UTP?
7/31/2009 08:54:00 PMHari menunjukkan Rabu (29 Julai 2009) pada ketika tersebut. Lalu beta menalipon kembali nombor tersebut. Akan tetapi tidak kesampaian pula kerna tidak tersambung talian itu. Tidak apalah. Beta biarkan sahaja. Mungkin esok akan talifon kembalinya kepada beta.
Lalu esok harinya beta menunggu dengan penuh gundah dan sabar. Betul jangkaan beta. Nombor yang lebih kurang sama menalifon beta kini. Seangkatnya beta, lalu tiba2 dimintakan kepada beta akan salinan keputusan akhir UKM dan surat pemberhentian beta di dalam pelajaran. Pelik bercampur murka beta mendengarkannya. Beta pun menanyakan akan siapakan gerangan wanita tersebut yang berani meminta sedemikian tanpa usul periksa. Rupa2nya dia dari UTP.
UTP? Pe ke bende alahnya UTP ni? Kata orang Penchu. Lalu beta mengingatkan kembali akan apakan dia UTP itu. Ianya adalah...Universiti Teknologi Petronas! Beta berjaya menjelajah UTP! Wah! Gumbira beta diberitakan akan suratan ini. Bertambah lagilah tanah jajahan beta kali ini. Sehingga ke Perak pula kali ini. Inilah bukti kehebatan usaha rakyat beta sekalian menjunjung titah dan menumpahkan pengorbanan keatas negerinya.
Bertarikhkan 1 September 2009, akan beta rasmikan penaklukkan baru beta tersebut. Marilah rakyat beta sekalian. Kita raikan dengan penuh kesyukuran! Alhamdulillah! 'Kita semua sepakat.. Di kampung hai Pening Lalat.. Mengucapkan selamat berbahagia..!!!'
Keje Sudah!
7/31/2009 08:37:00 PMAl-kisah bermula 27 Julai 2009, beta telah memulakan pekerjaan baru. Beralamat di Plaza Damansara, Bukit Damansara, beta melangkah gagah masuk ke pejabat Cimb Damansara yang juga adalah ibu pejabat bagi Cimb lebih kurang jam 830 pagi. Dengan berbekalkan sokongan dan galakkan padu yang diberikan rakyat2 beta dari seluruh negeri jajahan takluk beta, beta melangkah dengan penuh berhati-hati dan waspada lalu beta menambahkan langkah beta dengan kekuatan masuk ke pejabat tersebut.
Berdasarkan surat yang beta terima dari Cimb, beta mencari dan terus menjelajah menuju ke tempat yang tersurat. Dengan bersahaja beta bertanyakan arah dari 'pakgad' yang selenga yang menunjukkan teknik dan kaedah menaiki lif yang kuno ala berteknologi dengan tidak langsung menunjukkan kehormatannya pada beta. Beta berasa murka dan tertusuk di hati beta. Akan ku ajar manusia ini dengan kehebatan beta di Cimb ini.
Lalu dengan gah beta melangkah ke lif yang bercermin menunjukkan 'kehenseman' seorang sultan menuju ke aras 2. Sesampainya beta di sana, beta dengan hebat terus duduk di atas kerusi yang empuk. Beta membisik ke benak hati beta 'seperti pernah ku lihat kerusi ini, tetapi di mana ya?'. Oh. sekarang tahulah beta yang kerusi itu banyak ada di kedai-kedai. Di negeri beta. Bukan mahal pun. Beli 1 dapat 1 pe! Murah kan?
Setunggunya beta akan dayang2 yang akan menyambut beta, lalu datang seorang wanita dengan wajah berseri lagi bersenyum. Beta sangkakan wajahnya umpama bintang di langit. Akan tetapi, seperti semut hitam di atas lantai putih bertatahkan berlian. Lalu beta bergelak di hati 'haha'..
Begitulah permulaan kisah bersejarah permulaan pekerjaan beta di dunia. Sungguh beta berbangga dengan kehebatan yang dianugerahkan Ilahi ini. Semoga rakyat sekalian akan mendoakan keselamatan beta di sini juga bergumbira berada di negeri beta. Tidak usahlah dirisau akan keadaan beta disini. Tahulah beta menjaga diri.
Home Sweet home
7/26/2009 02:46:00 PMPencarian alamat rumah dan nombor talifon sebenarnya telah dimulakan awal sejak hari sebelumnya lagi di mana beta dengan kuasa yang ada telah melayari web dan laman di internet dengan jayanya. Banyak alamat dan nombor tuan rumah yang berdekatan seperti di Damansara, Segambut, Kampung Baru dan sekitarnya telah diambil. Ada yang murah dan ada yang mahal. al-maklum lah, kawasan tu belum lagi menjadi kawasan jajahan beta. Nanti bila dah jajah nanti, murah la semua tempat tu.
Penat dan lelah juga beta rasakan. Paling tension bila mencari rumah di Kampung Baru. Langsung tiada yang kosong. Semua penuh. Kalau ada pun, tuan rumah mahukan wanita sebagai penyewa. Leceh benor..
Namun, disebabkan usaha awal telah dilakukan, beta telah menjumpai sebuah yang ada sebuah rumah flat kosong yang di dalamnya hanya ada seorang 'bro' sahaja. Rumah tersebut cantik dan bersih serta dijaga dengan baik di dalamnya walaupun jika dilihat dari luar, rumah tersebut amatlah buruk dan uzur. Setelah perbincangan dijalankan, beta bersetuju untuk masuk ke rumah tersebut seawal Ogos ini. Perpindahan akan dijalankan setelah perbincangan bro tadi dengan tuan rumah dilakukan..
2 masuk PKR
7/26/2009 02:40:00 PMSebelum ini, bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming telah menyertai KeADILan dan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap dasar-dasar perjuangan yang dibawa oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Tengahari semalam (26 Julai 2009), dalam sebuah majlis di Petaling Jaya, Subramaniam juga mengumumkan bahawa 10 buah cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai KeADILan secara besar-besaran. Dianggarkan seramai 1,700 ahli MIC daripada cawangan-cawangan tersebut akan menyertai KeADILan.
"Saya telah menyokong KeADILan dan Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi, cuma sekarang saya dapat memberanikan diri untuk menyatakan bahawa saya akan sertai parti ini,"katanya sambil mendapat sorakan daripada lebih 350 hadirin dalam majlis tersebut.
Menurut laporan daripada Malaysiakini, Subramaniam telah berkhidmat sebagai Naib Presiden MIC lebih 20 tahun dan juga merupakan bekas Naib Pengerusi MIC Selangor untuk tiga dekad. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Adun Bukit Raja dan Ahli Parlimen Segamat.
Sementara itu, di awal majlis tersebut, pemimpin MIC cawangan Pekan Meru, AR Palaya juga mengumumkan menyertai KeADILan dan akan membubarkan cawangannya.
Berita ini memaparkan Barisan Nasional (BN) menerima satu lagi tamparan hebat apabila bekas Naib Presiden MIC, Dato' SS Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan dalam satu majlis yang diadakan di MBPJ tengahari tadi sejurus kemasukkan Dato' Chua Jui Ming ke parti tersebut.
Susu kegemaranku..
6/26/2009 04:22:00 AMInilah dua beradik yang tak tau malu yang sanggup melakukan ape saje untuk mencapai misi dan visi mereka iaitu 'SUSU'!!
Aje le ah..
Peristiwa selepas nangis..
6/26/2009 04:10:00 AMAjele ah..
Sedih benor..
Membunuh ku?
6/26/2009 03:43:00 AMku berantakan
Kau membuat
Ku tak keruan
Kau membuat
Ku tak berdaya
Kau menolakku
Acuhkan diriku
Bagaimana
Caranya untuk
meruntuhkan
kerasnya hatimu
ku sedari
ku tak sempurna
ku tak seperti yg kau inginkan
kau hancurkan aku dgn sikapmu
kau sedarkah kau telah menyakiti ku
Telah hati ini meyakinkan mu
Cinta ini Membunuh ku
Rejab in da house!
6/25/2009 03:52:00 AMDi dalam kebesaran bulan ini, terdapat beberapa peristiwa penting bagi umah Islam. Peristiwa tersebut adalah:
Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.
Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Seharusnya kita kembali kepada-Nya dan memperbanyakkan amalan di bulan Allah ini. Semoga kita tergolong dalam golongan mukmin dan dirahmati kehidupan kita di dunia dan akhirat. Amin..
Perpaduan atau Perbalahan?
6/23/2009 10:42:00 PMBukankah baik jika kita mengaku salah dan memaafkan diantara yang lain?
Macam Macam Ade..
6/23/2009 10:23:00 PMALhamdulillah.. terbaru, Astro menambahkan gahnya dengan pelancaran MEASAT-3A yang telah dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia di Kazakhstan, 23 Jun 2009 Ia dilancarkan dalam keadaan cuaca dingin dan berangin. Satelit Measat-3a bernilai AS$165 juta itu dijangka akan meningkatkan kapasiti satelit syarikat tersebut dengan ketara. Pelancaran ini sekaligus menaikkan juga nama malaysia di persada teknologi terbaik dunia.
Namun, terdapat satu isu yang selalu sahaja ditimbulkan. Bukan sahaja kanak-kanak, malah sehingga dewasa. Kerunsingan masalah dihadapi pengguna terutama ketika waktu hujan mulai turun ke bumi Malaysia. Siaran yang jelas dan cantik terus hilang dan berkotak-kotak jadinya. Permasalahan telah diutarakan pengguna. Namun, ia tetap tidak selesai. Dijangkakan dengan pelancaran satelit ini akan menyelesaikan masalah tersebut. Adakah dengan pelancaran setelit ini akan menyelesaikan masalah tersebut berlaku? Atau ianya akan lebih menimbulkan masalah yang lebih teruk dari yang ada kini? Mari kita saksikan!!
Akhirnya, dengan semua yang telah dicapai kini, kita perlulah ingat dan bersyukur serta kembali mengingati Dia Yang Mengasihi. Semoga segala yang dicapai diberkati dan dirahmati. Amin..
"Tuan Penasihat..30%..."
6/10/2009 09:42:00 PMBak kata-kata di dalam Tiga Abdul..
"Jikalau rancangan ini berhasil, saya akan beri 20%!" ungkap si tamak Saddiq Sigaraga kepada penasihatnya di dalam mengutip kekayaan dunniawi dari si kaya yang kemudiannya dijual menjadi hamba.
Ungkapan dan kisah ini lebih kurang serupa kepada hadiah yang bakal diterima pemandu teksi di seluruh negara. Yang menjadi 'hamba'nya semestinya rakyat yang terpaksa menanggung kerugian. Bukankah elok sekiranya dikaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu kenaikan tambang dan surcaj yang ingin kekenakan. Ada lebih baik diturunkan kos yang menimpa pemandu teksi seluruh negara dari meningkatkan tambang teksi di seluruh negara.
Walau jarang menaiki teksi. Namun, beta prihatin dan simpati melihatkan keadaan rakyat yang semakin hari semakin ditindas dengan pembangunan dan kerakusan si tamak kepada rakyat. Namun, bezanya kali ini, diwar-warkan di media bahawa si kaya yang akan dijual. Kerna, si miskin tidak naik 'motokar' (teksi) tetapi naik 'unta' (bas).
Akan tetapi, jika dilihat, dimanakah relevannya? Adakah si miskin tidak naik teksi dan hanya naik bas semata? Bagaimana pula jika tiada bas? Terutama di malam hari yang gelap gelita yang ketiadaan bas bahkan menimbulkan lagi persoalan baru siapakah yang ingin memandu bas dari pagi ke malam? Bak kata rakan beta yang selalu mancabar dengan kata-kata 'ada bran?'..
Akhirnya, kenaikkan harga barangan, tambang dan sebagainya perlu dilihat secara mendalam. Penyelesaian yang terbaik adalah dengan mengkaji dan menganalisis punca suatu masalah. Tentulah masalah teksi ini puncanya adalah kos yang membebankan pemandu teksi..
keje!!!
6/10/2009 08:43:00 PMTerasa kegilaan bila tiada kerja ingin dilakukan..
Terfikir di kepala kerja apakah yang bakal diterima..
Kerja kerja kerja..
Masa depan yang kabur..tidak kelihatan bagaikan fatamorgana di jalanan..
MAK!!!
5/10/2009 07:56:00 AMFirman Allah, bermaksud:
(Surah al Ankabut, ayat 8).
Hidup 9 bulan di kandungan disambung hidup 23 tahun menikmati rahmat dan kuasa Ilahi mengenal erti kehidupan dan matlamat diriku hidup di dunia. Bertarung nyawa melahirkanku. Gegak getir hidupmu membelai dan memimpinku. Melayan karenah dan serakah kedegilan dan kenakalan diriku. Sejak dari kecilku hingga kini. Ampunilah segala dosaku wahai ibu.
Tahan Lagi!
5/06/2009 04:46:00 PMBertahan atau kena tahan..
Terbaru.. Mohamad Sabu selaku Naib Presiden Pas telah dilaporkan ditahan oleh sekumpulan lelaki dengn tiga kereta dipercayai 'Special Branch' telah menahan dan membawa Mohamad ketempat yang tidak dapat diketahui.
Menurut salah seorang sumber dan saksi ditempat kejadian iaitu Salahuddin Ayob yang juga selaku Ketua Dewan Pemuda Pas berkata, penahanan tersebut dilakukan tanpa pengluaran waran atau pengenalan diri dilakukan ketika penahanan dilakukan. Semasa ditempat kejadian, saksi dan rakan-rakan saksi cuba untuk menghalang dari penahanan dibuat berdasarkan tiada waran ditunjukkan. Sedikit pergelutan berlaku, namun saksi dan rakan saksi tidak berjaya bahkan diheret pula oleh lelaki tersebut.
Menurut Salahuddin, penahanan berkemungkinan atas pengumuman Mohamad atas program Munajat yang bakal dianjurkan Pas di Perak awal pagi esok. Penahanan ini berlaku susulan dari penahanan ke atas aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.
Keadilan..
Ya Allah.. Aku sujud tunduk derhaka dan lemah di bawah naungan Mu.. Tunjukkanlah keadilan Mu ya Allah! Sungguh kami ini dianiaya ya Allah.. Kau berikanlah azab dan keadilan Mu ke atas mereka yang menzalimi kami Ya Allah! Sungguh tiada yang lebih Berkuasa dari Mu ya Allah! Amin, ya Robbal 'Alamin..
Nik..Aduh!
5/06/2009 11:32:00 AMNukilan ini hanyalah sekadar pandangan peribadi mengenai apa yang berlaku dini hari melihatkan kedatangan Muktamar Pas yang menjelang tiba Julai nanti..
Isu Kerajaan Perpaduan (KP) banyak diungkitkan media sejak baru-baru ini.. Usul KP ini diterbitkan dari Presiden Pas sendiri pada muktamar yang lalu.. Namun, kini panas kembali atas 'mainan' dari media di Malaysia. Namun, telah pun diperjelaskan tentang isu ini oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHH) sendiri berkenaan pendirian terkini Pas dan dirinya sendiri. Sedikit sebanyak kupasan isu ini ada disiarkan di dalam akhbar Sinar bagi bahagian I hari ini (6 Mei 09). Sambungan kupasan tersebut akan disiarkan pula di dalam bahagian II esok (7 Mei 09).
Isu ini menjadi bertambah kehangatannya setelah munculnya kenyataan umum yang dibuat anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) di dalam blognya yang bertajuk 'kerja-kerja bodoh dalam pas' yang dipaparkan dalam dua edisi (I dan II). Lantas timbullah isu kedua yang dimainkan media terkini dengan isu perpecahan dalam Pas yang dikaitkan dengan isu puak dalam Pas. Timbul juga tohmahan, pandangan dan pendapat pelbagai pihak tentang apa yang diperkatakan oleh Nik Abduh di dalam blognya. Timbul juga persoalan utama yang timbul kini di mana kepada siapakah individu yang disebut sebagai penghasut dan bodoh di dalam artikelnya.
Pening juga bila memikirkan pendapat dan fikiran yang diutarakan pelbagai pihak ke atas artikel tersebut. Menyebabkan saya memikirkan bahawa sahlah akan kehebatan Pencipta yang menjadikan akal dan jasad begitu juga iman dan nafsu didalam manusia. Iman dan nafsu bersaing di dalam diri manusia. Iman dan nafsu mendorong akal dan jasad. Menonjolkan diri masing2 untuk diaktifkan oleh tindakan manusia. Iman hadir di dalam hati. Jika hati itu bersih, maka sucilah tindakan, Jika hati itu kotor dan busuk, maka jijiklah perlakuan. Jika hati bersih, maka iman menyelubungi hati. Jika hati kotor, maka bermaharajalelalah nafsu umpama bermaharajalela akan firaun yang zalim. Kesimpulannya, dari hati itu datang ke akal dan dari akal itu datang pula perlakuan.
Perlakuan inilah yang kita lihat sehari-hari. Dengan itu, maka terhasillah yang dipanggil Ulama', Ustaz, Rempit, Bohsia, Pencuri, Pembunuh, Doktor, Ahli Politik, Akauntan dan selainnya. Tindakan berakhlak mahupun tidak menunjukkan kekuatan iman dan kesucian hati insan di dalam mencari taqwa dan erti kehidupan. Semua tindakan ini timbul bagi mencari makna dan keistimewaan hidup. Persoalan kemana dan dari mana hidup ini terlintas dibenak hati yang kudus dan kerdil .Maka dengan itu, terdetik kepada soalan matlamat kehidupan.
Matlamat untuk berjaya dan menikmati hidup di dunia terbentang luas dihadapan mata. Melihatkan kejayaan insan lain merambangkan hala tuju insan. Maka tika inilah nafsu memainkan peranan. Mendorong manusia melakukan tindakan melawan iman dan fitrah kejadian diri yang asli. Menghasut dan membodek sanggup dilakukan melihatkan kelemahan diri untuk memiliki lebih dari yang diperlukan. Inilah yang ingin disentuh oleh Nik Abduh. Kepentingan diri terkadang dilebihkan dari hak yang sepatutnya ditegakkan.
Nama individu tidak disentuh. Bagi saya, perlunya nama tersebut tidak diumumkan. Ia bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini termasuk perpecahan yang lebih teruk bakal berlaku jika ianya diumumkan. Saya yakin dan percaya berdasarkan pandangan dan pengalaman saya didalam menulis dan memimpin, Nik Abduh ada alasan dan pendirian sendiri tentang kenyataan umum dan tindakan tidak mengumumkan nama individu tersebut. Terkadang perlunya nama dan individu tertentu dituding jari terus dihadapannya memandangkan kemasalahan yang bakal timbul yang akhirnya menimbulkan perpecahan sesama muslim dan ummah.
Wallahu 'alam..
Sultan Bertitah
4/19/2009 12:48:00 PMTitah ini sebenarnya terjentik ke atas kemelut yang berlaku di Perak. Kekacauan yang ditimbulkan golongan perampas kerajaan Perak diperhati oleh Sultan sebenarnya dari dekat dan mendalam. Sultan memahami pada dasarnya akar kepada permasalahan yang timbul dari kekacauan di negeri jajahan Tuanku.
"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara," titahnya. Baginda juga mengharapkan agar parti dan kumpulan politik berbeza pendapat di Malaysia bersatu dan mencari titik persefahaman agar masalah yang mengacau kini dileraikan.
Oleh itu, saya selaku rakyat yang kerdil mengharapkan agar pemimpin kita untuk berfikir panjang dan membuka fikiran dan pandangan untuk bersatu memakmurkan negara. Yang salah ditegaskan salah. Yang benar dipasakkan benar. Jangan kerana berbeza pandangan dan pendapat, semua yang putih disuarakan hitam. Bersamalah kita pulang kepada matlamat asal kita sebagai khalifah yang mengajak kepada kebenaran lantas mencerca dan menjauhi kemungkaran.
Kesatuan ummah diutamakan dan kejayaan berpanjangan diperbanyakkan. InsyaAllah.
Examination
4/14/2009 04:26:00 PMUjian juga sebagai cara Allah meningkatkan iman seorang hambanya. Dengan hadirnya sebarang ujian dan musibah, seseorang yang beriman sudah pasti akan menerima dengan tabah dan redha dan menganggap ujian tersebut dengan perasaan kehambaan dengan berusaha menyelesaikan masalah tersebut dan seterusnya berserah kepada Tuhannya.
Di dalam menempuh cabaran mencari ilmu sebagai pelajar, pelbagai cabaran dan dugaan saya hadapi. Menerima ilmu di kelas dengan rasa ngantuk, pensyarah yang penuh dengan 'karenah' dan 'perangai' pelik yang diumpat pelajar, peperiksaan yang memeningkan, kehidupan harian di hostel yang tiada kesudahan dan sebagainya. Namun, semua ini saya redha dan yakin dengan ketentuanNya.
Abdullah Ibn Mas'ud R.A berkata:
YB Nga Bersalah Baca Qoran! Mohon Maaf Sekarang!
4/10/2009 09:26:00 PMIslam pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah dan menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum, suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Hakikatnya, Al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa. Bagi hemat saya, keberanian beliau yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu 'penerimaan' yang cukup menggalakkan. Tiada sebab ia tidak dialu-alukan. Bahkan Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita sebagai hamba yang dhaif untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami Al-Quran?
Isu yang terbangkit ialah nama surah yang disebut salah tetapi ayat yang diterjemahkan adalah betul. Bacaannya boleh diterima dimana hanya intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Hatta, ada juga orang Islam, yang sudah lama Islamnya sekalipun, masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjang pendeknya. Namun, beliau tidak mentafsir. Beliau hanya membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Beliau menterjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.
Al-Quran pada asasnya juga merupakan suatu buku yang terkandung di dalamnya akan kata-kata Tuhan Yang Penyayang. Kita sebagai salah seorang makhluk yang lemah diberi kelebihan dan rahmat untuk berada dan menikmati salah satu mukjizat kebesaran Yang Maha Pemurah. 'Kata-kata' penuh hikmah itu diberikan kepada manusia untuk memakmurkan dan dikongsi bersama walau apa jua kulit, rupa dan budaya. Ia tidak terhad kepada golongan tertentu mahupun Melayu, walaupun Cina, walaupun india, walau sesiapa.
Persoalannya, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam sejak lahir inipun turut tidak salah? Mana satukah lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca Al-Quran? Apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat membuktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?
Saya hampir pasti akan ada kekurangan yang turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya. Ini merupakan titik permulaan. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia adalah satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita bagi dimanfaatkan di dalam ucapan mereka. Ini merupakan satu revolusi di dalam negara di mana orang yang belum Islam ini sudi menerima Islam dan bersama di dalam kepimpinan Islam.


