Mussen yang memperoleh 3,907 undi mengalahkan pencabar tunggalnya, Jawah Gerang, 55, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya mendapat 2,053 undi.Keputusan rasmi bagi pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Batang Air, Nelson Mujah Girie tepat jam 7.45 malam tadi.
Mussen yang tiba di kompleks berkenaan pada jam 6.30 petang, meraikan kemenangan bersama Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing; Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Openg dan Naib Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan serta pemimpin BN yang lain yang turut berada di pusat pejumlahan undi.
DUN Batang Air mempunyai 8,006 pengundi berdaftar dengan 7,963 adalah pemilih biasa dan 95 peratus daripada pengundi di situ adalah pengundi Iban.
Cuaca yang baik juga membolehkan ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab, dengan peratusan pengundi yang keluar mengundi semalam meningkat kepada 75.32 peratus berbanding 73 peratus pada 2006. Pengarah Pilihan Raya Negeri, Takun Sunggah, turut berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya kecil berkenaan yang berjalan lancar, tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku. Katanya, peti undi pertama tiba di pusat penjumlahan undi pada jam 12 tengahari, manakala yang terakhir tiba pada jam 7.25 malam tadi.
Sebanyak 26 pusat mengundi dibuka di 24 daerah mengundi dengan tempat mengundi ditutup seawal jam 11 pagi kerana kedudukan jauh dihulu dan jumlah pengundi yang sedikit.
Post a Comment