eL-MahDi
"The Rising Empire"

~Mendepani Perjuangan~

5/15/2010 10:16:00 PM
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah; dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan” (Surah Al-Hasyr:18)



Ibnu Kathir menekankan penekanan konsep muhasabah samada dalam diri atau jemaah yang mengajak manusia menilai persediaan amalan soleh yang dilakukan sebelum bertemu Allah pada hari pengadilan. Dalam pada masa yang sama, ianya secara jelas menyebut supaya umat Islam menjadikan muhasabah itu sebagai teras untuk mereka memandang kehadapan dan meletakkan wawasan Islam sebagai matlamat perjuangan mereka.

Konteks tersirat tersurat ayat suci ini menjadi 'noktah bidayah' atau titik tolak kepada pemuda untuk maju kehadapan. Lalu dengan 'berimamkan' ayat ini, pemuda mengorak langkah menongkah arus menuju kehadapan. Bahkan bukan sahaja menuju, tetapi sebenarnya perlu lebih jauh terkehadapan lebih dari yang nyata dari semasa. Bersempena wajaran inilah memberi kesedaran peri pentingnya pemuda mengorak langkah mengambil intiatif terdahulu 'Mendepani Perjuangan' bergerak bersama pimpinan menyahut seruan khilafah amanah Ilahi.



'Mendepani Perjuangan' dihayati dengan menghadap dan berdepan dengan musuh untuk membawa wadah perjuangan jemaah. Tunjang jemaah iaitu pemuda perlu memiliki unsur dan sifat 'gagah' dan 'berani' membawa panji-panji perjuangan. Jangan hingga dibiar panji itu rebah menyembah tanah. Bersepadan dengan tenaga dan kekuatan yang dimiliki pemuda yang muda dan segar. Memudah pergerakan jemaah menuju satu arah. Sanggup berkorban apa sahaja.

'Mendepani Perjuangan' sama dengan kehadapan. Penting bagi pemuda melihat jauh melangkau kehadapan lebih dari yang lain. Meneliti dan menganalisis kemungkinan demi kemungkinan mendatang. Mendahului dan memimpin entiti-entiti lain dari sudut perancangan, pendekatan ataupun pelaksanaan. Lantas membawa jemaah ke arah yang lebih sempurna keadaannya tepat memenuhi kehendak rakyat jelata yang sebelum ini juga sebenarnya jemaah sudah kelihatan tepat menepati kehendak lantaran ketepatan pembawaan jemaah ini menuruti kehendak Pencipta.

"(Wahai ayah), ambillah dia (Musa) menjadi orang upahan (mengembala kambing), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah" (Surah Al-Qasas: 26)



'Mendepani Perjuangan' bersamaan makna berpandang kehadapan. Misi dan visi perlu dibina. Kerna misi dan visi adalah tunjang utama suatu matlamat. Misi yang dibina perlu diintikan dengan unsur 'hadapan'. Bagaimanapun, pernah juga didengari akan terkadang perlu akan pemuda melihat kebelakang. Itulah, memandang kehadapan yang dimaksud kini bukan hanya memandang kehadapan. Tetapi perlu juga pemuda memandang kebelakang. Sesama mendang kebelakang, perlu juga memandang kebelakang. Sama penting melihat dan muhasabah keadaan dan sirah silam yang menyelubungi zaman. Menjadi pengajaran bagi umat masa hadapan.
Read On 0 comments

Cikgu Mariah

5/09/2010 10:53:00 PM
~Hjh Mariah Hj Paimin~

- Mak posing baik punye dlm Eye of London -




Wanita pujaan ku.. mnjadi nadi kekuatan hidupku membekalkan kasih sayang di bawah naungannya.. tarikh keramat 17 Julai 1946 menjadi saksi.. kelahiran seorang ibu penyayang yang bakal menanggung perit lelah mendidik mengasuh anak sehampir ramainya sebuah pasukan bola sepak.. lelaki demi lelaki anak yang dilahir menjadi saksi kekuatan teguh si ibu memberi kasihnya kepada mereka.. lantas teringat akan perumpamaan yang selalu Beta jadikan guraukan.. abah menjadi gol keeper.. anak lain menjadi pemain bola di tengah padang.. tidak ketinggalan Beta yang menjadi striker berbaju 9.. mak pula menyajikan sajian lazat dan minuman yang sedap untuk santapan sambil menyorak kuat memberi sokongan seperti 'pompom girl'.. keh keh keh..

Sebelum pernikahannya dengan Tuan Hj Khalid @ Chik bin Hj Mohd Idris @ Md Deris menjadi titik permulaan perngembaraan sebagai seorang ibu.. penat jerit yang ditanggung bukan hanya sebagai seorang ibu, tetapi juga sebagai anak yang paling tua dalam adik beradiknya.. menampung beban pengorbanan yang tinggi dalam hidupnya.. kehidupan penoreh getah di Bukit Gambir menukarkan peluh usaha kepada wang.. bersarungkan baju sekolah sesebelumnya bergerak ke sekolah menaiki bas.. membantu keluarga Hj Paimin menyara kehidupan seharian.. sehingga menjadi perbualan rakan dan cikgu sekolah kerna dek bau getah busuk yang melekat di bajunya..


- Jaga-jaga.. London Brige nk runtoh tuu -

Mengambil motivasi ibu bapanya yang sebagai guru.. beliau mengorak langkah meneruskan perjuangan bangsa mendidik anak muridnya dengan penuh dedikasi.. jutaan murid yang dididiknya kini menjadi pelbagai corak bentuk manusia melata di bumi bertuah.. bahkan anaknya sendiri juga tidak terlepas dari tangannya.. marah dan sayang diberi tanpa mengira bentuk dan latar belakang.. marah tetap marah.. pukul tetap pukul.. sebat tetap sebat.. cuma mungkin penampar sahaja yang tidak pernah diberi.. semata mendidik dengan sepenuh hati..

Penuh keluh kesah setiap hari beliau tidak boleh dibayang.. lalu terngiang difikiran ku..

“Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun seperti perkataan “ah” adalah tidak dibenarkan dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)”


- Mak ckp 'sedangkan berjuta murid mampu ku tawan, inikan pula si Obama yang hitam' sambil tepon Umah Penchu.. -

Apalah salah si Ibu yang telah menjaga ku sehidup aku sehingga kini.. makan cukup.. didikan cukup.. sayang cukup.. pakaian tempat tinggal juga cukup.. apa lagi yang ku harap.. adilkah Beta jika meminta lagi akan sesuatu yang tidak mampu beliau usahakan.. adilkah juga jika Beta menolak sebarang permintaannya walaupun ianya besar dan sukar untuk Beta dapatkan.. jika dibandingkan dengan penuhnya mangkuk dan tadahan yang beliau isikan untuk Beta..


“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepad Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan”

Sungguh jasamu Ibu tidak mampu ku balas.. hanya doa menjadi iringanku sepemergianmu ke 'Ujian Senantiasa Ada'.. sungguh juga Beta teringin untuk menemani mu ke sana.. namun apakan daya.. tidak diizin Tuhan.. jika tidak dengan gangguan dari tangan-tangan Syaitan yang menolak ku ke tepian.. menyingkirkan daku menemani mu di saat kau memerlukanku.. moga Tuhan bersama mu menjaga mu Ibu..


- Aje le ksian Noi xde dlm gambo ni -

Allahu.. Sungguh aku tidak mampu membalas jasa Mak.. Sungguh aku tidak berdaya kehilangan Mak.. Sungguh aku tidak boleh menandingi pengorbanan Mak.. Sungguh aku lemah tidak mampu.. Ku pohon kekuatan Mu Ilahi.. Berikanlah Mak kekuatan.. Ku pohon keampunan Mu Robbi.. Berikanlah Mak keampunan.. Ku pohon rahmat Mu Rahman.. Berikanlah Mak rahmat.. Ku pohon Kasih Mu Rahim.. Berikanlah Mak kasih Mu seperti mana kasihnya Mak akan daku dan keluarga ku.. Amin..



Terima Kasih Mak!
Read On 0 comments

Bayang-bayang Yang Putih

5/06/2010 09:16:00 PM
Bayang-bayang yang putih..

Jelas bahkan tahu seluruh alam ini bahwa bayang-bayang itu hitam warnanya.. hitam bukan kerna kotor.. bukan kerna diwarnakan.. bukan juga terkena air Sungai Kelang yang hitam dek dicemar kemajuan hidup manusia.. suatu yang dikejar semua insan di bandaraya metropolitan kotor penuh nafsu kehidupan.. hitam sudah tentulah kerna terlindung dek pancaran sinaran kepanasan subur matahari yang membuak-buak membakar batu dan api sesama mereka di seluruh pelusuk tubuhnya.. suatu yang berdiri bangun pasti menerima bayang-bayang dalam kehadiran mereka sewaktu mentari pagi hingga menjelang senja..



Ceteknya fikiran manusia.. sehingga ada yang memikirkan untuk memisahkan bayang-bayang dari diri.. maka diciptanya akan ceritera dongeng dengan segala kemungkinan menunjukkan kehebatan manusia berevolusi dari suatu yang tiada kepada ada yang ianya hanyalah mainan minda kotor semata.. mereka ini jauh tersungkur dari jalan sebenar menunjukkan suara hati mereka yang gelap tidak bercahaya membobrokkan lagi kedaifan hidup iman mereka.. sepertimana gelapnya malam tidak bercahayakan bulan dan bintang bahkan tercari-cari di dalam kesesatan.. seterusnya menyiksa diri mereka sehingga calar balar tubuh dek terkena dan terlanggar akan bucu, ranting, duri, ranjau dan bisa.. yang akhirnya menjatuhkan kekuatan diri meruntuhkan keyakinan.. menjadi manusia pengecut dan takot..

Itulah dia manusia yang takot.. takot kpd makhluk.. tidak lain tidak bukan makhluk itu adalah diri mereka sendiri.. bagi menghilangkan rasa takot, maka dicobanya akan segala kemungkinan.. menakutkan, menyusahkan dan menghalang orang lain melakukan kerja harian dengan tenang dan lenang.. segala kesenangan dirampas dan dihalang dari dimiliki rakyat lain.. menyekat masuk sempadan dan lautan.. diwujudkan visa.. dokumen kewajipan untuk melangkah masuk bumi sempadan.. menunjukkan seolah bumi ini miliknya.. dikenakan pula dengan pelbagai bayaran dan yuran.. yang sebenarnya bermatlamat keuntungan diri semata.. perlu pula ditemuramah.. seolah-olah dirinya sebagai majikan yang memberi pekerjaan.. tidak terkecuali juga akan perlu adanya dipatuhi akan syarat-syarat ketat dan merepek.. membuktikan kewibawaan dan kekuasaan diri yang wujud dari mimpi-mimpi malam..



Sebenarnya mereka takot.. takot akan diri mereka tercedera.. terhina dan terkutuk.. menunjuk macho dan ego.. mereka sangkakan mereka bertindak berani.. bertindak hebat.. sebenarnya mereka itu tidak berani.. tidak hebat.. bahkan takot akan bayang-bayang sendiri.. bayang yang wujud bukan kerna pancaran sinar sang mentari.. tetapi wujud ianya di dalam mimpi-mimpi mereka sepanjang hari.. bayang yang hitam legam tidak mampu dicerah putihkan oleh sesiapa pun tetapi Iman dan Taqwa.. punca kekuatan diri yang hanya dikurniakan oleh Pencipta makhluk yang Maha Mengetahui..

Iman dan Taqwa inilah bayang yang putih lagi memutih.. mampu mengubah alam ke satu situasi berbeza.. yang juga menjadi musuh kepada bayang hitam yang nyata sesatnya.. bahkan dibisik pula si bayang hitam kepada mereka supaya menjauhi dan menolak kehadiran si putih.. satu persatu agenda murka durjana menjelang terbit dari bumi mereka.. hati mereka bersiul supaya 'pasti akan mereka untuk hidup sejahtera dari berada di bawah naungan si putih yang puaka'..



Pena Beta mencari Taqwa dan Iman.. bukan mencari kemunafikan dan kekafiran.. menaip Beta semata menyata pendirian.. kerna melihatkan kesukaran mengembara.. mengembara mencari Iman dan Taqwa.. bahkan membenar frasa 'Ujian Senantiasa Ada'.. nah.. inilah ujian bermula.. ujian hadir bukan suka semata.. terkena hanya kepada yang mampu.. tidak tersentuh kepada yang tidak.. begitulah Adil dan Sempurnanya Kuasa Ilahi.. mengadili memberi tepat kepada si insani..
Read On 0 comments

Road to 'Ujian Senantiasa Ada'..

5/04/2010 09:46:00 PM
Ujian Senantiasa Ada..



'Setiap insan..pasti merasa saat perpisahan terakhir..dunia yang fana akan ditinggalkan..hanya amalan yang dibawa..'

Perjalanan khalifah di bumi wakafan hanyalah sebahagian dari blok kehidupan..dunia yang dipinjamkan menjadi saksi kebenaran akan kehadiran manusia di atasnya..memasyhurkan alam kehidupan makhluk lain..memakmurkan alam pentadbiran si lemah tidak berdaya tanpa bekerjasama..meniti nafas selagi ada dengan tangan-tangan Ilahi yang berkuasa..setiap hari memerlukan huluran bantuan dari makhlukNya..



Yang Maha Bijaksana memakmurkan alam dengan pelbagai kejadian dan hikmah..manusia yang melata berpusat-pusat..mentadbir manusia lain dengan amanah sebagai khalifah di dalam pusat masing-masing..ada yang maaruf..ada yang munkar..hanya menunggu hari tamat untuk mendapat balasan..si hitam, si kuning, si putih..si mancung, si bulat, si lonjong, si pendek..pelbagai warna dan bentuk kehidupan..lalu membentuk hati dengan sifat kepunyaan yang mendalam..sanggup berkorban mempertahan keutuhan rakyat sendiri..mencari kelebihan dunia berbanding jiwa lain yang boleh menimbulkan cemburu keramat..timbul kemudiannya budaya dan waqi' berbeda membezakan diri..mengasingkan dan membezakan puak diantara puak yang lain..tidak lain semua ini hanyalah memberi hikmah kehidupan mengenali satu sama lain..moga kehidupan manusia lebih baik dan sempurna selepas itu..

Dari timur ke barat..matahari berputar pada paksinya yang tersendiri..lalu bumi mengikut dengan kuasa graviti pada diri mengelilingi ketua si matahari..menjadikan si matahari seolah berjalan di langit dari timur ke barat..memberikan kepanasan hidup yang menyihatkan kepada seluruh insan..sedari timur sehingga barat..



Hidupnya insan berjauhan di timur dan di barat bukanlah untuk menyusahkan..bahkan punyai hikmah pengorbanan dan kelebihan kepada insan..hanya perlu dicari setiap insan sebagai pengalaman menambah keimanan..lalu nikmatlah hidup si insan dengan kekuatan dan kelebihan Iman..Iman bukanlah boleh diwarisi..Iman perlu dicari..mencari Iman bukan hanya pada yang sudah mempunyai Iman..tetapi juga boleh melalui si kafir belum punyai Iman..

Kekafiran di barat sudah tersebar tahu sekalian insan..bahkan tahu juga insan akan matlamat hidup mereka si kafir hanyalah menyebar kekafiran di bumi wakafan..menambah kemungkaran insan dan kemurkaan Maha Pemurah..memastikan matlamat tercapai walaupun menitiskan darah..inilah dia masalah di barat..perlu diselesaikan ia oleh Muslim..mengkaji, menganalisis, mencipta kemungkinan sebaran Islami kepada kehidupan insan di sana..



Nah..inilah dia..terbuka di depan mata..kemungkaran di barat jelas ternyata..tidak perlu suluhan api menyala..untuk Beta makhluk utusan..apakah perlu Beta lakukan..jelas dan mengerti Beta akan sedikit sumbangan pasti boleh memulakan suatu revolusi keimanan..namun, apakah ia yang sedikit itu..cari mencari Beta..akan kehidupan dan noktah bidayah..apakah yang boleh memberi impak besar kepada revolusi itu..dengan usaha yang sedikit dari Beta..untuk makhluk mendapat cahaya utama misi kehidupan bersulam hidayah..

Pinta Beta..moga segala pelusuk rakyat mendoakan Beta sejahtera dan beroleh tambah Iman di sana..negara yang kini memusuhi Islam dan Iman..lalu musuh juga kepada Maha Mencipta dan KekasihNya..sungguh doa kalian rakyat menjadi dinding kekuatan Beta di perantauan yang penuh dengan bahaya durjana..ku pohon juga akan rahmat dan kasih dari Maha Pengasih..moga Kau beri kuat kepada ku seperti mana Kau beri kuat kepada CintaMu suatu masa dahulu..Amin!
Read On 0 comments

'CanTik'

5/01/2010 05:36:00 PM
Cantik..


Paparan terindah di dunia buat manusia bergelar insan.. Mencari kenikmatan hidup dunia.. Bekalan Ilahi kepada musafir di dunia dalam mencari mardhotillah..

Pernah beta inginkan akan nikmat keindahan tidak terkira.. Menikmatinya memenuhi kehendak dan nafsu ciptaan Yang Maha Esa.. Dengan berbekalkan kenikmatan penglihatan, dapat beta lihat akan perbezaan antara cantik dan hodoh.. Sehingga manusia mudah biasanya terleka dengan memilih yang cantik dari yang hodoh melalui pandangan mata.. Memilihnya sudah pasti senang dengan berbantukan mata.. Tanpa mata, tiadalah terasa nikmat kehidupan melihat si cantik yang boleh menambat hati yang rapuh..


Cantik.. Pada rupa paras.. Pada kesenian ciptaan bangunan yang istimewa.. Pada ciptaan Ilahi yang mampu menjadikan.. Alam flora fauna.. Langit cakerawala dan alam semesta jauh dari pandangan.. Kehidupan pelbagai makhluk yang mampu dilihat atau tidak mampu dilihat..

Menjadi fitrah kejadian Insan sukakan suatu yang indah dan cantik.. Sanggup membuat apa sahaja bagi memiliki si cantik.. Melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik.. Yang pasti, cantik itu boleh membuatkan mereka lebih dari yang lain.. menambah keasyikan hidup dunia.. Menambah keegoan di dalam diri.. Menambah cemburu di dalam hati manusia lain.. Kekok rasanya melihat suatu yang hodoh dan burok.. Seboleh mahu menjauh dari mereka sejauh mungkin.. seolah juga mahu memastikan kewujudan mereka tiada di sisi..


Namun, terfikir di dalam benak ini. Adakah benar semua itu milikku? Adakah perlu semua itu di sampingku? Mahukah ia sentiasa berada di dalam genggamanku? Adakah sempurna hidupku ini sebenarnya jika cantik itu semua milikku? Adakah redha Ilahi bersamaku seperti bersamanya cantik digenggamanku? Adakah sinonim dan sehala matlamat hidupku jika bersamanya?

Doa beta.. 'Allahu.. Jadikanlah kami termasuk dalam golongan yang Kau redhai.. Tidak mampu kami hadapi cobaan Mu tanpa kekuatan Mu.. Sungguh Kau yang mampu menubah hidup kami.. Sungguh Kau sahaja yang memiliki segala ciptaan Mu.. Kaulah pemberi makan.. Kaulah pemberi sihat.. Kaulah pemberi segala.. Maka kupohon dengan kudrat Mu ilahi.. Berikan kami kekuatan menghadapi ujian dan dunia Mu..'
Read On 0 comments

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers