Selasa, 28 Julai 2009, bertempat di surau Cimb Damansara. Ceramah oleh Ust Badrul Amin. Penceramah yang ku segani sejak kecil dengan alunan suara zikir munajatnya yang menyayat hati meruntuhkan jiwa nurani mengingat kembali kebesaran keagungan Ilahi. Dengan fokus 'Kemanusiaan', ceramah disampaikan selama lebih 30 minit itu menyedarkan diri fokus kehidupan serta matlamat hidup dunia. Memulakan segalanya dengan alunan zikir munajat. Mengingatkan daku semasa kecil mendengar zikirnya mendayu.
'Allahu, Ya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Wa Syukurillah, Allahuakbar, Astaghfillahalazim, Allazi La Illaha Illah, Wal Haiyu Kaiyu, Wa Atubu Ilaih..'
Meneruskan ceramah kemudian dengan menyedarkan kami yang mendengar akan matlamat setiap perlakuan. Hidup manusia penuh dengan memuaskan 2 nafsu utama. 'Perut' dan 'Bawah Perut'. Segalanya kerna itu. Mencuri kerna 'perut'. Merogol dan zina kerna 'bawah perut'. Rasuah dan penindasan kerna 'perut'. Hidup mewah kerna 'perut' dan 'bawah perut'.
Perut..
Kerna perutlah manusia diturunkan ke bumi. Ingatlah kembali peristiwa nenek moyang kita, Adam dan Hawa, yang memakan buah terlarang di syurga.Bawah perut..
Kisah jenayah pertama yang dilakukan manusia di dunia iaitu pembunuhan manusia yang juga saudara sendiri serta pengajaran Allah mengenai kaedah penanaman manusia yang mati di bumi. Kerna bawah perutlah anak adam membunuh saudaranya untuk memiliki wanita yang diidamkannya.Ingatlah kita. Malaikat pernah menyoal dan akan kesangsiannya setelah kewujudan tubuh badan manusia tika pertama kali manusia diciptakan dengan tanah tanpa bertatahkan roh Allah. Sebelum kemasukan roh dan perintahan Allah menyujud malaikat kepada Adam, peristiwa pengenalan manusia kepada malaikat telah berlaku. Persoalan demi persoalan diajukan kepada Allah oleh malaikat bersempena kejahilan hambaNya itu kepada Tuhan Pencipta. Dari atas ke bawah akan nama dan biodata tubuhnya disoal.
'Apakah yang diatas itu?' malaikat bertanya. Lalu diperkenalkan Allah tentang 'otak'. tempat letaknya manusia berfikir dan merancang. 'Berfikir apa?' malaikat bertanya. 'Macam-macam' jawapannya. Lalu timbul perasaan kebahayaan yang teramat oleh malaikat tentang akan kebahayaan makhluk yang boleh berfikir ini. Dengan fikir, manusia boleh berfikir untuk melakukan apa sahaja.
Turun pula kebawah. 'Apakah yang terbonjol itu?' malaikat bertanya. Lalu diperkenalkan Allah tentang 'mata'. Tempat manusia melihat. 'Melihat apa dan untuk apa?' malaikat bertanya. 'Macam-macam' jawapannya. Timbul pula sekali lagi perasaan bahaya oleh malaikat. Dengan mata, manusia boleh melihat apa sahaja untuk apa sahaja yang dimahukan.
Turun lagi kebawah. 'Apakah pula lubang itu?' tanya lagi. Maka Allah memperkenalkan bahawa itulah 'mulut'. Bahagian manusia menyuarakan pendapat dan kemahuannya. 'Berkata-kata untuk apa?'. dan jawapnya adalah 'macam-macam'. Bertambah perasaan kebahayaan malaikat terhadap makhluk ini. Dengan mulut, manusia menyuarakan segala yang dimahukan samada baik ataua buruk sesama manusia kelak.
Turun lagi kebahagian bawah. 'Apakah yang besar seperti bukit itu?' tanya malaikat. Itulah 'perut' perkenalan Allah kepada malaikat. 'Untuk apa perut ini?'. Sudah tentu untuk simpanan makanan. Apabila penuh dan kenyang, maka manusia ini akan puas. Setelah puas, maka akan malaslah ia. Malas melakukan segala yang disuruh Allah. Kekenyangan inilah yang mendorong manusia melakukan apa sahaja untuk kepuasan 'perut' sehingga melanggar suruhan Allah. Maka terbenaklah akan kerisauan malaikat akan kebahayaan makhluk yang dicipta Allah ini bahawa bahagian inilah yang paling bahaya sekali di dalam sekalian yang telah diperkenal Allah kepada mereka.
Turun pula kepada satu lagi bahagian. 'Apakah pula bahagian pelik di bawah perut ini?' malaikat bertanya lagi. Inilah bahagian paling nikmat yang diciptakan untuk makhluk ini. Tempat dimana manusia apabila menggunakannya akan mendapat kenikmatan dunia yang paling indah. Tempat manusia memuaskan nafsu mereka. Malaikat berasa sungguh runsing. Difikirannya, 'perut'lah yang paling bahaya. Rupanya, inilah bahagian yang paling bahaya sekali. Dengan inilah manusia sanggup melakukan segala dengan seluruh usaha semata-mata kepuasan nafsu mereka.
Nah. Sudah terbukti lagikan bersuluh akan kebahayaan 'perut' dan 'bawah perut' yang dimiliki manusia. Dengan inilah manusia melakukan merosakan di muka bumi. Dengan ini jugalah manusia melakukan bencana dan kezaliman tanpa mengira kemurkaan Yang Esa. Sudah terbukti kini dengan peperangan dan kezaliman di dunia yang maha meluas sehingga tidak dapat dibendung lagikan dengan kekuasaan dan kemaharajalelaan kuasa-kuasa besar di dunia mengawal tindak tanduk negara lain yang tidak berdaya.
Tidak perlu lihat jauh. Di Malaysia sendiri kita lihat akan kezaliman yang ada. Banyak dan berlambak. Kezaliman syarikat dan korporat besar menguasai pasaran kewangan lalu menindas rakyat yang miskin dan lemah. Kezaliman pentadbiran dan perundangan yang memakan rakyat tidak berdaya semata memuaskan nafsu dan hidup pemimpin angkuh. Segalanya boleh terjadi semata-mata 'perut' dan 'bawah perut'.
Post a Comment