Rejab berlalu kini Sya'ban menjelang menanti kehaidran Ramadhan..
"Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketikaaku berpuasa”
(HR an-Nasaie)
Malam Nisfu Sya'ban
Malam Nisfu Sya'ban
Kelebihan Malam ini telah disebutkan dalam hadith sahih daripada Mu'az bin Jabal r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
'Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di malam Nisfu Sya'ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan' (H.R Ibnu Majah, at-Thabarani dan Ibnu Hibban)
Pada malam ini juga, adalah di antara malam yang dikabulkan doa. Megambil pendapat Imam asy-Syafi'e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:
'Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan Malam nisfu Sya'ban'
Post a Comment