eL-MahDi
"The Rising Empire"

..number 23..

It'z 23..



Teringat akan kisah yang menampilkan Jim Carey sebagai watak utama sebagai seorang pemuda yang pada asalnya hidup teratur dan senang berdampingan isteri dan anak yang dikasihi. Kisah tersebut menemui jalan ceriteranya dengan terbacanya hero kita ini dengan sebuah buku '23'.



Buku tersebut mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang obses dengan nombor 23 yang 'virus' tersebut menjalar kepada pembacanya. Dengan nombor tersebutlah lelaki tersebut mula berubah kehidupannya dan nasibnya. Satu demi satu babak ngeri dan menyayat hati dikisahkan sehingga memegun pembaca yang menghayati termasuklah pembunuhan isterinya.



Kisah di dalam buku tersebut seterusnya mempengaruhi fikiran mental serta fizikal Jim. Sehingga setiap apa yang dibacanya seolah-olah setiap tindakan pencerita terjadi dan dilakukan oleh Jim sendiri. Sehingga hidup Jim seolah-olah sudah berpusing dan tidak menentu dengan keajaiban yang diberikan buku tersebut. Ceritera ini berterusan sehinggalah Jim menyedari akan kebenaran dunianya yang sebenar. Di situlah Jim mengenali dan mengingati akan siapakah dirinya yang sebenar dan tindakannya yang telah lalu. Sudah tentulah siapa sahaja yang pernah melihat ceritera ini akan mengetahui kisah penuhnya. Di sini, beta hanya menyingkap sedikit sahaja babak kisah tersebut.



Kisah di atas sebenarnya tidaklah berlaku kepada beta. Tetapi, beta hanya ingin mengaitkan kisah tersebut dengan umur beta tahun ini. Al-maklumlah, beta sudah pun berumur 23 tahun. Sudah pasti beta merasa gumbira bahkan bersyukur dengan kurniaan umur yang panjang seperti ini. Seharusnya kita mengingati akan kebesaran Allah Yang Berkuasa menghidup dan mematikan. Umur yang panjang tersebut bukan sahaja perlu disyukuri, malah perlu juga kita waspada.



Masa berganti masa. Umur menanti tua. Semakin hari semakin tualah kita. Maka sepatutnyalah kita berbanyakkan kembali kepadanya. Nah. Lagikan dekat hari lahir beta ini dengan Nisfu Sya'ban yang jatuhnya malam semalam. Bahkan jatuhnya hari lahir beta pula pada malam berkat lagi penuh rahmat iaitu Jumaat. Maka Perlulah beta memperbanyakkan amalan dan taubat beta lantaran kerakuran mengejar kemewahan dunia memandangkan kebesaran dan kenikmatan malam Nisfu Sya'ban itu semalam. Di sini juga, beta menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala dan memohon dihalalkan akan segala. Terima Kasih juga atas segala..
0 comments:

Post a Comment

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers