eL-MahDi
"The Rising Empire"

YB Nga Bersalah Baca Qoran! Mohon Maaf Sekarang!

Assalamualaikum..
“Saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang." Kata-kata inilah yang terkeluar dari mulut seorang ADUN Pantai Remis, Perak apabila diminta memberikan komen mengenai ucapannya kepada rakyat yang juga diselitkan dengan beberapa ayat Al-Quran.

Islam pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah dan menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum, suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Hakikatnya, Al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa. Bagi hemat saya, keberanian beliau yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu 'penerimaan' yang cukup menggalakkan. Tiada sebab ia tidak dialu-alukan. Bahkan Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita sebagai hamba yang dhaif untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami Al-Quran?

Isu yang terbangkit ialah nama surah yang disebut salah tetapi ayat yang diterjemahkan adalah betul. Bacaannya boleh diterima dimana hanya intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Hatta, ada juga orang Islam, yang sudah lama Islamnya sekalipun, masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjang pendeknya. Namun, beliau tidak mentafsir. Beliau hanya membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Beliau menterjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Al-Quran pada asasnya juga merupakan suatu buku yang terkandung di dalamnya akan kata-kata Tuhan Yang Penyayang. Kita sebagai salah seorang makhluk yang lemah diberi kelebihan dan rahmat untuk berada dan menikmati salah satu mukjizat kebesaran Yang Maha Pemurah. 'Kata-kata' penuh hikmah itu diberikan kepada manusia untuk memakmurkan dan dikongsi bersama walau apa jua kulit, rupa dan budaya. Ia tidak terhad kepada golongan tertentu mahupun Melayu, walaupun Cina, walaupun india, walau sesiapa.

Persoalannya, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam sejak lahir inipun turut tidak salah? Mana satukah lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca Al-Quran? Apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat membuktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya hampir pasti akan ada kekurangan yang turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya. Ini merupakan titik permulaan. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia adalah satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita bagi dimanfaatkan di dalam ucapan mereka. Ini merupakan satu revolusi di dalam negara di mana orang yang belum Islam ini sudi menerima Islam dan bersama di dalam kepimpinan Islam.
0 comments:

Post a Comment

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers