eL-MahDi
"The Rising Empire"

SPRM

BPR to SPRM...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 16 Disember selepas ia didebatkan dan dilakukan pindaan terhadap beberapa fasal yang berkaitan. Rang undang-undang SPRM merupakan antara janji Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk membawa pembaharuan terhadap pentadbiran kerajaan dan meningkatkan integriti badan pencegahan rasuah.

SPRM reaksi yang bercampur-campur memadangkan keterlibatannya sebelum ini sebagai satu badan yang memastikan kadar rasuah negara diturunkan tidak begitu memberansangkan. Namun, penaiktarafan yang dibuat ini perlu kerna ia dapat membantu dalam menangani gejala rasuah yang meruncing di dalam negara. Adalah diharapkan perlaksanaan rang undang-undang ini akan berjalan dengan lancar demi memastikan suruhanjaya ini diyakini oleh rakyat.

Penubuhan SPRM yang juga sebelum ini hanya merupakan sebuah badan bebas di bawah kerajaan pusat dengan nama Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dilihat mampu meniktarafkan tanggapan buruk kepada badan tersebut memandangkan suruhanjaya tersebut dikendalikan oleh sebuah suruhanjaya lebih bebas yang tidak terikat kepada mana-mana pihak.

Terkini, satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah rancangan televisyen swasta, Buletin Awani, bahawa kadar rasuah negara (CPI) telah didapati meningkat sehingga menyebabkan kedudukan CPI negara telah menurun dari tangga 47 pada 2008 kepada 56 bagi tahun 2009. Kedudukan yang menjunam jatuh sehingga 9 tangga ke bawah ini dilihat membimbangkan dari tahun ke tahun memandangkan kadar rasuah negara semakin tahun semakin menurun. Kesemua ini berkemungkinan kesan dakwaan terpilih oleh SPRM ke atas sesebuah kes dan peningkatan kadar kes rasuah oleh penjawat awam dan ahli politik yang telah dibongkar dengan menggunungnya dalam negara pada tahun semasa.

Namun, temubual melalui telefon yang dikendalikan oleh rancangan berkenaan keatas seorang Panel Penasihat SPRM diperdengarkan dan mendapati panel berkenaan menyangkal dakwaan bahawa keputusan CPI tersebut adalah tepat. Panel berkenaan menyatakan keputusan tersebut tidak sebenarnya mencerminkan kadar rasuah di dalam negara kerna SPRM telah menjalankan tugas dengan jayanya dan menjalankan siasatan menyeluruh ke atas segala kes yang telah dikemukakan kepada mereka.

Bahkan tambahnya pula, SPRM juga akan mengadakan seminar integrasi kepada penjawat awam bagi meningkatkan kesedaran integriti di dalam agensi kerajaan. Seminar berkenaan juga adalah diharapkan dapat meningkatkan lagi integriti dan kejujuran penjawat awam di dalam menjalankan tugas.

Dalam keadaan lain pula, SPRM dilaporkan telah menahan seramai 605 orang kerana disyaki terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah rasuah sepanjang tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata daripada jumlah itu, seramai 323 orang atau 54 peratus adalah orang awam dan kakitangan swasta manakala 282 orang atau 46 peratus terdiri daripada pegawai kerajaan.

"Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang amat besar dari segi pengukuran tahap kesedaran penjawat awam berhubung kesalahan jenayah rasuah ini," katanya dalam ucapan pada seminar pencegahan rasuah dan pemantapan integriti perkhidmatan awam anjuran bersama SPRM dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Cawangan Negeri Sembilan.

Dalam erti kata lain, Ahmad Said berkata SPRM telah banyak menerima pelbagai aduan dan menjalankan siasatan ke atas orang awam dan pihak swasta yang terbabit rasuah khususnya kesalahan cubaan menyogok penjawat awam. Usaha kerajaan dan SPRM melaksanakan pelbagai program pendidikan pencegahan jenayah rasuah dan pengukuhan integriti sudah menampakkan kesan yang amat positif. Katanya, semakin ramai penjawat awam yang berani tampil melaporkan perbuatan penyogok mereka.

Apa yang ditagih disini adalah supaya kadar rasuah negara diusahakan agar dapat diturunkan. SPRM sebagai suruhanjaya yang menggunakan nama 'pencegahan' hendaklah merangka pelbagai cara dan aspek yang boleh diambil langkah dan tindakan supaya rasuah yang berlaku di dalam negara dapat ditangani. Langkah dan tindakan yang diambil perlulah melihat kepada cara untuk mencegah dan tidak tertumpu kepada mengesan pelakuan rasuah tersebut sahaja. Adalah perlu SPRM menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan tidak tertumpu kepada cara lama sahaja untuk mencegah kemungkaran ini dari terus bermaharajalela.

Frasa dan kata ' mencegah lebih baik dari mengubat' dari Nabi yang Ummi perlulah dihalusi dengan mendalam supaya intipati dan perlakuan mencegah oleh SPRM lebih dilakukan dari 'mengubat'. Tidak disangkal akan keperluan seminar. Namun, kita memerlukan suatu program dan model yang lebih baik dari sekarang untuk memastikan bukan sekadar kadar tetapi juga jumlah rasuah yang berlaku dapat dihapuskan sekaligus.

Ambillah contoh tindakan yang diambil oleh sesebuah kerajaan yang ada di dunia seperti Arab Saudi bahkan sebuah negeri di dalam Malaysia sendiri iaitu Kelantan yang terbukti akan rekod bersihnya selama 19 tahun bersih daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Bukan itu sahaja. Bagi memastikan pencegahan rasuah terjamin bahkan keterusannya (sustainability), perlu juga diambil langkah proaktif terhadap apa yang ada di dalam SPRM itu sendiri. Tindakan 'melahirkan semula' (reborn) SPRM oleh bekas Perdana Menteri sebelum ini sebenarnya ada membawa sedikit keabaikan kepada organisasi ini namun tidak dijalankan dengan sempurna. Ahli di dalam SPRM itu juga dilihat sebagai ahli yang buruk dari segi imej dan latarbelakang dan tidak bebas dari sebarang anasir-anasir 'jahat' sesebuah organisasi luar terutama pihak-pihak yang berada diatas.

Sumber: Buletin Awani, Berita Harian, HarakahDaily, pmr.penerangan.gov.my
0 comments:

Post a Comment

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers