eL-MahDi
"The Rising Empire"

9 Soalan Utk Arak

Di sini diajukan 9 persoalan yang perlu dijawab sebelum memberi komen terhadap isu arak di Selangor.

1. Bukankah rakyat yang ketagih arak di negara ini kerana umno yang membiarkan rakyat mabuk . Apabila rakyat mabuk maka mereka tidak peduli isu stadium runtuh, bagaimana pemimpin mereka boleh bina rumah RM24 juta, kematian Beng Hock, isu wakil rakyat Selangor (kerajaan sebelum ini) belanja RM27 juta dalam masa 50 hari, isu skandal PKFZ, isu siapa bunuh Antatuya.

2. Apa yang dibuat selama 52 tahun mereka memerintah di negara ini untuk membendung masalah arak di negeri-negeri yang mereka memerintah.

3. Kenapa Dato’ Ali Rustam tidak mengharamkan arak di Melaka. Kalau kita ke Melaka Raya bersepah kedai arak, kenapa Ali Rostam tidak ada niat untuk mengawal penjualan arak di negeri beliau.

4. Khairi Jamaludin jangan tunjuk beliau anti arak, kita kenal siapa kamu.

5. Bukankah mereka tidak memberi kerjasama pada program untuk mencegah maksiat dan gejala keruntuhan akhlak remaja. Ini dapat dilihat kes penangkapan penguatkuasa JAWI terhadap 100 orang belia di Kelab Zouk yang sedang melakukan perbuatan durjana dan mabuk. Walaupun ada pandangan yang menyokong tindakan JAWI di kalangan individu yang menjadi pemimpin Pemuda Umno seperti Ustaz Shamsul Najmi Shamsuddin dari Biro Agama Pemuda Umno. Malangnya tindakan yang beliau lakukan telah dibelasah oleh Dato’ Hishamuddin Hussain dan Khairi Jamaluddin Naib Ketua Pemuda Umno yang menganggap bahawa ini pandangan peribadi Shamsul Najmi. (Sunday Mail 27hb Feb 2005)

6. Kenapa pemimpin tersebut tidak mengarahkan supaya wang EPF dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengeluarkan pelaburan mereka di dalam syarikat arak. Isu ini lebih besar kerana membiarkan wang pekerja yang tidak berdosa di dalam kilang arak.

7. Kita tidak pernah dengar pemimpin Umno menyuarakan dalam persidangan umno supaya orang Islam tidak dibenarkan menjadi ahli lembaga syarikat arak.

8. Kita tidak pernah dengar Umno mencadangkan supaya orang Islam tidak dibenarkan bekerja di tempat menjual arak.

9. Kita tidak pernah mendengar Umno berhajat untuk mengawal arak di dalam penerbangan MAS, kerana ia adalah hak kerajaan.

Semoga kita bersama mendapat petunjuk darinya. InsyaAllah..
0 comments:

Post a Comment

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers