Hijrah
8/27/2009 06:03:00 AMHijrahnya Rasul ke bumi Madinah. Membawa cahaya bulan yang terang. Hijrahnya Nabi membawa berkat. Wangi rahmatnya ke seluruh dunia. Membawa revolusi kenabian dan pengadaban. Merintasi sempadan laluan menjangkaui pemikiran.
Hijrah pertama umat Islam sudah tentu ramai yang mengetahui. Menjadi negara Islam pertama dunia dengan pendakwahan serta penganutan umat sehingga 2/3 dunia. Membawa kebenaran ayat-ayat Allah yang suci. Menusuk jiwa hati nurani manusia. Sehinggakan Umar terkesima jatuh pedang dan keegoannya mendengar kekuasaan ayat Tuhan Yang Maha Bercahaya. Menenggelamkan kehitaman jiwa yang keras seperti besi menukarkan ia kepada putih berseri lagi disaluti nur roh Ilahi.
Hijrah pula beta kepada satu tempat baru tidak pernah beta duduk. Bahkan tidak lagi beta ketahui akan keadaan dan alam di sana. Baik buruknya beta tawakal dan berserah sahaja kepada Yang Maha Mengatur segala. Perancangan sudah beta jalankan. Akan tetapi, perancangan Dia-lah yang lebih berkuasa. Berhijrah beta bagi menyebar khabar berita gembira menyampai dakwah kepada rakyat melata. Memohon rahmat Ilahi diberi. Merahmati kerajaan baru beta di sana seperti rahmatnya kerajaan Nabi di Madinah kota hijrah pertama.
Tronoh nama tempat yang bakal beta duduki. Bekal usaha rakyat yang mengusahakan sependudukan kerajaan beta. Bertambah lagilah kini penjajahan beta. Setelah baru menjajah Bukit Damansara sepurnama lamanya. Mungkin kali ini akan lebih lama dan sesuai. Berbanding dikelilingi riba' haram menyelubungi diri. Menguruskan hutang piutang manusia yang tidak sedar diri. Angkuh dan bongkak seolah-olah wang itu dipunyai. Tetapi sebenarnya wang itu yang menguasai diri. Sehari-hari membayar hutang berkali-kali. Ditambah bunga penyeri keharaman dan dosa di dalam diri. Semoga mereka mendapat hidayah dari Tuhan Yang Maha Menghakimi.
Atas doa dan tawakal kepada Yang Maha Memelihara. Memberikan keampunan dan rahmat kepada beta. Kini bertukar sudah pendudukan beta. Kepada satu kawasan yang baru. Diselubungi bergunung ilmu. Boleh beta menambah kearifan diri. Dari dhaif kepada alim. Dari leka kepada ingat. Untuk menyerikan alam yang semakin hari tidak bermaya menunggu masa kematian menjelang tiba. Hanya pohon beta kepada semua. Doakan beta semoga dipelihara hendaknya dari segala angkara buruk dan jahat. Memandangkan jalannya beta menempuh duri ranjau dan belukar memenuhi dunia. Amin..
10 kerahmatan
8/27/2009 05:09:00 AMRamadhan. Menjelang kini kedatanganmu dengan penuh barakah. Memberikan peluang kesucian kepada manusia hina. Menjauh diri dari api neraka.
Sering kali beta berfikir akan kehinaan diri. Dengan dosa menggunung yang menongkah laluan kehidupan. Menyukarkan diri untuk berdiri lantaran menahan keberatan dosa akibat kealpaan dan maksiat seharian. Terkadang merasa akan kebodohan diri dihadapan kerahmatan kasih sayang Ilahi. Yang Maha Menyara Hidup memberi kasihNya tanpa mengira. Rahmatnya kasih sayang Allah tidak terbatas membandingkan kepada kasih di dalam diri hamba.
Teringat akan tazkirah yang diberi kepada beta. Begitu beza pemberian kasih Allah antara hamba yang beriman dengan yang biasa. Umpama kasihnya seorang ayah kepada anaknya yang taat berbanding anak yang ingkar. Makan diberi makan. Pakai diberi pakai. Keadilan diberi seadilnya. Namun, kasih tidak begitu. Sudah tentu yang taat mendapat kasih mendalam dari ayah. Sukar untuk disama ratakan. Bahkan Muhammad sendiri tidak berdaya memberi adil kasih kepada isteri-isterinya.
Begitulah kasih dan cinta manusia. Lemah bahkan tidak bertenaga. Tidak boleh diberikan sama rata. Walau sama orang yang dicinta. Terkadang cinta menguasai jiwa. Menenggelamkan roh bagi mencari cinta dunia. Sanggup menggadai nyawa semata untuk dunia dan cinta. Meninggalkan akhirat yang kekal dan pasti. Melupakan janji Tuhan Yang Maha Menepati Janji. Sehingga timbul dibenak akal beta. Mengapa cinta tidak boleh disama rata? Dibahagi kepada dua seadilnya. Agar bahagia kehidupan manusia semua mendapat cinta dan kasih beta. Sehingga akhirnya beta berserah kepada ketentuan Yang Maha Mengetahui. Seperti berserahnya Nabi yang ummi.
Maka kini sampai sudah beta ke gerbang sebuah universiti. Universiti yang saban tahun ditemui. Tetapi, universiti ini bukan universiti biasa. Ia unik lagi dipenuhi hadiah menggunung menunggu untuk diambil pelajar yang tekun di dalamnya. Mempunyai 3 semester istimewa. 10 hari rahmat. 10 hari keampunan. Akhirnya ditamatkan dengan dijauhi alam seksaan yang lapar menunggu mangsanya yang ingkar perintah Yang Maha Menghitung.
Inilah masanya untuk beta memulakan langkah. Mencari rahmat kasih Ilahi. Berbekalkan ilmu dan sokongan. Beta mengorak tingkah menuju ke alam sufi mencari rahmat keredhaan Ilahi. 5 hari sudah berlalu. Tinggal lima lagi yang perlu dikejar. Sebelum rahmat meninggalkan yang leka dan alpa. Sesungguhnya perlu diambil iktibar. Masa mati sudah menggantikan masa baru. Perlulah beta berlari sekuatnya. Semoga rahmat mendekati.
Aqsa
8/22/2009 01:16:00 AMLalu orang Yahudi ketika itu pun menjalankan pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Yang menjadi persoalan dan kelucuan, Rohan mendakwa dia diutuskan Allah SWT untuk membakar masjid tersebut bersesuaian dengan berita dari kitab Zakaria. Lalu Yahudi dengan senang hati melepaskan Rohan dengan alasan dia gila dan tidak dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Tindakan penghinaan besar inilah yang menyebabkan negara Islam bangkit mempertahankan tempat suci tersebut.
Masjidil Aqsa terletak di Baitulmaqdis timur. Ia merupakan masjid terbesar dikawasan tersebut sehingga mampu memuatkan jemaah seramah 5,000 orang. Masjid ini ditadbir oleh pihak Waqf sejak pendudukan Israel pada 1967. Aqsa bermaksud 'masjid paling jauh'. Ia merupakan simbol keagungan Islam dengan sejarahnya yang agung melibatkan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah menerima pengijazahan ibadah utama umat Islam iaitu Solat.
Perjalanan Isra' Mikraj tersebut mencatatkan pengembaraan Nabi berjumpa Allah dengan menaiki Bura' dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum diangkat kelangit bersama malaikat. Bangunan ini merupakan tapak suci ketiga umat Islam selepas Tanah Haram. Terdahulu, Masjidil Aqsa juga merupakan kiblat pertama Islam sebelum terjatuhnya perintah Allah untuk mengubah keblatnya kepada Masjidil Haram.
Sering kali ramai terkeliru dan tersalah arah akan bangunan sebenar masjid ini dengan sebuah masjid lain yang berdekatan dengannya iaitu Qubbah As-Sakhrah (Dome of Rock). Ini juga mungkin disebabkan daya tarikan kepada bangunan Qubbah tersebut yang unik dan cantik. Salah satu juga disebabkan agenda Yahudi yang berjaya memesongkan umat Islam di dalam mengenali bangunan masjid yang sebenar. Sering kali Zeonis dan Barat menyiarkan akan gambar Qubbah bagi diertikan sebagai Masjidil Aqsa (gambar dibawah).
9 Soalan Utk Arak
8/14/2009 10:29:00 PM1. Bukankah rakyat yang ketagih arak di negara ini kerana umno yang membiarkan rakyat mabuk . Apabila rakyat mabuk maka mereka tidak peduli isu stadium runtuh, bagaimana pemimpin mereka boleh bina rumah RM24 juta, kematian Beng Hock, isu wakil rakyat Selangor (kerajaan sebelum ini) belanja RM27 juta dalam masa 50 hari, isu skandal PKFZ, isu siapa bunuh Antatuya.
2. Apa yang dibuat selama 52 tahun mereka memerintah di negara ini untuk membendung masalah arak di negeri-negeri yang mereka memerintah.
3. Kenapa Dato’ Ali Rustam tidak mengharamkan arak di Melaka. Kalau kita ke Melaka Raya bersepah kedai arak, kenapa Ali Rostam tidak ada niat untuk mengawal penjualan arak di negeri beliau.
4. Khairi Jamaludin jangan tunjuk beliau anti arak, kita kenal siapa kamu.
5. Bukankah mereka tidak memberi kerjasama pada program untuk mencegah maksiat dan gejala keruntuhan akhlak remaja. Ini dapat dilihat kes penangkapan penguatkuasa JAWI terhadap 100 orang belia di Kelab Zouk yang sedang melakukan perbuatan durjana dan mabuk. Walaupun ada pandangan yang menyokong tindakan JAWI di kalangan individu yang menjadi pemimpin Pemuda Umno seperti Ustaz Shamsul Najmi Shamsuddin dari Biro Agama Pemuda Umno. Malangnya tindakan yang beliau lakukan telah dibelasah oleh Dato’ Hishamuddin Hussain dan Khairi Jamaluddin Naib Ketua Pemuda Umno yang menganggap bahawa ini pandangan peribadi Shamsul Najmi. (Sunday Mail 27hb Feb 2005)
6. Kenapa pemimpin tersebut tidak mengarahkan supaya wang EPF dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengeluarkan pelaburan mereka di dalam syarikat arak. Isu ini lebih besar kerana membiarkan wang pekerja yang tidak berdosa di dalam kilang arak.
7. Kita tidak pernah dengar pemimpin Umno menyuarakan dalam persidangan umno supaya orang Islam tidak dibenarkan menjadi ahli lembaga syarikat arak.
8. Kita tidak pernah dengar Umno mencadangkan supaya orang Islam tidak dibenarkan bekerja di tempat menjual arak.
9. Kita tidak pernah mendengar Umno berhajat untuk mengawal arak di dalam penerbangan MAS, kerana ia adalah hak kerajaan.
Semoga kita bersama mendapat petunjuk darinya. InsyaAllah..
Melawan Kezaliman Dalam Al-Quran
8/14/2009 09:03:00 PMAl-Qur'an tidak pernah sunyi merakam kisah para nabi, orang-orang soleh terdahulu dalam melawan kezaliman pemerintah.
Al-Qur'an tak pernah mengasuh kita agar mengambil sikap kompromi dengan pemerintahan yang zalim. Kalau kita punya kekuatan, maka lawanlah sehingga tumbang pemerintahan tersebut. Tetapi, jikalau kita tidak mampu melawan pemerintahan zalim itu kerana kita ada kelemahan, maka tiada pula al-Qur'an menyuruh kita bergabung dan menyerah kalah kepada pemerintahan tersebut. Tuhan menyebutkan pelbagai kisah berhubung kaedah melawan jika musuh yang zalim itu ternyata jauh lebih kuat daripada kita. Iaitu, kita perlu melarikan diri, jangan sampai ditahan musuh.
Kata-kata, "If you cannot beat them, then join them.." (kalau anda tak boleh melawan mereka, maka bergabunglah dengan mereka.. atau serang mereka daripada dalam dengan menjadi sebahagian daripada mereka) adalah kata-kata yang tiada asasnya dalam agama kita.
Jika demikian, bagaimanakah caranya melawan pemerintahan yang zalim itu jika telah lumpuh segala kekuatan kita?
Maka, jawapannya ialah, dengan cara melarikan diri, jangan sampai kita ditangkap jentera penguasa yang akhirnya menyebabkan kita bergabung dengan kezaliman penguasa setelah dibasuh fikiran dengan tawaran-tawaran yang mengiurkan - harta, pangkat dan perempuan.
Mungkin, sengaja Allah s.w.t bangkitkan kisah Ashabul Kahfi dalam Surah al-Kahfi itu. Mereka ini telah 'dirugikan' masa mereka di dalam gua itu selama 700 tahun. Walaupun ada beberapa pendapat yang mempertikai mengenai berapa ratus tahun mereka ditidurkan, namun hal itu tidak penting. Yang penting adalah, al-Quran menjelaskan kepada kita bahawa dalam perjuangan ini, berapa banyak masa yang terbuang sekali pun, tetaplah dianggap bernilai, berkualiti dan bermutu dalam pandangan Tuhan, walaupun manusia berasa suatu kerugian hatta terpenjara 17 tahun seperti Said Zahari.
Kita juga boleh berkata, kenapa Ashabul Kahfi habiskan masa berlindung dalam gua sampai 700 tahun itu? Apakah yang Ashabul Kahfi dapat? Ketakutan? Perpisahan daripada keluarga?
Dalam tempoh itu, ketujuh-tujuh pemuda itu mungkin telah bercerai-berai dengan ahli keluarga, dan terputus kasih sayang isteri dan anak-anak jika mereka yang bernikah. Dalam tempoh itu, ada cicit dan keturunan mereka yang mungkin sudah membesar dan pernah mendengar kisah wali 7 yang lari ke gua, tapi tidak pernah bertemu kelibat mereka itu.
Mungkin sesetengah mereka menganggap kisah itu cuma sekadar serpihan kisah dongengan dan ada pula yang meyakini kewujudan 7 pemuda yang hilang dalam gua itu. Mereka cuma tidur, ditidurkan dan tidak pernah keluar berdakwah manusia ke jalan Tauhid, sekadar menyimpan keimanan di dalam dada selama 700 tahun.
Tapi, lihatlah bagaimana Allah s.w.t telah memuliakan kisah mereka dalam al-Quran, sedangkan ada watak Zulkarnain, seorang raja yang hebat dalam siri penaklukannya di belahan dunia Timur, Barat, ada pula watak Musa dan Khidhir, dua rasul yang tak kurang hebat peranan mereka dalam dakwah. Namun, Allah julang nama Ashabul Kahfi sebagai nama surah lalu Rasulullah menyeru umatnya membaca al-Kahfi setiap hari Jumaat atau pada setiap malam Jumaat. Tidur mereka adalah tidurnya seorang pejuang. Tidur mereka tidur perjuangan. Imam as-Syafie dapat menyelesaikan seribu satu macam persoalan fiqah masyarakat lewat tidurnya. Tidur mereka ini tidur yang berkualiti.
Sesiapa yang membaca Al-Kahfi, tentu menyebut dan mengulang-ulang kisah mereka ini di lidah dan meresaplah api kesedaran di dalam dada terhadap perjuangan mereka bagi menyelamatkan iman itu. Bukankah Ashabul Kahfi telah menjadi wira yang diangkat kisah mereka itu sebagai pengetahuan umat Nabi Muhammad s.a.w? Kisah mereka telah menjadi iktibar kepada umat terbaik; umat Muhammad!
Ashabul Kahfi yang mendiami gua itu selama 700 tahun jauh lebih lama terperap berbanding penjara Outram, Singapura yang memerangkap jiwa seorang tahanan ISA, Said Zahari selama 17 tahun. Surah itu sengaja dinamakan Al-Kahfi dengan sebab wujudnya kisah pemuda Al-Kahfi walaupun dalam surah tersebut termuat kisah Raja Zulkarnain yang hebat, kisah Khidhir a.s mendidik Musa a.s yang mana kedua-duanya bertaraf nabi.
Kalau dilihat sekali imbas, tentulah jasa Raja Zulkarnain yang lebih besar kerana penguasa yang adil itu telah mengembangkan risalah Tauhid di sebelah Timur dan Barat dengan lebih luas lagi. Demikian juga, Nabi Musa a.s yang berdakwah terhadap umat Bani Israel yang jauh lebih ramai lagi. Sedangkan Ashabul Kahfi cuma memendam keimanan, memelihara aqidah Tauhid. Manakala, jumlah mereka tidaklah bertambah, sebaliknya kekal seramai tujuh orang sahaja.
Barangkali, mereka itulah 'wira yang sebenar', 'pejuang yang tulen' walaupun Raja Zulkarnain itu kelihatan gagah di sudut pandang mata kita, yang meluaskan empayar Tauhid! Bagi Raja Zulkarnain, tiada lagi yang perlu ditakutkan. Baginda mempunyai kekuatan tentera, tiada raja lain yang dapat memaksanya agar membuang aqidah Tauhidnya, sebaliknya baginda punya kekuatan untuk mengarahkan penduduk lain memeluk ajaran risalah Tauhid.
Demikian Nabi Musa dan Nabi Khidhir yang masing-masing mereka telah dibekalkan mukjizat membelah lautan, tongkatnya berubah menjadi ular sehingga mengalahkan sihir orang-orang Fir'aun serta ilmu kerohanian, ilmu laduni sehingga mengetahui latarbelakang di sebalik sesuatu peristiwa. Sedangkan pemuda Al-Kahfi itu tidak dikurniakan kekuatan seperti raja-raja. Mereka juga bukanlah rasul-rasul yang dikurniakan mukjizat untuk menundukkan kezaliman penguasa seperti Musa a.s.
Mereka hanyalah pemuda biasa seperti kita, yang enggan berkompromi dengan kezaliman raja, enggan tunduk kepada sikap kekejaman raja pada zaman mereka. Lalu, mereka melarikan diri, hidup terasing daripada mata manusia. Ditidurkan selama berapa ratus tahun semata-mata kerana mahu memelihara iman dan kepercayaan yang mereka yakini selama ini. Itu sahaja inti perjuangan mereka. Enggan ditahan, enggan ditangkap dan tidak rela berkompromi dengan kekejaman dasar pemerintahan yang zalim.
Tapi, siapalah yang tahu hal mereka. Bagi Tuhan. Kedudukan mereka di sisiNya sangatlah tinggi.
Ia suatu surah yang sunat dibaca oleh umat Islam dan 'wajib' dibaca oleh mereka yang anti ISA!
I.S.A
8/14/2009 08:37:00 PMNabi Isa ketika itu menyampaikan kebenaran. Maka tidak hairanlah mereka yang berkuasa dan kehausan nafsu menolak dan mencerca kebenaran yang dibawa. Namun, keberkatan Nabi memberikan pengajaran kepada kita bahawa sudah pasti kebenaran itu akan ada yang menentang. Mereka yang menentang hanya mengejar kemewahan dan kepuasan nafsu duniawi sahaja, namun meninggalkan segala yang lebih penting untuk masa hadapan mereka di akhirat.
Mutakhir ini, terdedah pula kepada kita akan nama yang sama namun berlainan latar belakangnya. Mempunyai nama yang sama. Seolah-olah mahu mendapat keberkatan seorang Nabi, namun apabila diketahui segalanya, kenallah kita akan hakikatnya. Apakah itu ISA yang diperkata.
Akta Keselamatan Dalam Negeri diberi nama. Diperkenal sejak berakhir penjajahan negara. Bermatlamat mahu menyekat keganasan Komunis musuh utama. Supaya Malaysia aman sentosa. Dari penjenayah jahat menyiksa rakyat jelata. Tahulah sudah kita akan kebenarannya. Kini ianya menjadi alat utama untuk memastikan penguasaan pemimpin di negara. Menyembur, memukul, menahan, memenjara, menindas dan sebagainya. Dengan alasan keselamatan negara.
Sudah dibuktikan sejak dahulu kala, sejak pemerintahan Tun Mahathir lagi. Bahawa akta diperguna dengan zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ada yang dipenjara bertahun-tahun lamanya. Tanpa boleh diberi penjelasan dahulu. Tanpa boleh mempertahankan diri di mahkamah. Menalifon keluarga memberitahu keadaan diri juga tiada. Segalanya tidak boleh diperlakukan tanpa izin pemimpin tertinggi negara.
Akta yang ketinggalan zaman ini sebenarnya langsung menongkah apa yang diperkatakan di dalam Al-Quran. Bahkan nama Nabi Isa yang diambil namanya pun tidak sekali disamakan dan diambil pengajarannya. Kezaliman kepada umat Islam dan 'yang belum Islam' tercela. Keadilan tercendong menjatuhkan segala yang berada di atasnya. Segala yang diperkata pemimpin negara bagi mempertahankan negara hanya omongan belaka.
P/S: Untuk penjelasan mengapa ISA zalim, boleh menghubungi beta. Terima kasih
Pre-Konvo
8/09/2009 10:37:00 PMApabila melihat betapa ramainya peminat yang hadir.. Tidak beta sangka akan sambutan yang hangat diberikan rakyat beta. Menyambut kepulangan beta ke tanah air. Dewan yang disediakan untuk majlis beta hanyalah sekecil biasa sahaja. Tetapi, yang hadir dan meraikan terlalu ramai sehinggakan beratur mereka panjang menuju ke jalan.
Majlis diadakan di DECTAR. Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Tempat di mana beta melatih kemahiran suara beta dan juga meraikan pelbagai temasya dan keraian. Walaupun majlis tersebut akan diadakan pada minggu hadapan. Tetapi seperti biasa, persediaan awal diadakan lebih awal iaitu pada hari ini. Bermula dengan pengambilan jubah dan peralatan bagi menjayakan majlis.
Sesampainya beta, melihatkan akan keramaian manusia yang hadir, menusuk kalbu beta melihatnya. Tidak beta sangka yang rakyat beta sanggup hadir menyambut beta walaupun ianya hanyalah program persediaan semata. Dengan muka yang terkezut dan layu terasa sayu beta akan pengorbanan yang diberikan rakyat beta. Sedih bercampur gembira tertusuk dihati. Sehinggakan memanda menteri kanan kerajaan menanyakan akan mengapakah beta sedemikian rupa. Risaunya memanda menteri akan kesihatan beta. Walaupun sebenarnya beta tidak sakit. Hanya berasa gumbira.
Beta kemudian melangkah gagah masuk ke dewan dengan disambut pelbagai menteri kerja disana sambil dilihat rakyat jelata merasa megah dan bangga akan mereka dengan kehadiran beta. Beta menuju ke bahagian komputer pendaftaran online MOHE yang tidak beta isi lagi memandangkan kesibukan mengurus kerajaan jajahan takluk beta. Sesudah itu mulalah beta melangkah menuju ke tempat mengambil beg. Beg untuk diisi dengan jubah beta. Sesudah itu beta pergi pula kebahagian pengambilan jubah. Jubah biru yang tidak beta sukakan akan rupanya. Kerna melihatkan akan keuzuran 'design' dan kelapukkan usia.
Maka selepas itu, bermulalah perjalanan beta untuk acara terakhir bersama rakyat iaitu bergambar. Maka ramailah rakyat jelata yang datang dari jauh dan dekat bergambar bersama beta. Menunjukkan kesetiaan dan kemegahan mereka mendapat Sultan seperti beta. Dari satu tempat ke satu tempat beta melangkah berteduhkan kepanasan matahari melayan karenah rakyat yang sayangkan pemimpinnya. Sesudah penat sudah mereka mengambil gambar, maka berlalu pergilah mereka untuk pulang ke rumah masing2. Akhirnya dengan gumbira beta mengakhiri majlis dengan menaiki kenderaan rasmi beta menuju ke istana sambil dilambai seluruhan rakyat merindui pemergian pulang pemimpin tercinta..
This post special for all AcB Group - beta, apai, nije, faiz, ikmal, fuad, fhai, najmie, paan, edy, shai, razak, dikwan, aimi, halis, hanis, dal, ija, munir, cheah, azma, fish, upa, kila, n sume yg beta xsmpt nk tulis hr ni..hehe
..7..8..9..
8/07/2009 09:17:00 PMNombor 7. Seseorang menyukai nombor ini. Sebuah nombor yang membersih belukar yang sesak. Belukar yang tiada ternampak akan matlamat dihadapan. Membersih lalu menyemai benih baru hinggakan terbawa cahaya baru kehidupan bertemankan nur suci panduan Ilahi. Nur kasih dipunyai Tuhan Yang Maha Agung. Meminjamkan nur itu kepada manusia tanpa meminta balasan dari makhlukNya. Nur yang memberi ketenangan agung menyinari kehidupan manusia melihat kebenaran dunia sementara berbanding akhirat yang kekal abadi.
Nombor 8. Sebagai baju membawa imej diri dikhalayak ramai. Bersifat dan berfikiran Singa. Mengaum menunjukkan kekuatan diri. Memimpin umpama pemimpin sekalian alam. Memacu pengikut menuju matlamat yang satu. Menonjol dengan kelebihan dan keistimewaan diri. Memandu kehidupan sekeliling membawa keceriaan yang abadi dalam kehidupan mereka.
Nombor 9. Selaku anak yang hampir akhir. Nombor yang paling disukai memandangkan kelebihan dalam diri selaku anak. Melihat mencontohi jejak langkah saudara kandung tua lain menuju kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Nombor pemain bola sepak terkemuka dunia yang gah dengan gelaran 'striker'. Menyerang gawang lawan sehingga terbolos memenangkan kumpulan menongkah lawan. Nombor yang dahulunya mengajar banyak erti kehidupan yang diperbatasan dosa dan pahala.
Semua ini memberikan diriku makna akan kehidupan sebagai insan yang lemah tidak berkuasa. Memerlukan bantuan dari Yang Esa. Berbekalkan ilmu yang cetek lagikan kabur tidak terlihat isi tertanam di dasar. Ku bersyukur kurniaan Tuhan. Moga dikurnia iman. Untuk mengenal siapa Tuhan.
..number 23..
8/06/2009 09:27:00 PMBuku tersebut mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang obses dengan nombor 23 yang 'virus' tersebut menjalar kepada pembacanya. Dengan nombor tersebutlah lelaki tersebut mula berubah kehidupannya dan nasibnya. Satu demi satu babak ngeri dan menyayat hati dikisahkan sehingga memegun pembaca yang menghayati termasuklah pembunuhan isterinya.
Kisah di dalam buku tersebut seterusnya mempengaruhi fikiran mental serta fizikal Jim. Sehingga setiap apa yang dibacanya seolah-olah setiap tindakan pencerita terjadi dan dilakukan oleh Jim sendiri. Sehingga hidup Jim seolah-olah sudah berpusing dan tidak menentu dengan keajaiban yang diberikan buku tersebut. Ceritera ini berterusan sehinggalah Jim menyedari akan kebenaran dunianya yang sebenar. Di situlah Jim mengenali dan mengingati akan siapakah dirinya yang sebenar dan tindakannya yang telah lalu. Sudah tentulah siapa sahaja yang pernah melihat ceritera ini akan mengetahui kisah penuhnya. Di sini, beta hanya menyingkap sedikit sahaja babak kisah tersebut.
Kisah di atas sebenarnya tidaklah berlaku kepada beta. Tetapi, beta hanya ingin mengaitkan kisah tersebut dengan umur beta tahun ini. Al-maklumlah, beta sudah pun berumur 23 tahun. Sudah pasti beta merasa gumbira bahkan bersyukur dengan kurniaan umur yang panjang seperti ini. Seharusnya kita mengingati akan kebesaran Allah Yang Berkuasa menghidup dan mematikan. Umur yang panjang tersebut bukan sahaja perlu disyukuri, malah perlu juga kita waspada.
Masa berganti masa. Umur menanti tua. Semakin hari semakin tualah kita. Maka sepatutnyalah kita berbanyakkan kembali kepadanya. Nah. Lagikan dekat hari lahir beta ini dengan Nisfu Sya'ban yang jatuhnya malam semalam. Bahkan jatuhnya hari lahir beta pula pada malam berkat lagi penuh rahmat iaitu Jumaat. Maka Perlulah beta memperbanyakkan amalan dan taubat beta lantaran kerakuran mengejar kemewahan dunia memandangkan kebesaran dan kenikmatan malam Nisfu Sya'ban itu semalam. Di sini juga, beta menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala dan memohon dihalalkan akan segala. Terima Kasih juga atas segala..
Setengah Sya'ban
8/06/2009 09:13:00 PM"Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketikaaku berpuasa”
Malam Nisfu Sya'ban
Kemanusiaan
8/01/2009 11:46:00 PMSelasa, 28 Julai 2009, bertempat di surau Cimb Damansara. Ceramah oleh Ust Badrul Amin. Penceramah yang ku segani sejak kecil dengan alunan suara zikir munajatnya yang menyayat hati meruntuhkan jiwa nurani mengingat kembali kebesaran keagungan Ilahi. Dengan fokus 'Kemanusiaan', ceramah disampaikan selama lebih 30 minit itu menyedarkan diri fokus kehidupan serta matlamat hidup dunia. Memulakan segalanya dengan alunan zikir munajat. Mengingatkan daku semasa kecil mendengar zikirnya mendayu.
Meneruskan ceramah kemudian dengan menyedarkan kami yang mendengar akan matlamat setiap perlakuan. Hidup manusia penuh dengan memuaskan 2 nafsu utama. 'Perut' dan 'Bawah Perut'. Segalanya kerna itu. Mencuri kerna 'perut'. Merogol dan zina kerna 'bawah perut'. Rasuah dan penindasan kerna 'perut'. Hidup mewah kerna 'perut' dan 'bawah perut'.
Ingatlah kita. Malaikat pernah menyoal dan akan kesangsiannya setelah kewujudan tubuh badan manusia tika pertama kali manusia diciptakan dengan tanah tanpa bertatahkan roh Allah. Sebelum kemasukan roh dan perintahan Allah menyujud malaikat kepada Adam, peristiwa pengenalan manusia kepada malaikat telah berlaku. Persoalan demi persoalan diajukan kepada Allah oleh malaikat bersempena kejahilan hambaNya itu kepada Tuhan Pencipta. Dari atas ke bawah akan nama dan biodata tubuhnya disoal.
'Apakah yang diatas itu?' malaikat bertanya. Lalu diperkenalkan Allah tentang 'otak'. tempat letaknya manusia berfikir dan merancang. 'Berfikir apa?' malaikat bertanya. 'Macam-macam' jawapannya. Lalu timbul perasaan kebahayaan yang teramat oleh malaikat tentang akan kebahayaan makhluk yang boleh berfikir ini. Dengan fikir, manusia boleh berfikir untuk melakukan apa sahaja.
Turun pula kebawah. 'Apakah yang terbonjol itu?' malaikat bertanya. Lalu diperkenalkan Allah tentang 'mata'. Tempat manusia melihat. 'Melihat apa dan untuk apa?' malaikat bertanya. 'Macam-macam' jawapannya. Timbul pula sekali lagi perasaan bahaya oleh malaikat. Dengan mata, manusia boleh melihat apa sahaja untuk apa sahaja yang dimahukan.
Turun lagi kebawah. 'Apakah pula lubang itu?' tanya lagi. Maka Allah memperkenalkan bahawa itulah 'mulut'. Bahagian manusia menyuarakan pendapat dan kemahuannya. 'Berkata-kata untuk apa?'. dan jawapnya adalah 'macam-macam'. Bertambah perasaan kebahayaan malaikat terhadap makhluk ini. Dengan mulut, manusia menyuarakan segala yang dimahukan samada baik ataua buruk sesama manusia kelak.
Turun lagi kebahagian bawah. 'Apakah yang besar seperti bukit itu?' tanya malaikat. Itulah 'perut' perkenalan Allah kepada malaikat. 'Untuk apa perut ini?'. Sudah tentu untuk simpanan makanan. Apabila penuh dan kenyang, maka manusia ini akan puas. Setelah puas, maka akan malaslah ia. Malas melakukan segala yang disuruh Allah. Kekenyangan inilah yang mendorong manusia melakukan apa sahaja untuk kepuasan 'perut' sehingga melanggar suruhan Allah. Maka terbenaklah akan kerisauan malaikat akan kebahayaan makhluk yang dicipta Allah ini bahawa bahagian inilah yang paling bahaya sekali di dalam sekalian yang telah diperkenal Allah kepada mereka.
Turun pula kepada satu lagi bahagian. 'Apakah pula bahagian pelik di bawah perut ini?' malaikat bertanya lagi. Inilah bahagian paling nikmat yang diciptakan untuk makhluk ini. Tempat dimana manusia apabila menggunakannya akan mendapat kenikmatan dunia yang paling indah. Tempat manusia memuaskan nafsu mereka. Malaikat berasa sungguh runsing. Difikirannya, 'perut'lah yang paling bahaya. Rupanya, inilah bahagian yang paling bahaya sekali. Dengan inilah manusia sanggup melakukan segala dengan seluruh usaha semata-mata kepuasan nafsu mereka.
Nah. Sudah terbukti lagikan bersuluh akan kebahayaan 'perut' dan 'bawah perut' yang dimiliki manusia. Dengan inilah manusia melakukan merosakan di muka bumi. Dengan ini jugalah manusia melakukan bencana dan kezaliman tanpa mengira kemurkaan Yang Esa. Sudah terbukti kini dengan peperangan dan kezaliman di dunia yang maha meluas sehingga tidak dapat dibendung lagikan dengan kekuasaan dan kemaharajalelaan kuasa-kuasa besar di dunia mengawal tindak tanduk negara lain yang tidak berdaya.
Tidak perlu lihat jauh. Di Malaysia sendiri kita lihat akan kezaliman yang ada. Banyak dan berlambak. Kezaliman syarikat dan korporat besar menguasai pasaran kewangan lalu menindas rakyat yang miskin dan lemah. Kezaliman pentadbiran dan perundangan yang memakan rakyat tidak berdaya semata memuaskan nafsu dan hidup pemimpin angkuh. Segalanya boleh terjadi semata-mata 'perut' dan 'bawah perut'.
Kena Tahan Tapi Bukan Tahanan
8/01/2009 11:22:00 PMSuasana di Pusat Tahanan FRU Cheras menjadi kecoh apabila pihak polis bertelagah dengan para peserta demonstrasi anti-ISA yang ditahan sebelum dan semasa himpunan MANSUH, hari ini.
Menurut Ahli Jawatan Kuasa Muslimat PAS, Athirah Aiman al-Jundi, yang ditahan kira-kira jam 12.50 tengah hari di Kompleks Pertama, pertelagahan tersebut berlaku apabila pihak polis tidak membenarkan mereka yang ditahan untuk menemui peguam. Tambah beliau, pihak polis tidak membenarkan mereka menemui peguam dengan alasan 'mereka belum ditahan', selain mengatakan para peguam tidak mengendahkan hak dan nasib mereka.
"Alasan pihak polis tidak membenarkan kami menemui peguam ialah kerana kami belum ditahan. Jadi, yang letakkan kami di pusat tahanan ini apa namanya? Jika kami tidak ditahan, mengapa tidak dilepaskan sahaja?", soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Tambah beliau lagi, alasan polis bahawa para peguam tidak mengendahkan mereka yang ditahan turut tidak masuk akal, memandangkan terdapat tiga peguam di luar pusat tahanan tersebut, antaranya Lateefa Koya yang ingin menemui mereka yang ditahan. Sambil menyatakan kesemua yang ditahan dipisahkan antara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang perbincangan, Athirah turut memaklumkan tiada sebarang keterangan diambil polis ke atas mereka yang ditahan.
"Kita tidak tahu apa yang mereka mahu. Keterangan tidak diambil, malah terdapat dua tahanan wanita dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil. Atas sebab apa kita tidak tahu. Malah, ada di kalangan yang ditahan telah diambil kad pengenalan mereka tanpa dipulangkan kembali," tambah beliau yang turut menyampaikan informasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan mereka yang ditahan bertindak melakukan pelbagai aktiviti bagi memprotes tindakan polis, antaranya melaungkan slogan 'Hidup Rakyat', 'Mansuh ISA', 'Hentikan kezaliman', 'hancur penindasan', 'lawan tetap lawan', selain mendeklamasikan sajak.
Antara yang turut ditahan bersama Athirah ialah AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa; Exco Pemuda Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil; Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; serta beberapa aktivis lain, termasuk isteri tahanan ISA lapan tahun, Norlaila Othman.
Adilkah kita?
8/01/2009 10:31:00 PMTarikh menampakkan keadilan sekali lagi oleh pihak memimpin negara. Kewujudan polis bagi memimpin negara ke arah keamanan digunakan sekali lagi. Seluruh rakyat menyaksikan kerakusan pemilik kuasa negara menjalankan tugas dan amanah dengan nama keadilan. Timbul persoalan utama yang selalu dipersoal. Adakah salah menyuarakan pendapat dengan aman? Perlukah sebarang penahanan dilakukan semata-mata memastikan keamanan dijaga? Perlukah juga asap dan tindakan keras diberikan untuk itu? Perlu kita sedar bahawa Islam tidak pernah menghalang sebarang suara bangkangan dari mana-mana pihak.
Teringat kisah tika salah seorang sahabat menghulurkan idea bantuan lalu menenggelamkan idea Nabi sendiri. Peristiwa Khandak inilah menyaksikan keadilan sebenar Nabi menerima pendapat dan suara umat manusia. Adakah sahabat Nabi tersebut tidak menyedari keagungan dan kesucian Nabi sebagai kekasih Allah? Sudah tentu beliau menyedari lagikan memahami. Seharusnya kita sebagai umat yang menyambung wasiat Nabi mengikuti laluan kehidupan Nabi tersebut. Ini tentulah perlu diikuti terutamanya oleh pemimpin yang seharusnya menyusuri dan mengikuti corak kepemimpinan Nabi.
Dilaporkan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan bom asap dan semburan air di depan kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi meleraikan 'perhimpunan haram' membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang tadi. Tindakan itu diambil apabila lebih 10,000 penyokong Gerakan Mahsuhkan ISA (ISA) tidak menghiraukan arahan polis supaya bersurai. Bersempena kejadian tersebut, 2 wanita peserta himpunan aman Mansuh ISA terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas pengsan terkena tembakan gas pemedih mata di sekitar medan selera Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Rahman, antara lokasi yang menjadi sasaran pihak polis dan FRU. Mereka dipercayai terkena tembakan gas pemedih mata itu 15 minit sebelum pasukan bantuan tiba.
Selain itu, di SOGO, 10 orang ditahan polis, hampir kesemuanya anggota Unit Amal PAS, termasuk ketua Unit Amal PAS Pahang. Di laporkan juga, peguam PKR Sivarasa Rasiah turut ditangkap polis. Sementara itu pula, kira-kira jam 5.15 petang tadi, pihak polis cuba memasuki Pejabat Agung PAS dipercayai bagi menahan beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat. Kemudian, AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika dihubungi menyifatkan tindakan polis yang menggunakan kekerasan untuk menyuraikan demonstrasi sebagai bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan yang menjamin hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. "Tiada sebarang tindakan di luar batas yang dilakukan oleh peserta himpunan. Segalanya datang dari provokasi pihak polis," tambahnya.
Sehingga kini, antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan. Dilaporkan juga, hampir 500 orang rakyat telah ditahan. Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah mustahil untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda atau ditukar namanya supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Beliau berkata, negara memerlukan undang-undang seperti ISA yang boleh menahan seseorang itu untuk disoal siasat sebelum sesuatu perkara atau kes itu dibawa ke mahkamah, selain turut memerlukan undang-undang lain. "Pada hemat saya, kita jangan lihat dalam negara kita sahaja. Lihat di negara jiran kita atau di negara-negara lain. Mereka pun mempunyai undang-undang yang lebih kurang sama atau yang lebih keras daripada itu. Maka ia (ISA) adalah bertujuan untuk mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik supaya tidak menimbulkan permasalahan agama, kaum dan budaya dan inilah yang mahu ditekankan oleh pihak kerajaan."
Kini, bukan persoalan keperluan keselamatan yang dipersoalkan. Akan tetapi, persoalan keadilan di dalam Islam yang dipersoalkan. Zalimlah kita sekiranya memfitnah dan menghukum seseorang manusia itu sebelum dibuktikan kesalahannya. Kezaliman inilah yang dipersoal dan seharusnya dihapuskan. Akta ini tidak patut jika hanya dikaji. Semestinya ianya dihapuskan terus dari dunia. Bukan hanya kajian semula dan namanya ditukar. Kita tidak seharunya membanding-bandingkan diri kita dengan negara yang lebih teruk tahap keadilan mereka jika mahu menjadikan negara kita lebih baik di dalam melusuri perjalanan Nabi memimpin umat. Perlukah juga kita mengikut sebuah negara yang terbukti kezaliman dan kekafiran mereka di dalam memimpin?
Inikah keadilan yang diinginkan rakyat dan manusia? Perlukah juga sebarang tindakan provokasi dilakukan dengan menyembur gas pemedih mata kepada peserta yang tidak langsung melakukan sebarang tindakan keganasan kepada polis bahkan persoalan tentang percubaan memasuki Pejabat Agung PAS semata-mata menahan individu tertentu turut menjadi tanda tanya. Mereka hanya mahu meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kezaliman yang berlaku di dalam negara dengan akta zalim yang digunakan dengan sewenang-wenangnya. Bukankah sepatutnya pihak polis bertindak mengawal keselamatan dan kelancaran perhimpunan tersebut dan bukannya memarahkan lagi suasana.
Beta percaya jika pihak polis benar-benar melaksanakan tugas seperti diamanahkan tiada kekecohan akan timbul, malah ia dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Ini juga menimbulkan banyak persoalan terhadap kejujuran 1Malaysia yang diunjurkan Perdana Menteri. Ianya umpama omongan kosong bagai tin biskut yang cantik berserikan pelbagai warna yang menyeri tetapi kosong didalam bahkan kalau berisi sekalipun, ianya hanyalah biskut basi dan tidak berkualiti lagikan busuk.