eL-MahDi
"The Rising Empire"

Kecewa Hamilton

LEWIS Hamilton dan pasukannya McLaren Mercedes dibatalkan penyertaannya pada perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) Grand Prix Australia, manakala Jarno Trulli dari Toyota kembali menduduki tempat ketiga.

Dalam kenyataan Persekutuan Otomobil Antarabangsa (FIA) yang dikeluarkan di Litar Antarabangsa Sepang semalam, badan induk itu menyebut McLaren didapati bersalah sengaja memberikan keterangan mengelirukan kepada pegawai perlumbaan pada perbicaraan yang diadakan pada 29 Mac lalu. Malah, Hamilton dan McLaren turut berdepan kemungkinan dikenakan tindakan tambahan atas kesalahan itu.

"Pada peringkat ini, kami tidak menolak kemungkinan adanya tindakan tambahan," kata jurucakap FIA.

Di Melbourne, Hamilton yang menduduki tempat keempat dalam perlumbaan itu dinaikkan ke tangga ketiga selepas pegawai perlumbaan memutuskan Trulli bersalah kerana memintas Hamilton ketika kereta keselamatan berada di litar.

Keputusan terbaru FIA itu menyaksikan Hamilton dilucutkan daripada kedudukan tempat ketiga dalam perlumbaan di Litar Albert Park, Melbourne minggu lalu manakala mata yang diperoleh pasukannya turut digugurkan. Dalam perlumbaan minggu lalu, Hamilton yang berada di kedudukan ke-18 pada awal saingan, dianugerahkan tempat ketiga apabila Trulli dikenakan penalti 25 saat selepas keputusan awal menyatakan pelumba Itali itu bersalah. Bagaimanapun, semalam Hamilton dipanggil mengadap steward bagi membincangkan apa yang disifatkan FIA, adanya elemen bukti baru diperoleh badan induk itu. "Kami memang kecewa dengan keputusan ini, tapi kami tidak akan mengemukakan rayuan. "Ia adalah keputusan yang agak keterlaluan tetapi pengalaman mengajar kami untuk menerima keputusan ini," kata prinsipal McLaren, Martin Whitmarsh.

Kelmarin, Trulli ketika ditemui di ibu negara menegaskan, dia kecewa dengan keputusan pegawai perlumbaan, namun tumpuannya tetap fokus kepada saingan Ahad ini. "Bagi saya keputusan FIA mengenakan penalti terhadap saya adalah suatu yang salah, tetapi tumpuan kini lebih kepada di Sepang Ahad ini dan saya yakin terhadap kemampuan Toyota," katanya yang meraih podium pertama selepas menduduki tempat kedua di Sepang pada 2005.

0 comments:

Post a Comment

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers