eL-MahDi
"The Rising Empire"

Reformasi Politik Malaysia!

Persidangan Dewan Rakyat hari ini (7 Jun 2010) sebulat suara meluluskan usul mengutuk serangan kejam oleh tentera rejim zionis Israel ke atas kapal misi Freedom Flontilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Usul mengandungi 15 ketetapan itu dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan disokong Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi tadi.

Kejadian tragis ini mengajar Malaysia ‘secara langsung’ bahawa laknatullah zionis adalah golongan yang kejam dan jahat. Sanggup untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan kehendak untuk menguasai keseluruhan semenanjung Palestin dimiliki yang seterusnya memungkinkan mereka mencapai misi merobohkan Masjid Al-Aqsa terlaksana.

Perjuangan memerdekakan semenanjung Palestin dan Gaza ini sebenarnya telah berlanjutan sekian lamanya sejak penubuhan Negara Haram Israel di dunia seawal tahun 70an lagi. Sedikit demi sedikit tanah di palestin ditakluki Israel dengan alasan yang tidak langsung munasabah.

Perjuangan ini sudah tentunya disertai salah sebuah parti terkemuka di Malaysia yang saban hari dan tahun membangkitkan tentang perlunya rakyat Malaysia bersama bangun membangkang kekejaman Israel di bumi Anbiya’ iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS).

Misi ini diperjuangkan dengan pelbagai cara dan kudrat. Memorandum, siri himpunan aman, ceramah, motivasi, dan sebagainya dilakukan semata untuk menyampaikan informasi akan peri pentingnya nasib rakyat Gaza ini dibela. Usaha ini juga termasuk menghantar memorandum dan usul untuk mengadakan sidang khas Parlimen untuk isu Palestin ini dibahaskan.

Namun, setelah sekian lama dan banyak kejadian zalim Israel ini berlaku, akhirnya kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur kerna satu usul membela nasib rakyat Palestin dan Gaza khususnya dikemukakan dan diluluskan dengan penuh sokongan di Parlimen.

Pelbagai ‘pro’ dan ‘contra’ yang boleh kita kaji akan kesan dari berlakunya penaklukan kejam zionis ke atas rombongan aktivis keamanan terutamanya ke atas kapal Mavi Marmara.

Positif:
1. Kesatuan dalam mencapai kata sepakat di dalam Parlimen yang menunjukkan kesatuan matlamat ‘keadilan’ yang dihendaki oleh semua rakyat Malaysia
2. Usul yang kukuh (dengan sokongan penuh Parlimen) terhadap Israel menekan kekejaman mereka
3. Memberi gambaran bahawa sebenarnya, Malaysia boleh bersatu walaupun berlainan pendapat dan fikiran. Apa yang diperlukan hanyalah pemimpin yang bermotivasi tinggi yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia
4. Perlunya Malaysia memutuskan terus apa sahaja hubungan dengan rejim zionis samada secara langsung mahupun tidak
5. Malaysia PASti boleh bersatu dengan berpandukan kepada misi keadilan yang dibawa Islam
6. Menunjukkan keadilan dan kebenaran Islam yang dibawa oleh PAS sebagai parti pembangkang tidak hanya tertumpu kepada membangkang sahaja
7. PAS membuktikan keihklasan parti tersebut untuk membawa Islam dan kebenaran di Malaysia
8. Usaha PAS dan sahabat-sahabat seperjuangan membawa keadilan dan Islam sebagai misi utama kehidupan mengorak langkah baru setapak lagi
9. Menongkah terus semua kutukan dan cercaan parti lawan yang sebelum ini mengkritik PAS sebagai sebuah parti yang hanya suka mengambil peluang sahaja

Negatif:
1. Munculnya pelbagai muka yang hanya menangguk di air keroh hadir di Parlimen yang sebelum ini mencerca himpunan aman yang PAS anjurkan bagi membela nasib Palestin
2. Persoalan keikhlasan pihak kerajaan menangani masalah Palestin dan membela rakyat Palestin ini yang hanya berlaku selepas peristiwa Mavi Marmara
3. Terbuktinya Perdana Menteri Malaysia kita tidak pernah mengambil tahu akan keluh kesah dan perit duka Palestin sebelum ini dengan bukti yang jelas ternyata di Parlimen (perkataan zionis disebut zainis, lambat memberi kenyataan media mengutuk tindakan kejam tersebut)
4. Sokongan langsung dan bongkak dari pihak barat terutama Amerika dan Britain terhadap Israel menambah kebencian manusia kepada mereka
5. Kenyataan kerajaan Israel mempertahankan tindakan tenteranya dibuat di media-media barat bagi menyokong tindakan mereka
6. Pembunuhan dan kekejaman Israel yang melimpah keluar dengan banyaknya dari hanya kepada rakyat Palestin sahaja kepada pihak luar selepas ini

Pendapat ini hanyalah sedikit akal yang datang dari pemikiran cetek seorang insan lemah di Bumi Wakafan Ilahi. Sebenarnya, banyak lagi yang mahu diisi di sini. Hanya mahu pembaca semua memikirkan akan pelbagai ‘pro’ dan ‘contra’ lanjut yang mungkin boleh semua unjurkan dibenak kotak pemiran kita. Moga hidayah Allah bersama orang yang bertaqwa. Amin..

By: el-mahdi86
0 comments:

Post a Comment

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers