1 year ago
Impian Yang Digapai
11/22/2009 09:35:00 PM-Menggapai Impian 2009-
Program mengenang kesayuan hidup anak yatim. Yang memerlukan kasih dan sayang dari IbuBapa yang lama meninggalkannya. Kisah Keperitan hidup si anak yatim memberikan motivasi kepada diri dan hati. Sehingga ada yang menitiskan air mata keinsafan melihatkan kesusahan dan kedaifan hidup tanpa beribu tanpa berbapa. Berbanding kehidupan penuh kegembiraan dikecapi manusia yang ibu bapanya hidup dengan berbekalkan kasih mereka.
Maka, dengan keperihatinan warga Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), dengan rasa keinsafan dan kerendahan hati, menganjurkan Program Menggapai Impian 2009 pada 19 November 2009 bertempat di perkarangan Chancellor Complex UTP dilampukan keheningan petang yang sayup-sayup diterangi cahaya mentari senja. Melibatkan 4 rumah anak yatim dalam negeri Perak, setiap peserta (staff) dikenakan bayaran RM100 bagi setiap anak yatim yang ingin ditaja. Wang RM100 bukanlah apa jika ingin dibandingkan dengan hidup susah mereka. Bahkan, RM100 itu juga tidak lain hanya membantu memenuhi keperluan persekolahan mereka juga.
Beta pula, sebagai permulaan hanya mengambil seorang anak yatim. Diberi nama Saidatul Syuhadah Musa berumur 12 tahun yang juga baru sahaja melepasi UPSRnya dengan baik. Walaupun hanya mendapat keputusan yang sederhana (4A 1C 2D), Beta memahami bibit kesukaran yang dialaminya di dalam kehidupan sehari-hari. Menghadapi peperiksaan tanpa sokongan dan bekalan doa dari Ibu Bapa tercinta. Melangkah gagah meredah peperiksaaan dengan hati yang tiada siapa erti.
Beta sudah dari awal lagi memikirkan akan apakah hadiah bekalan diri yang Beta ingin berikan. Bekal nasihat dari memanda menteri di Level 4, Beta lalu mengarahkan agar mereka mendapatkan sehelai tudung biru. Belilah dari manapun bahagian jajahan takluk beta. Kerna, apa yang penting, beta mahukan dia gembira dan memahami perasaan sayu Beta terhadap mereka.
Program diraikan dengan ucapan dari Rector UTP, pemberian hadiah berupa kelengkapan persekolahan, jamuan dan diakhiri dengan persembahan dari beberapa rumah anak yatim yang terlibat. Kegembiraan jelas terukir dirautb wajah anak kecil itu terutama pabila menerima sebuah beg dipenuhi kelengkapan persekolahan mereka.
Akhirnya, pengajaran yang perlu dihayati bersama kita bahwa hidup anak yatim itu satu motivasi berharga untuk semua umat manusia. Menceritakan akan kisah hidup manusia ini hanyalah ujian dan sementara semata menjurus bahawa semua manusia adalah sama. Maka perlunya akan kehidupan yang tunduk dan patuh sebagai hamba kepada satu kuasa yang Maha Bijaksana. Kembali kepada kehidupan insani mencari keredhaan Ilahi matlamat abadi yang hanya boleh dicari sementara berada dimuka bumi.
Al-Haj
11/18/2009 01:32:00 AM
Beta terpanggil menulis lagi..
Beta sedih mengenangkan keadaan seorang ulama negara yang terpaksa membatalkan haji semata-mata kisah 'rasuah'. Ketika isu kontroversi haji ditaja ini hangat diperkatakan, Beliau yang juga seorang Menteri Besar mengumumkan kesanggupan beliau untuk membatalkan niat untuk menunaikan salah satu Rukun Islam tersebut.
Kesedihan dan kepiluan di hati sudah beta tidak dapat simpulkan dengan tali biasa bahkan sanggup beta lepaskan dengan menyimpulkan tali berapi. Sungguh beta melaknat akan sesiapapun gerangan yang membuat onar di atas keputusan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) tersebut sehingga menyebabkan sebuah rukun besar yang memerlukan pengorbanan tinggi tersebut terpaksa dibatalkan. Sehingga beta ada mendoakan akan laknatlah kepada mereka yang terlibat di dalam mengetengahkan 'rasuah' tersebut semata-mata hasad dengki dan kehitaman hati. Bahkan termasuk juga kepada mereka yang redha akan pembatalan keputusan TNGA tersebut. Bahkan Nerakalah tempat yang sesuai akan kamu sekalian.
Lalu terdetik difikiran beta, "mengapa tidak ada orang yang sanggup menaja Najib dan isterinya mengerjakan haji. Najib memang berkemampuan menjalankan haji setiap tahun walaupun tidak ditaja oleh sesiapa. Begitu juga dengan Tuan Guru, kalau dia mahu berbuat demikian tetapi mengapa tiada orang yang sanggup menaja Najib tetapi sebaliknya pada Mursyidul Am PAS."
Sudah tentu beta tahu jawapannya. Kerna, Najib bukan alim dalam ilmu Islam. Ini terbukti dengan pelbagai tindakan dan pengucapan beliau yang banyak dan jauh tersimpang dari Islam sebenar yang kebanyakkannya digunakan untuk tujuan politik dan mencari publisiti murahan sedangkan Islam itu tinggi menggunung kehebatannya dan tidak boleh dipermainkan.
Lantaran itu, belum tuntu Najib dan isterinya akan dapat melakukan ibadah Haji dengan sempurna. Ini kerna selain dari kurangnya ilmu agama, Najib dan isteri juga tiada masa untuk belajar bab Haji ini dengan mendalam lantaran kesibukan hal dan kerja duniawi. Kesannya, Haji tersebut tidak sempurna bahkan perlu dikeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk pembayaran dam dan denda Haji. penaja sudah tentu akan merasa wang ringgit akan terbazir begitu sahaja.
Seterusnya, dikuatiri juga oleh penaja (tentunya orang Umno) kiranya Najib dan isterinya menunaikan Haji tajaannya dan beroleh Haji Mabrur, najib akan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar di dalam pemerintahannya (amin, InsyaAllah). Ini akan menimbulkan kebimbangan di kalangan penyokong-penyokong tercinta Najib yang mengharapkan Islam tidak akan ditegakkan di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Sebenarnya di dalam kehidupan seharian kini, memang ramai di kalangan individu yang menaja orang tertentu menunaikan haji tetapi tidaklah menjadi isu besar. hanya baru-baru ini sahaja nampaknya kes ini menjadi isu negara. Kerna apa? Kerna pihak munafiqin dan musuh-musuh Islam sudah buntu dengan modal yang ada di benak fikiran mereka lalu digunakan modal seperti ini untuk memastikan Jemaah Islam yang membawa panji-panji Islam dapat dijatuhkan.
Oleh itu, Beta menyarakan rakyat melata sekalian, marilah taja orang-orang kuat SPRM mengerjakan haji supaya mereka mendapat hidayah dan petunjuk Ilahi (insyaAllah). Akhir sekali, Beta sekali lagi melaknat dan mendoakan mereka yang terlibat di dalam menimbulkan isu yang tidak sepatutnya timbul ini dan menjayakan pembatalan keputusan TNGA tersebut supaya dimasukkan ke api neraka.

SPRM
11/18/2009 12:32:00 AMBPR to SPRM...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 16 Disember selepas ia didebatkan dan dilakukan pindaan terhadap beberapa fasal yang berkaitan. Rang undang-undang SPRM merupakan antara janji Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk membawa pembaharuan terhadap pentadbiran kerajaan dan meningkatkan integriti badan pencegahan rasuah.
SPRM reaksi yang bercampur-campur memadangkan keterlibatannya sebelum ini sebagai satu badan yang memastikan kadar rasuah negara diturunkan tidak begitu memberansangkan. Namun, penaiktarafan yang dibuat ini perlu kerna ia dapat membantu dalam menangani gejala rasuah yang meruncing di dalam negara. Adalah diharapkan perlaksanaan rang undang-undang ini akan berjalan dengan lancar demi memastikan suruhanjaya ini diyakini oleh rakyat.
Penubuhan SPRM yang juga sebelum ini hanya merupakan sebuah badan bebas di bawah kerajaan pusat dengan nama Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dilihat mampu meniktarafkan tanggapan buruk kepada badan tersebut memandangkan suruhanjaya tersebut dikendalikan oleh sebuah suruhanjaya lebih bebas yang tidak terikat kepada mana-mana pihak.
Terkini, satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah rancangan televisyen swasta, Buletin Awani, bahawa kadar rasuah negara (CPI) telah didapati meningkat sehingga menyebabkan kedudukan CPI negara telah menurun dari tangga 47 pada 2008 kepada 56 bagi tahun 2009. Kedudukan yang menjunam jatuh sehingga 9 tangga ke bawah ini dilihat membimbangkan dari tahun ke tahun memandangkan kadar rasuah negara semakin tahun semakin menurun. Kesemua ini berkemungkinan kesan dakwaan terpilih oleh SPRM ke atas sesebuah kes dan peningkatan kadar kes rasuah oleh penjawat awam dan ahli politik yang telah dibongkar dengan menggunungnya dalam negara pada tahun semasa.
Namun, temubual melalui telefon yang dikendalikan oleh rancangan berkenaan keatas seorang Panel Penasihat SPRM diperdengarkan dan mendapati panel berkenaan menyangkal dakwaan bahawa keputusan CPI tersebut adalah tepat. Panel berkenaan menyatakan keputusan tersebut tidak sebenarnya mencerminkan kadar rasuah di dalam negara kerna SPRM telah menjalankan tugas dengan jayanya dan menjalankan siasatan menyeluruh ke atas segala kes yang telah dikemukakan kepada mereka.
Bahkan tambahnya pula, SPRM juga akan mengadakan seminar integrasi kepada penjawat awam bagi meningkatkan kesedaran integriti di dalam agensi kerajaan. Seminar berkenaan juga adalah diharapkan dapat meningkatkan lagi integriti dan kejujuran penjawat awam di dalam menjalankan tugas.
Dalam keadaan lain pula, SPRM dilaporkan telah menahan seramai 605 orang kerana disyaki terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah rasuah sepanjang tahun lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata daripada jumlah itu, seramai 323 orang atau 54 peratus adalah orang awam dan kakitangan swasta manakala 282 orang atau 46 peratus terdiri daripada pegawai kerajaan.
"Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang amat besar dari segi pengukuran tahap kesedaran penjawat awam berhubung kesalahan jenayah rasuah ini," katanya dalam ucapan pada seminar pencegahan rasuah dan pemantapan integriti perkhidmatan awam anjuran bersama SPRM dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Cawangan Negeri Sembilan.
Dalam erti kata lain, Ahmad Said berkata SPRM telah banyak menerima pelbagai aduan dan menjalankan siasatan ke atas orang awam dan pihak swasta yang terbabit rasuah khususnya kesalahan cubaan menyogok penjawat awam. Usaha kerajaan dan SPRM melaksanakan pelbagai program pendidikan pencegahan jenayah rasuah dan pengukuhan integriti sudah menampakkan kesan yang amat positif. Katanya, semakin ramai penjawat awam yang berani tampil melaporkan perbuatan penyogok mereka.
Apa yang ditagih disini adalah supaya kadar rasuah negara diusahakan agar dapat diturunkan. SPRM sebagai suruhanjaya yang menggunakan nama 'pencegahan' hendaklah merangka pelbagai cara dan aspek yang boleh diambil langkah dan tindakan supaya rasuah yang berlaku di dalam negara dapat ditangani. Langkah dan tindakan yang diambil perlulah melihat kepada cara untuk mencegah dan tidak tertumpu kepada mengesan pelakuan rasuah tersebut sahaja. Adalah perlu SPRM menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan tidak tertumpu kepada cara lama sahaja untuk mencegah kemungkaran ini dari terus bermaharajalela.
Frasa dan kata ' mencegah lebih baik dari mengubat' dari Nabi yang Ummi perlulah dihalusi dengan mendalam supaya intipati dan perlakuan mencegah oleh SPRM lebih dilakukan dari 'mengubat'. Tidak disangkal akan keperluan seminar. Namun, kita memerlukan suatu program dan model yang lebih baik dari sekarang untuk memastikan bukan sekadar kadar tetapi juga jumlah rasuah yang berlaku dapat dihapuskan sekaligus.
Ambillah contoh tindakan yang diambil oleh sesebuah kerajaan yang ada di dunia seperti Arab Saudi bahkan sebuah negeri di dalam Malaysia sendiri iaitu Kelantan yang terbukti akan rekod bersihnya selama 19 tahun bersih daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Bukan itu sahaja. Bagi memastikan pencegahan rasuah terjamin bahkan keterusannya (sustainability), perlu juga diambil langkah proaktif terhadap apa yang ada di dalam SPRM itu sendiri. Tindakan 'melahirkan semula' (reborn) SPRM oleh bekas Perdana Menteri sebelum ini sebenarnya ada membawa sedikit keabaikan kepada organisasi ini namun tidak dijalankan dengan sempurna. Ahli di dalam SPRM itu juga dilihat sebagai ahli yang buruk dari segi imej dan latarbelakang dan tidak bebas dari sebarang anasir-anasir 'jahat' sesebuah organisasi luar terutama pihak-pihak yang berada diatas.
Sumber: Buletin Awani, Berita Harian, HarakahDaily, pmr.penerangan.gov.my