eL-MahDi
"The Rising Empire"

Nik..Aduh!

Salam..

Nukilan ini hanyalah sekadar pandangan peribadi mengenai apa yang berlaku dini hari melihatkan kedatangan Muktamar Pas yang menjelang tiba Julai nanti..

Isu Kerajaan Perpaduan (KP) banyak diungkitkan media sejak baru-baru ini.. Usul KP ini diterbitkan dari Presiden Pas sendiri pada muktamar yang lalu.. Namun, kini panas kembali atas 'mainan' dari media di Malaysia. Namun, telah pun diperjelaskan tentang isu ini oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHH) sendiri berkenaan pendirian terkini Pas dan dirinya sendiri. Sedikit sebanyak kupasan isu ini ada disiarkan di dalam akhbar Sinar bagi bahagian I hari ini (6 Mei 09). Sambungan kupasan tersebut akan disiarkan pula di dalam bahagian II esok (7 Mei 09).

Isu ini menjadi bertambah kehangatannya setelah munculnya kenyataan umum yang dibuat anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) di dalam blognya yang bertajuk 'kerja-kerja bodoh dalam pas' yang dipaparkan dalam dua edisi (I dan II). Lantas timbullah isu kedua yang dimainkan media terkini dengan isu perpecahan dalam Pas yang dikaitkan dengan isu puak dalam Pas. Timbul juga tohmahan, pandangan dan pendapat pelbagai pihak tentang apa yang diperkatakan oleh Nik Abduh di dalam blognya. Timbul juga persoalan utama yang timbul kini di mana kepada siapakah individu yang disebut sebagai penghasut dan bodoh di dalam artikelnya.

Pening juga bila memikirkan pendapat dan fikiran yang diutarakan pelbagai pihak ke atas artikel tersebut. Menyebabkan saya memikirkan bahawa sahlah akan kehebatan Pencipta yang menjadikan akal dan jasad begitu juga iman dan nafsu didalam manusia. Iman dan nafsu bersaing di dalam diri manusia. Iman dan nafsu mendorong akal dan jasad. Menonjolkan diri masing2 untuk diaktifkan oleh tindakan manusia. Iman hadir di dalam hati. Jika hati itu bersih, maka sucilah tindakan, Jika hati itu kotor dan busuk, maka jijiklah perlakuan. Jika hati bersih, maka iman menyelubungi hati. Jika hati kotor, maka bermaharajalelalah nafsu umpama bermaharajalela akan firaun yang zalim. Kesimpulannya, dari hati itu datang ke akal dan dari akal itu datang pula perlakuan.

Perlakuan inilah yang kita lihat sehari-hari. Dengan itu, maka terhasillah yang dipanggil Ulama', Ustaz, Rempit, Bohsia, Pencuri, Pembunuh, Doktor, Ahli Politik, Akauntan dan selainnya. Tindakan berakhlak mahupun tidak menunjukkan kekuatan iman dan kesucian hati insan di dalam mencari taqwa dan erti kehidupan. Semua tindakan ini timbul bagi mencari makna dan keistimewaan hidup. Persoalan kemana dan dari mana hidup ini terlintas dibenak hati yang kudus dan kerdil .Maka dengan itu, terdetik kepada soalan matlamat kehidupan.

Matlamat untuk berjaya dan menikmati hidup di dunia terbentang luas dihadapan mata. Melihatkan kejayaan insan lain merambangkan hala tuju insan. Maka tika inilah nafsu memainkan peranan. Mendorong manusia melakukan tindakan melawan iman dan fitrah kejadian diri yang asli. Menghasut dan membodek sanggup dilakukan melihatkan kelemahan diri untuk memiliki lebih dari yang diperlukan. Inilah yang ingin disentuh oleh Nik Abduh. Kepentingan diri terkadang dilebihkan dari hak yang sepatutnya ditegakkan.

Nama individu tidak disentuh. Bagi saya, perlunya nama tersebut tidak diumumkan. Ia bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini termasuk perpecahan yang lebih teruk bakal berlaku jika ianya diumumkan. Saya yakin dan percaya berdasarkan pandangan dan pengalaman saya didalam menulis dan memimpin, Nik Abduh ada alasan dan pendirian sendiri tentang kenyataan umum dan tindakan tidak mengumumkan nama individu tersebut. Terkadang perlunya nama dan individu tertentu dituding jari terus dihadapannya memandangkan kemasalahan yang bakal timbul yang akhirnya menimbulkan perpecahan sesama muslim dan ummah.

Wallahu 'alam..
0 comments:

Post a Comment

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers