seolah-olah seluruh masjid seakan hampir musnah ketika itu yang melihatkan ketidak hadiran bomba bagi membantu memadamkan kebakaran.

Lalu orang Yahudi ketika itu pun menjalankan pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Yang menjadi persoalan dan kelucuan, Rohan mendakwa dia diutuskan Allah SWT untuk membakar masjid tersebut bersesuaian dengan berita dari kitab Zakaria. Lalu Yahudi dengan senang hati melepaskan Rohan dengan alasan dia gila dan tidak dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Tindakan penghinaan besar inilah yang menyebabkan negara Islam bangkit mempertahankan tempat suci tersebut.

Masjidil Aqsa terletak di Baitulmaqdis timur. Ia merupakan masjid terbesar dikawasan tersebut sehingga mampu memuatkan jemaah seramah 5,000 orang. Masjid ini ditadbir oleh pihak Waqf sejak pendudukan Israel pada 1967. Aqsa bermaksud 'masjid paling jauh'. Ia merupakan simbol keagungan Islam dengan sejarahnya yang agung melibatkan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah menerima pengijazahan ibadah utama umat Islam iaitu Solat.

Perjalanan Isra' Mikraj tersebut mencatatkan pengembaraan Nabi berjumpa Allah dengan menaiki Bura' dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum diangkat kelangit bersama malaikat. Bangunan ini merupakan tapak suci ketiga umat Islam selepas Tanah Haram. Terdahulu, Masjidil Aqsa juga merupakan kiblat pertama Islam sebelum terjatuhnya perintah Allah untuk mengubah keblatnya kepada Masjidil Haram.

Sering kali ramai terkeliru dan tersalah arah akan bangunan sebenar masjid ini dengan sebuah masjid lain yang berdekatan dengannya iaitu Qubbah As-Sakhrah (Dome of Rock). Ini juga mungkin disebabkan daya tarikan kepada bangunan Qubbah tersebut yang unik dan cantik. Salah satu juga disebabkan agenda Yahudi yang berjaya memesongkan umat Islam di dalam mengenali bangunan masjid yang sebenar. Sering kali Zeonis dan Barat menyiarkan akan gambar Qubbah bagi diertikan sebagai Masjidil Aqsa (gambar dibawah).



Lokasi Qubbah tidak jauh sebenarnya dari lokasi sebenar Masjidil Aqsa. Qubbah juga dikenali sebagai Masjid Umar kerna dikatakan pernah menjadi tempat Saidina Umar Al-Khattab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis. Di dalam masjid ini tersimpannya sebuah batu besar yang terapung. Batu tersebut merupakan tempat berdirinya Nabi semasa ingin diangkat naik kelangit. Diriwayatkan bahawa di atas mukjizat dan kebesaran Nabi, batu tersebut ingin mengikut Nabi naik ke langit tetapi ditahan malaikat. Lalu terapunglah ia sehingga kini. Namun, di atas angkara jahat Yahudi, maka disimennya keliling batu dan ditinggikan kawasan tersebut bagi memadam kebenaran yang terlihat.



0 comments:

Post a Comment

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers