eL-MahDi
"The Rising Empire"

Hijrah

Hijrah, perpindahan, bertukar angin, bergerak..

Hijrahnya Rasul ke bumi Madinah. Membawa cahaya bulan yang terang. Hijrahnya Nabi membawa berkat. Wangi rahmatnya ke seluruh dunia. Membawa revolusi kenabian dan pengadaban. Merintasi sempadan laluan menjangkaui pemikiran.

Hijrah pertama umat Islam sudah tentu ramai yang mengetahui. Menjadi negara Islam pertama dunia dengan pendakwahan serta penganutan umat sehingga 2/3 dunia. Membawa kebenaran ayat-ayat Allah yang suci. Menusuk jiwa hati nurani manusia. Sehinggakan Umar terkesima jatuh pedang dan keegoannya mendengar kekuasaan ayat Tuhan Yang Maha Bercahaya. Menenggelamkan kehitaman jiwa yang keras seperti besi menukarkan ia kepada putih berseri lagi disaluti nur roh Ilahi.

Hijrah pula beta kepada satu tempat baru tidak pernah beta duduk. Bahkan tidak lagi beta ketahui akan keadaan dan alam di sana. Baik buruknya beta tawakal dan berserah sahaja kepada Yang Maha Mengatur segala. Perancangan sudah beta jalankan. Akan tetapi, perancangan Dia-lah yang lebih berkuasa. Berhijrah beta bagi menyebar khabar berita gembira menyampai dakwah kepada rakyat melata. Memohon rahmat Ilahi diberi. Merahmati kerajaan baru beta di sana seperti rahmatnya kerajaan Nabi di Madinah kota hijrah pertama.

Tronoh nama tempat yang bakal beta duduki. Bekal usaha rakyat yang mengusahakan sependudukan kerajaan beta. Bertambah lagilah kini penjajahan beta. Setelah baru menjajah Bukit Damansara sepurnama lamanya. Mungkin kali ini akan lebih lama dan sesuai. Berbanding dikelilingi riba' haram menyelubungi diri. Menguruskan hutang piutang manusia yang tidak sedar diri. Angkuh dan bongkak seolah-olah wang itu dipunyai. Tetapi sebenarnya wang itu yang menguasai diri. Sehari-hari membayar hutang berkali-kali. Ditambah bunga penyeri keharaman dan dosa di dalam diri. Semoga mereka mendapat hidayah dari Tuhan Yang Maha Menghakimi.

Atas doa dan tawakal kepada Yang Maha Memelihara. Memberikan keampunan dan rahmat kepada beta. Kini bertukar sudah pendudukan beta. Kepada satu kawasan yang baru. Diselubungi bergunung ilmu. Boleh beta menambah kearifan diri. Dari dhaif kepada alim. Dari leka kepada ingat. Untuk menyerikan alam yang semakin hari tidak bermaya menunggu masa kematian menjelang tiba. Hanya pohon beta kepada semua. Doakan beta semoga dipelihara hendaknya dari segala angkara buruk dan jahat. Memandangkan jalannya beta menempuh duri ranjau dan belukar memenuhi dunia. Amin..
0 comments:

Post a Comment

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers