Kita sering kali mendengar akan nama ini. Nama seorang Nabi. Yang menyampaikan kebenaran, menyanggah kebatilan. Sebagai utusan mulia Tuhan Maha Pencipta. Kisah Nabi Isa sering kali kita dengar. Selalu juga kita melihat dan membacanya di dalam Kalamullah. Kisah Nabi Isa menyampaikan kebenaran kepada manusia dan umatnya. Akan tetapi ditentang sehabis-habisnya oleh umatnya sendiri.
Nabi Isa ketika itu menyampaikan kebenaran. Maka tidak hairanlah mereka yang berkuasa dan kehausan nafsu menolak dan mencerca kebenaran yang dibawa. Namun, keberkatan Nabi memberikan pengajaran kepada kita bahawa sudah pasti kebenaran itu akan ada yang menentang. Mereka yang menentang hanya mengejar kemewahan dan kepuasan nafsu duniawi sahaja, namun meninggalkan segala yang lebih penting untuk masa hadapan mereka di akhirat.
Mutakhir ini, terdedah pula kepada kita akan nama yang sama namun berlainan latar belakangnya. Mempunyai nama yang sama. Seolah-olah mahu mendapat keberkatan seorang Nabi, namun apabila diketahui segalanya, kenallah kita akan hakikatnya. Apakah itu ISA yang diperkata.
Akta Keselamatan Dalam Negeri diberi nama. Diperkenal sejak berakhir penjajahan negara. Bermatlamat mahu menyekat keganasan Komunis musuh utama. Supaya Malaysia aman sentosa. Dari penjenayah jahat menyiksa rakyat jelata. Tahulah sudah kita akan kebenarannya. Kini ianya menjadi alat utama untuk memastikan penguasaan pemimpin di negara. Menyembur, memukul, menahan, memenjara, menindas dan sebagainya. Dengan alasan keselamatan negara.
Sudah dibuktikan sejak dahulu kala, sejak pemerintahan Tun Mahathir lagi. Bahawa akta diperguna dengan zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ada yang dipenjara bertahun-tahun lamanya. Tanpa boleh diberi penjelasan dahulu. Tanpa boleh mempertahankan diri di mahkamah. Menalifon keluarga memberitahu keadaan diri juga tiada. Segalanya tidak boleh diperlakukan tanpa izin pemimpin tertinggi negara.
Akta yang ketinggalan zaman ini sebenarnya langsung menongkah apa yang diperkatakan di dalam Al-Quran. Bahkan nama Nabi Isa yang diambil namanya pun tidak sekali disamakan dan diambil pengajarannya. Kezaliman kepada umat Islam dan 'yang belum Islam' tercela. Keadilan tercendong menjatuhkan segala yang berada di atasnya. Segala yang diperkata pemimpin negara bagi mempertahankan negara hanya omongan belaka.
P/S: Untuk penjelasan mengapa ISA zalim, boleh menghubungi beta. Terima kasih

Post a Comment