eL-MahDi
"The Rising Empire"

Susu kegemaranku..

6/26/2009 04:22:00 AM


"Yeay!! Setelah penat berusaha menangis dan melalak.. akhirnye dpt gak meratah susuku yang sedap.." berkata Hariz dalam irama kegembiraan di samping kakaknya Putri yang menjadi pesaing utama kehidupan susunya..
Inilah dua beradik yang tak tau malu yang sanggup melakukan ape saje untuk mencapai misi dan visi mereka iaitu 'SUSU'!!
Aje le ah..
Read On 2 comments

Peristiwa selepas nangis..

6/26/2009 04:10:00 AM
Al-kisah mengelap air mate yang berlaku di dalam rumah nenek Khairina di Ganu..
Ajele ah..



Sedih benor..
Read On 1 comments

Membunuh ku?

6/26/2009 03:43:00 AM
Kau membuat
ku berantakan

Kau membuat
Ku tak keruan

Kau membuat
Ku tak berdaya

Kau menolakku
Acuhkan diriku

Bagaimana
Caranya untuk
meruntuhkan
kerasnya hatimu

ku sedari
ku tak sempurna
ku tak seperti yg kau inginkan

kau hancurkan aku dgn sikapmu
kau sedarkah kau telah menyakiti ku

Telah hati ini meyakinkan mu
Cinta ini Membunuh ku
Read On 1 comments

Rejab in da house!

6/25/2009 03:52:00 AM
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Di dalam kebesaran bulan ini, terdapat beberapa peristiwa penting bagi umah Islam. Peristiwa tersebut adalah:

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.



L
ahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Seharusnya kita kembali kepada-Nya dan memperbanyakkan amalan di bulan Allah ini. Semoga kita tergolong dalam golongan mukmin dan dirahmati kehidupan kita di dunia dan akhirat. Amin..
Read On 1 comments

Perpaduan atau Perbalahan?

6/23/2009 10:42:00 PM
Kerajaan Perpaduan

Isu yang menjadi tajuk berita-berita utama media di Malaysia masa kini. Namun, setelah selesai perbincangan dan perbualan diajukan, timbul pula isu lain. Isu 'perbalahan' antara pakatan dan barisan. Namun, perbalahan yang timbul juga tidak lari dari isu Perpaduan. Ungkit mengungkit dan tunjuk-menunjuk berkeliaran.

Bukankah baik jika kita mengaku salah dan memaafkan diantara yang lain?
Read On 0 comments

Macam Macam Ade..

6/23/2009 10:23:00 PM
MMA sinonim sebagai singkatan perkataan macam-macam ada atau macam-macam Aznil dll.. frasa yang menjadi teraju utama Astro ini sudah semestinya dikenali ramai. Terutama dengan penglibatan warga tua dan kanak-kanak dijadikan muka utama penghias kaca televisyen Astro di Asia Tenggara.

ALhamdulillah.. terbaru, Astro menambahkan gahnya dengan pelancaran MEASAT-3A yang telah dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia di Kazakhstan, 23 Jun 2009 Ia dilancarkan dalam keadaan cuaca dingin dan berangin. Satelit Measat-3a bernilai AS$165 juta itu dijangka akan meningkatkan kapasiti satelit syarikat tersebut dengan ketara. Pelancaran ini sekaligus menaikkan juga nama malaysia di persada teknologi terbaik dunia.

Namun, terdapat satu isu yang selalu sahaja ditimbulkan. Bukan sahaja kanak-kanak, malah sehingga dewasa. Kerunsingan masalah dihadapi pengguna terutama ketika waktu hujan mulai turun ke bumi Malaysia. Siaran yang jelas dan cantik terus hilang dan berkotak-kotak jadinya. Permasalahan telah diutarakan pengguna. Namun, ia tetap tidak selesai. Dijangkakan dengan pelancaran satelit ini akan menyelesaikan masalah tersebut. Adakah dengan pelancaran setelit ini akan menyelesaikan masalah tersebut berlaku? Atau ianya akan lebih menimbulkan masalah yang lebih teruk dari yang ada kini? Mari kita saksikan!!

Akhirnya, dengan semua yang telah dicapai kini, kita perlulah ingat dan bersyukur serta kembali mengingati Dia Yang Mengasihi. Semoga segala yang dicapai diberkati dan dirahmati. Amin..
Read On 0 comments

"Tuan Penasihat..30%..."

6/10/2009 09:42:00 PM
Terngiang-ngiang di fikiran akan al kisah P.Ramli di kala melihat ketidak punya kuasaan diri membantah kenaikan harga tambang teksi..

Bak kata-kata di dalam Tiga Abdul..
"Jikalau rancangan ini berhasil, saya akan beri 20%!" ungkap si tamak Saddiq Sigaraga kepada penasihatnya di dalam mengutip kekayaan dunniawi dari si kaya yang kemudiannya dijual menjadi hamba.

Ungkapan dan kisah ini lebih kurang serupa kepada hadiah yang bakal diterima pemandu teksi di seluruh negara. Yang menjadi 'hamba'nya semestinya rakyat yang terpaksa menanggung kerugian. Bukankah elok sekiranya dikaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu kenaikan tambang dan surcaj yang ingin kekenakan. Ada lebih baik diturunkan kos yang menimpa pemandu teksi seluruh negara dari meningkatkan tambang teksi di seluruh negara.

Caj tambang permulaan bagi perkhidmatan teksi yang ditambah daripada RM2 kepada RM3 terlalu mahal dan adakalanya tidak releven dengan jarak serta kualiti perkhidmatan yang diberikan. Naik sahaja, belum jalan lagi sudah kena bayar RM3. Melampau bukan? Sepatutnya bila naik sahaja, meter bermula dengan kosong hinggalah sampai ke destinasi baru tahu jumlah cajnya mengikut jarak dan masa.
Selain itu cadangan kenaikkan kadar bayaran bagi meter teksi daripada 10 sen untuk 45 saat kepada 13 sen untuk 27 saat dilihat sebagai satu idea yang gila. Nilai caj meningkat sebanyak 3 sen tetapi tempoh masa pengiraannya dikurangkan sebanyak 18 saat. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh diterima, dan pastinya beta membantah cadangan ini kerana memberikan keuntungan yang melampau kepada pemandu teksi.

Walau jarang menaiki teksi. Namun, beta prihatin dan simpati melihatkan keadaan rakyat yang semakin hari semakin ditindas dengan pembangunan dan kerakusan si tamak kepada rakyat. Namun, bezanya kali ini, diwar-warkan di media bahawa si kaya yang akan dijual. Kerna, si miskin tidak naik 'motokar' (teksi) tetapi naik 'unta' (bas).

Akan tetapi, jika dilihat, dimanakah relevannya? Adakah si miskin tidak naik teksi dan hanya naik bas semata? Bagaimana pula jika tiada bas? Terutama di malam hari yang gelap gelita yang ketiadaan bas bahkan menimbulkan lagi persoalan baru siapakah yang ingin memandu bas dari pagi ke malam? Bak kata rakan beta yang selalu mancabar dengan kata-kata 'ada bran?'..

Akhirnya, kenaikkan harga barangan, tambang dan sebagainya perlu dilihat secara mendalam. Penyelesaian yang terbaik adalah dengan mengkaji dan menganalisis punca suatu masalah. Tentulah masalah teksi ini puncanya adalah kos yang membebankan pemandu teksi..
Read On 2 comments

keje!!!

6/10/2009 08:43:00 PM
lalalalalala...
Terasa kegilaan bila tiada kerja ingin dilakukan..
Terfikir di kepala kerja apakah yang bakal diterima..
Kerja kerja kerja..
Masa depan yang kabur..tidak kelihatan bagaikan fatamorgana di jalanan..
Read On 1 comments

MAK!!!

5/10/2009 07:56:00 AM
Ibu..Ibu..Engkaulah Ratu Hatiku..



Firman Allah, bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya"
(Surah al Ankabut, ayat 8).

Diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya,
"Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".

Dua nas hebat di atas menunjukkan keistimewaan insan bernama wanita yang berpangkat 'IBU'. Nukilan hari ini ditujukan khas kepada Ibu ku..
HJH MARIAH PAIMIN

Tanpamu ibu, tiada diriku di dunia. Tiada duka tiada lara. Tiada sakit dan tiada pengubat. Menjadi lambang kekuatan hidupku. Menjadi nadi keteguhan keluargaku. Pendidik dan pembimbing. Pembantu dan kaunselor kuat disebalik kehebatan ayah. Tiada kuat ayah tanpamu disisi.

Hidup 9 bulan di kandungan disambung hidup 23 tahun menikmati rahmat dan kuasa Ilahi mengenal erti kehidupan dan matlamat diriku hidup di dunia. Bertarung nyawa melahirkanku. Gegak getir hidupmu membelai dan memimpinku. Melayan karenah dan serakah kedegilan dan kenakalan diriku. Sejak dari kecilku hingga kini. Ampunilah segala dosaku wahai ibu.

Doaku sentiasa disampingmu MAK juga seluruh wanita bergelar IBU.
Read On 0 comments

Tahan Lagi!

5/06/2009 04:46:00 PM
Bertahan..Bertahan..

Bertahan atau kena tahan..
Terbaru.. Mohamad Sabu selaku Naib Presiden Pas telah dilaporkan ditahan oleh sekumpulan lelaki dengn tiga kereta dipercayai 'Special Branch' telah menahan dan membawa Mohamad ketempat yang tidak dapat diketahui.

Menurut salah seorang sumber dan saksi ditempat kejadian iaitu Salahuddin Ayob yang juga selaku Ketua Dewan Pemuda Pas berkata, penahanan tersebut dilakukan tanpa pengluaran waran atau pengenalan diri dilakukan ketika penahanan dilakukan. Semasa ditempat kejadian, saksi dan rakan-rakan saksi cuba untuk menghalang dari penahanan dibuat berdasarkan tiada waran ditunjukkan. Sedikit pergelutan berlaku, namun saksi dan rakan saksi tidak berjaya bahkan diheret pula oleh lelaki tersebut.

Menurut Salahuddin, penahanan berkemungkinan atas pengumuman Mohamad atas program Munajat yang bakal dianjurkan Pas di Perak awal pagi esok. Penahanan ini berlaku susulan dari penahanan ke atas aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

Keadilan..
Ya Allah.. Aku sujud tunduk derhaka dan lemah di bawah naungan Mu.. Tunjukkanlah keadilan Mu ya Allah! Sungguh kami ini dianiaya ya Allah.. Kau berikanlah azab dan keadilan Mu ke atas mereka yang menzalimi kami Ya Allah! Sungguh tiada yang lebih Berkuasa dari Mu ya Allah! Amin, ya Robbal 'Alamin..
Read On 0 comments

Nik..Aduh!

5/06/2009 11:32:00 AM
Salam..

Nukilan ini hanyalah sekadar pandangan peribadi mengenai apa yang berlaku dini hari melihatkan kedatangan Muktamar Pas yang menjelang tiba Julai nanti..

Isu Kerajaan Perpaduan (KP) banyak diungkitkan media sejak baru-baru ini.. Usul KP ini diterbitkan dari Presiden Pas sendiri pada muktamar yang lalu.. Namun, kini panas kembali atas 'mainan' dari media di Malaysia. Namun, telah pun diperjelaskan tentang isu ini oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHH) sendiri berkenaan pendirian terkini Pas dan dirinya sendiri. Sedikit sebanyak kupasan isu ini ada disiarkan di dalam akhbar Sinar bagi bahagian I hari ini (6 Mei 09). Sambungan kupasan tersebut akan disiarkan pula di dalam bahagian II esok (7 Mei 09).

Isu ini menjadi bertambah kehangatannya setelah munculnya kenyataan umum yang dibuat anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) di dalam blognya yang bertajuk 'kerja-kerja bodoh dalam pas' yang dipaparkan dalam dua edisi (I dan II). Lantas timbullah isu kedua yang dimainkan media terkini dengan isu perpecahan dalam Pas yang dikaitkan dengan isu puak dalam Pas. Timbul juga tohmahan, pandangan dan pendapat pelbagai pihak tentang apa yang diperkatakan oleh Nik Abduh di dalam blognya. Timbul juga persoalan utama yang timbul kini di mana kepada siapakah individu yang disebut sebagai penghasut dan bodoh di dalam artikelnya.

Pening juga bila memikirkan pendapat dan fikiran yang diutarakan pelbagai pihak ke atas artikel tersebut. Menyebabkan saya memikirkan bahawa sahlah akan kehebatan Pencipta yang menjadikan akal dan jasad begitu juga iman dan nafsu didalam manusia. Iman dan nafsu bersaing di dalam diri manusia. Iman dan nafsu mendorong akal dan jasad. Menonjolkan diri masing2 untuk diaktifkan oleh tindakan manusia. Iman hadir di dalam hati. Jika hati itu bersih, maka sucilah tindakan, Jika hati itu kotor dan busuk, maka jijiklah perlakuan. Jika hati bersih, maka iman menyelubungi hati. Jika hati kotor, maka bermaharajalelalah nafsu umpama bermaharajalela akan firaun yang zalim. Kesimpulannya, dari hati itu datang ke akal dan dari akal itu datang pula perlakuan.

Perlakuan inilah yang kita lihat sehari-hari. Dengan itu, maka terhasillah yang dipanggil Ulama', Ustaz, Rempit, Bohsia, Pencuri, Pembunuh, Doktor, Ahli Politik, Akauntan dan selainnya. Tindakan berakhlak mahupun tidak menunjukkan kekuatan iman dan kesucian hati insan di dalam mencari taqwa dan erti kehidupan. Semua tindakan ini timbul bagi mencari makna dan keistimewaan hidup. Persoalan kemana dan dari mana hidup ini terlintas dibenak hati yang kudus dan kerdil .Maka dengan itu, terdetik kepada soalan matlamat kehidupan.

Matlamat untuk berjaya dan menikmati hidup di dunia terbentang luas dihadapan mata. Melihatkan kejayaan insan lain merambangkan hala tuju insan. Maka tika inilah nafsu memainkan peranan. Mendorong manusia melakukan tindakan melawan iman dan fitrah kejadian diri yang asli. Menghasut dan membodek sanggup dilakukan melihatkan kelemahan diri untuk memiliki lebih dari yang diperlukan. Inilah yang ingin disentuh oleh Nik Abduh. Kepentingan diri terkadang dilebihkan dari hak yang sepatutnya ditegakkan.

Nama individu tidak disentuh. Bagi saya, perlunya nama tersebut tidak diumumkan. Ia bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini termasuk perpecahan yang lebih teruk bakal berlaku jika ianya diumumkan. Saya yakin dan percaya berdasarkan pandangan dan pengalaman saya didalam menulis dan memimpin, Nik Abduh ada alasan dan pendirian sendiri tentang kenyataan umum dan tindakan tidak mengumumkan nama individu tersebut. Terkadang perlunya nama dan individu tertentu dituding jari terus dihadapannya memandangkan kemasalahan yang bakal timbul yang akhirnya menimbulkan perpecahan sesama muslim dan ummah.

Wallahu 'alam..
Read On 0 comments

Sultan Bertitah

4/19/2009 12:48:00 PM
"Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda Sultan Azlan Shah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Titah ini sebenarnya terjentik ke atas kemelut yang berlaku di Perak. Kekacauan yang ditimbulkan golongan perampas kerajaan Perak diperhati oleh Sultan sebenarnya dari dekat dan mendalam. Sultan memahami pada dasarnya akar kepada permasalahan yang timbul dari kekacauan di negeri jajahan Tuanku.

"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara," titahnya. Baginda juga mengharapkan agar parti dan kumpulan politik berbeza pendapat di Malaysia bersatu dan mencari titik persefahaman agar masalah yang mengacau kini dileraikan.

Oleh itu, saya selaku rakyat yang kerdil mengharapkan agar pemimpin kita untuk berfikir panjang dan membuka fikiran dan pandangan untuk bersatu memakmurkan negara. Yang salah ditegaskan salah. Yang benar dipasakkan benar. Jangan kerana berbeza pandangan dan pendapat, semua yang putih disuarakan hitam. Bersamalah kita pulang kepada matlamat asal kita sebagai khalifah yang mengajak kepada kebenaran lantas mencerca dan menjauhi kemungkaran.

Kesatuan ummah diutamakan dan kejayaan berpanjangan diperbanyakkan. InsyaAllah.
Read On 0 comments

Examination

4/14/2009 04:26:00 PM
Bermula 20 April hingga 8 Mei 2009..

Tarikh keramat bagi warga UKM tahun akhir terutama saya yang akan menempuh ujian dunia sebagai pelajar iaitu peperiksaan. Tarikh di atas adalah tarikh umum peperiksaan di UKM. Namun, untuk saya pula secara khusus, peperiksaan akan bermula dan berakhir seperti tarikh di bawah:
17 April - 4 Mei 2009

Di dalam hidup ini, kita menempuh pelbagai ujian. Ujian ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai ujian melihatkan kelemahan dan tindakan manusia yang kerdil. Adakah manusia tersebut akan terus tewas atau berusaha untuk menghadapinya.

Ujian juga sebagai cara Allah meningkatkan iman seorang hambanya. Dengan hadirnya sebarang ujian dan musibah, seseorang yang beriman sudah pasti akan menerima dengan tabah dan redha dan menganggap ujian tersebut dengan perasaan kehambaan dengan berusaha menyelesaikan masalah tersebut dan seterusnya berserah kepada Tuhannya.

Di dalam menempuh cabaran mencari ilmu sebagai pelajar, pelbagai cabaran dan dugaan saya hadapi. Menerima ilmu di kelas dengan rasa ngantuk, pensyarah yang penuh dengan 'karenah' dan 'perangai' pelik yang diumpat pelajar, peperiksaan yang memeningkan, kehidupan harian di hostel yang tiada kesudahan dan sebagainya. Namun, semua ini saya redha dan yakin dengan ketentuanNya.

Abdullah Ibn Mas'ud R.A berkata:

Ertinya: 'Sentiasalah manusia berada dalam keadaan baik selagimana mereka mengambil ilmu dari orang berpengalaman (berusia), mereka yang amanah dan para ulama mereka, dan tatkala mereka mengambil ilmu dari mereka yang kurang pengalaman (muda remaja) dan yang jahat, nescaya mereka akan mula hancur' (Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadhlih: 1/616)

Semoga apa yang saya pelajari di UKM sepanjang 4 tahun mendapat keberkatan Ilahi dan dirahmati. Moga Allah memberikan pertolongan kepadaku di dalam peperiksaan yang menjelang tiba. Doaku agar pendidik di UKM meredhai ilmu yang dilimpahkan seterusnya dikasihi Ilahi di atas Ilmu yang dicurahkan kepada hambaNya yang kerdil ini. Amin..
Read On 0 comments

YB Nga Bersalah Baca Qoran! Mohon Maaf Sekarang!

4/10/2009 09:26:00 PM
Assalamualaikum..
“Saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang." Kata-kata inilah yang terkeluar dari mulut seorang ADUN Pantai Remis, Perak apabila diminta memberikan komen mengenai ucapannya kepada rakyat yang juga diselitkan dengan beberapa ayat Al-Quran.

Islam pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah dan menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum, suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Hakikatnya, Al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa. Bagi hemat saya, keberanian beliau yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu 'penerimaan' yang cukup menggalakkan. Tiada sebab ia tidak dialu-alukan. Bahkan Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita sebagai hamba yang dhaif untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami Al-Quran?

Isu yang terbangkit ialah nama surah yang disebut salah tetapi ayat yang diterjemahkan adalah betul. Bacaannya boleh diterima dimana hanya intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Hatta, ada juga orang Islam, yang sudah lama Islamnya sekalipun, masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjang pendeknya. Namun, beliau tidak mentafsir. Beliau hanya membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Beliau menterjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Al-Quran pada asasnya juga merupakan suatu buku yang terkandung di dalamnya akan kata-kata Tuhan Yang Penyayang. Kita sebagai salah seorang makhluk yang lemah diberi kelebihan dan rahmat untuk berada dan menikmati salah satu mukjizat kebesaran Yang Maha Pemurah. 'Kata-kata' penuh hikmah itu diberikan kepada manusia untuk memakmurkan dan dikongsi bersama walau apa jua kulit, rupa dan budaya. Ia tidak terhad kepada golongan tertentu mahupun Melayu, walaupun Cina, walaupun india, walau sesiapa.

Persoalannya, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam sejak lahir inipun turut tidak salah? Mana satukah lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca Al-Quran? Apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat membuktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya hampir pasti akan ada kekurangan yang turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya. Ini merupakan titik permulaan. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia adalah satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita bagi dimanfaatkan di dalam ucapan mereka. Ini merupakan satu revolusi di dalam negara di mana orang yang belum Islam ini sudi menerima Islam dan bersama di dalam kepimpinan Islam.
Read On 0 comments

Takbir!

4/07/2009 11:10:00 PM
Alhamdulillah..
Ketiga-tiga pilihan raya telah berlansung dan berjalan dengan baik dan aman. Tahniah kepada yang telah memenangi pilihan raya tersebut. Semoga dengan kemenangan tersebut, kesemua wakil rakyat kita ini akan menjalankan tugas mereka dengan baik dan ikhlas. Semoga anda semua dalam bimbingan Allah dan tergolong di dalam golongan pemimpin yang dipimpin Allah ke jalan yang diredhainya. Dengan ini, saya dengan sepenuh rasa syukur dan gembira, berbesar hati memaparkan keputusan keseluruhan rasmi bagi ketiga-tiga kawasan tersebut.

Parlimen Bukit Gantang:
Majoriti: 2,789
Undi Rosak: 456
% Mengundi: 75.10%
Pemenang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas)
Keseluruhannya:
Ismail Saffian (19,071); Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (21,860); Kamarul Ramizu Idris (62)

DUN Bukit Selambau:
Majoriti: 2,403
Undi Rosak: 415
% Mengundi: 70.28%
Pemenang: S Manikumar (PKR)
Keseluruhannya:
S Manikumar (12,632); Datuk S Ganesan (10,229); Tan Hock Huat (78); Radzi Md Lazim (25); Mohd Fadzil Wahab (83); Abdul Rahim Abu (60); L Sarala (49); A Jayagopal (35); S Moganakumar (46); Khamis Awang (29); Husaini Yaakob (257); M Vaneson (32); Mej (B) Anuar Abd Hamid (528); T Chandrarajan (73)

DUN Batang Ai:
Majoriti: 1,854
Undi Rosak: 59
% Mengundi: 75.32%
Pemenang: Malcolm Mussen anak Lamoh (BN)
Keseluruhannya:
Malcolm Mussen anak Lamoh (3,907); Jawah anak Gerang (2,053)
Read On 0 comments

2-1...Alhamdulillah...

4/07/2009 10:22:00 PM
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah, apabila calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dan 13 calon Bebas. Manikumar memperoleh 12,632 undi manakala calon BN, Datuk S Ganesan, 49, mendapat 10,229 undi dalam pertandingan paling ramai calon dalam sejarah pilihan raya negara.

Semua 13 calon Bebas hilang wang deposit selepas gagal mendapat undi minimum satu per lapan daripada keseluruhan undi, sekali gus mencatatkan satu lagi sejarah sebagai pilihan raya paling ramai calon hilang wang deposit. Pilihan raya kecil itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila kertas undi paling besar digunakan bagi memuatkan 15 nama dan simbol calon.

Kira-kira 70.28 peratus daripada 35,140 pemilih berdaftar di DUN Bukit Selambau keluar mengundi di 22 pusat pengundian yang dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang. Sebanyak 415 undi ditolak.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Abdullah Mat Akhir, tepat jam 10.48 malam di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan V Arumugam dari PKR sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau dan Exco kerajaan negeri pada 9 Februari lalu. Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Arumugam yang bertanding atas tiket Bebas sebelum menyertai PKR, menang dengan majoriti 2,362 undi ke atas calon BN, S Krishnan. Arumugam mendapat 13,225 undi manakala Krishnan memperoleh 10,863 undi.

Kemenangan PKR ini diikuti selepas pengistiharan kemenangan Calon PAS di pilihan raya Parlimen Bukit Selambau, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, dengan memperoleh majoriti 2,789 undi mengalahkan dua pencabarnya daripada BN dan bebas. Di samping itu, kemenangan tersebut diikuti selepas pengistiharan kemenangan Calon BN di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Malcom Mussen Lamoh, 49, yang menang dengan majoriti 1,854 undi.

Dengan ketiga-tiga keputusan rasmi ini, maka PR secara keseluruhannya memenangi dua pilihan raya dan BN pula Mendapat satu. Alhamdulillah..
Read On 0 comments

1-1

4/07/2009 09:45:00 PM
Calon Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan rasminya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dengan memperoleh majoriti 2,789 undi mengalahkan dua pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) dan Bebas. Bekas Menteri Besar Perak itu memperoleh 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian (19,071) dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris (62).

Ini adalah kali kedua Pas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang sebelum ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak kawasan Parlimen itu diwujudkan pada 1986. Pas buat kali pertama memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu apabila calonnya Roslan Shaharum menewaskan calon BN, Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

Pengumuman keputusan pilihan raya itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mahmod Mursidi tepat jam 9.39 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), di sini. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu. Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Roslan menang dengan majoriti 1,566 undi mengalahkan M Murganan (Bebas) dan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (BN).

Kemenangan PAS ini diikuti selepas pengistiharan kemenangan Calon BN di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Malcom Mussen Lamoh, 49, yang menang dengan majoriti 1,854 undi.

Dengan kedua-dua keputusan rasmi ini, maka BN dan PR masing-masing telah memperolehi satu mata. Hanya tinggal keputusan bagi pilihan raya DUN Bukit Selambau sahaja yang tidak diumumkan secara rasmi. Perkembangan seterusnya akan saya bawakan setelah diketahui keputusannya.
Read On 0 comments

1-0

4/07/2009 08:37:00 PM
Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan selesa dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, apabila calonnya, Malcom Mussen Lamoh, 49, menang dengan majoriti 1,854 undi. Jumlah majoriti yang diperolehi itu juga lebih sekali ganda meningkat berbanding majoriti 806 undi yang diperolehi BN dalam pilihan raya umum negeri bagi kerusi berkenaan pada 2006.

Mussen yang memperoleh 3,907 undi mengalahkan pencabar tunggalnya, Jawah Gerang, 55, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya mendapat 2,053 undi.Keputusan rasmi bagi pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Batang Air, Nelson Mujah Girie tepat jam 7.45 malam tadi.

Mussen yang tiba di kompleks berkenaan pada jam 6.30 petang, meraikan kemenangan bersama Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing; Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Openg dan Naib Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan serta pemimpin BN yang lain yang turut berada di pusat pejumlahan undi.

DUN Batang Air mempunyai 8,006 pengundi berdaftar dengan 7,963 adalah pemilih biasa dan 95 peratus daripada pengundi di situ adalah pengundi Iban.

Cuaca yang baik juga membolehkan ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab, dengan peratusan pengundi yang keluar mengundi semalam meningkat kepada 75.32 peratus berbanding 73 peratus pada 2006. Pengarah Pilihan Raya Negeri, Takun Sunggah, turut berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya kecil berkenaan yang berjalan lancar, tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku. Katanya, peti undi pertama tiba di pusat penjumlahan undi pada jam 12 tengahari, manakala yang terakhir tiba pada jam 7.25 malam tadi.

Sebanyak 26 pusat mengundi dibuka di 24 daerah mengundi dengan tempat mengundi ditutup seawal jam 11 pagi kerana kedudukan jauh dihulu dan jumlah pengundi yang sedikit.

Read On 0 comments

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers