eL-MahDi
"The Rising Empire"

..7..8..9..

Cantik juga nombor ni..

7hb Ogos 2009. Tarikh bermula lembaran kehidupan. Kisah kehidupan beta yang bermula kini dengan kitab baru berazam baru. Mengenang kembali akan jalur kehidupan sedari kecil hingga dewasa. Melintasi luka onak duri suka duka. Detik-detik yang dikecap memberi sejuta makna pengajaran mempengaruhi perjalanan kehidupan beta sehari-hari. Memandu beta memilih jalan berduri penuh ranjau dengan penuh kesabaran. Tersandar akan beta dengan bantuan demi pertolongan dari keluarga dan rakan seperjuangan. Memberi pertolongan dan menghulur bantuan menyuluh jalan yang gelap tiada bersuluh bulan nan terang.

Nombor 7. Seseorang menyukai nombor ini. Sebuah nombor yang membersih belukar yang sesak. Belukar yang tiada ternampak akan matlamat dihadapan. Membersih lalu menyemai benih baru hinggakan terbawa cahaya baru kehidupan bertemankan nur suci panduan Ilahi. Nur kasih dipunyai Tuhan Yang Maha Agung. Meminjamkan nur itu kepada manusia tanpa meminta balasan dari makhlukNya. Nur yang memberi ketenangan agung menyinari kehidupan manusia melihat kebenaran dunia sementara berbanding akhirat yang kekal abadi.

Nombor 8. Sebagai baju membawa imej diri dikhalayak ramai. Bersifat dan berfikiran Singa. Mengaum menunjukkan kekuatan diri. Memimpin umpama pemimpin sekalian alam. Memacu pengikut menuju matlamat yang satu. Menonjol dengan kelebihan dan keistimewaan diri. Memandu kehidupan sekeliling membawa keceriaan yang abadi dalam kehidupan mereka.

Nombor 9. Selaku anak yang hampir akhir. Nombor yang paling disukai memandangkan kelebihan dalam diri selaku anak. Melihat mencontohi jejak langkah saudara kandung tua lain menuju kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Nombor pemain bola sepak terkemuka dunia yang gah dengan gelaran 'striker'. Menyerang gawang lawan sehingga terbolos memenangkan kumpulan menongkah lawan. Nombor yang dahulunya mengajar banyak erti kehidupan yang diperbatasan dosa dan pahala.

Semua ini memberikan diriku makna akan kehidupan sebagai insan yang lemah tidak berkuasa. Memerlukan bantuan dari Yang Esa. Berbekalkan ilmu yang cetek lagikan kabur tidak terlihat isi tertanam di dasar. Ku bersyukur kurniaan Tuhan. Moga dikurnia iman. Untuk mengenal siapa Tuhan.
0 comments:

Post a Comment

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers