Bermula 20 April hingga 8 Mei 2009..
Tarikh keramat bagi warga UKM tahun akhir terutama saya yang akan menempuh ujian dunia sebagai pelajar iaitu peperiksaan. Tarikh di atas adalah tarikh umum peperiksaan di UKM. Namun, untuk saya pula secara khusus, peperiksaan akan bermula dan berakhir seperti tarikh di bawah:
17 April - 4 Mei 2009
Di dalam hidup ini, kita menempuh pelbagai ujian. Ujian ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai ujian melihatkan kelemahan dan tindakan manusia yang kerdil. Adakah manusia tersebut akan terus tewas atau berusaha untuk menghadapinya.
Ujian juga sebagai cara Allah meningkatkan iman seorang hambanya. Dengan hadirnya sebarang ujian dan musibah, seseorang yang beriman sudah pasti akan menerima dengan tabah dan redha dan menganggap ujian tersebut dengan perasaan kehambaan dengan berusaha menyelesaikan masalah tersebut dan seterusnya berserah kepada Tuhannya.
Di dalam menempuh cabaran mencari ilmu sebagai pelajar, pelbagai cabaran dan dugaan saya hadapi. Menerima ilmu di kelas dengan rasa ngantuk, pensyarah yang penuh dengan 'karenah' dan 'perangai' pelik yang diumpat pelajar, peperiksaan yang memeningkan, kehidupan harian di hostel yang tiada kesudahan dan sebagainya. Namun, semua ini saya redha dan yakin dengan ketentuanNya.

Abdullah Ibn Mas'ud R.A berkata:
Ertinya: 'Sentiasalah manusia berada dalam keadaan baik selagimana mereka mengambil ilmu dari orang berpengalaman (berusia), mereka yang amanah dan para ulama mereka, dan tatkala mereka mengambil ilmu dari mereka yang kurang pengalaman (muda remaja) dan yang jahat, nescaya mereka akan mula hancur' (Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadhlih: 1/616)
Semoga apa yang saya pelajari di UKM sepanjang 4 tahun mendapat keberkatan Ilahi dan dirahmati. Moga Allah memberikan pertolongan kepadaku di dalam peperiksaan yang menjelang tiba. Doaku agar pendidik di UKM meredhai ilmu yang dilimpahkan seterusnya dikasihi Ilahi di atas Ilmu yang dicurahkan kepada hambaNya yang kerdil ini. Amin..
Post a Comment