-Menggapai Impian 2009-
Program mengenang kesayuan hidup anak yatim. Yang memerlukan kasih dan sayang dari IbuBapa yang lama meninggalkannya. Kisah Keperitan hidup si anak yatim memberikan motivasi kepada diri dan hati. Sehingga ada yang menitiskan air mata keinsafan melihatkan kesusahan dan kedaifan hidup tanpa beribu tanpa berbapa. Berbanding kehidupan penuh kegembiraan dikecapi manusia yang ibu bapanya hidup dengan berbekalkan kasih mereka.
Maka, dengan keperihatinan warga Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), dengan rasa keinsafan dan kerendahan hati, menganjurkan Program Menggapai Impian 2009 pada 19 November 2009 bertempat di perkarangan Chancellor Complex UTP dilampukan keheningan petang yang sayup-sayup diterangi cahaya mentari senja. Melibatkan 4 rumah anak yatim dalam negeri Perak, setiap peserta (staff) dikenakan bayaran RM100 bagi setiap anak yatim yang ingin ditaja. Wang RM100 bukanlah apa jika ingin dibandingkan dengan hidup susah mereka. Bahkan, RM100 itu juga tidak lain hanya membantu memenuhi keperluan persekolahan mereka juga.
Beta pula, sebagai permulaan hanya mengambil seorang anak yatim. Diberi nama Saidatul Syuhadah Musa berumur 12 tahun yang juga baru sahaja melepasi UPSRnya dengan baik. Walaupun hanya mendapat keputusan yang sederhana (4A 1C 2D), Beta memahami bibit kesukaran yang dialaminya di dalam kehidupan sehari-hari. Menghadapi peperiksaan tanpa sokongan dan bekalan doa dari Ibu Bapa tercinta. Melangkah gagah meredah peperiksaaan dengan hati yang tiada siapa erti.
Beta sudah dari awal lagi memikirkan akan apakah hadiah bekalan diri yang Beta ingin berikan. Bekal nasihat dari memanda menteri di Level 4, Beta lalu mengarahkan agar mereka mendapatkan sehelai tudung biru. Belilah dari manapun bahagian jajahan takluk beta. Kerna, apa yang penting, beta mahukan dia gembira dan memahami perasaan sayu Beta terhadap mereka.
Program diraikan dengan ucapan dari Rector UTP, pemberian hadiah berupa kelengkapan persekolahan, jamuan dan diakhiri dengan persembahan dari beberapa rumah anak yatim yang terlibat. Kegembiraan jelas terukir dirautb wajah anak kecil itu terutama pabila menerima sebuah beg dipenuhi kelengkapan persekolahan mereka.
Akhirnya, pengajaran yang perlu dihayati bersama kita bahwa hidup anak yatim itu satu motivasi berharga untuk semua umat manusia. Menceritakan akan kisah hidup manusia ini hanyalah ujian dan sementara semata menjurus bahawa semua manusia adalah sama. Maka perlunya akan kehidupan yang tunduk dan patuh sebagai hamba kepada satu kuasa yang Maha Bijaksana. Kembali kepada kehidupan insani mencari keredhaan Ilahi matlamat abadi yang hanya boleh dicari sementara berada dimuka bumi.
Post a Comment