eL-MahDi
"The Rising Empire"

UTP?

7/31/2009 08:54:00 PM
Hairan beta. Akan gerangan siapakan yang menalipon beta di pagi hari sesemasanya beta sedang bekerja? Adakah gerangan tersebut dari rakyat beta yang merindukan beta? Tidak. Sudah tentu tidak. Kerna, nombonya tidak dari negeri beta. Hairan sudah beta. Bila ku tanyakan nombor ini kepada memanda menteri beta, memanda menyata dari 'Perak' nombor tersebut dengan penuh kehormatan.

Hari menunjukkan Rabu (29 Julai 2009) pada ketika tersebut. Lalu beta menalipon kembali nombor tersebut. Akan tetapi tidak kesampaian pula kerna tidak tersambung talian itu. Tidak apalah. Beta biarkan sahaja. Mungkin esok akan talifon kembalinya kepada beta.

Lalu esok harinya beta menunggu dengan penuh gundah dan sabar. Betul jangkaan beta. Nombor yang lebih kurang sama menalifon beta kini. Seangkatnya beta, lalu tiba2 dimintakan kepada beta akan salinan keputusan akhir UKM dan surat pemberhentian beta di dalam pelajaran. Pelik bercampur murka beta mendengarkannya. Beta pun menanyakan akan siapakan gerangan wanita tersebut yang berani meminta sedemikian tanpa usul periksa. Rupa2nya dia dari UTP.

UTP? Pe ke bende alahnya UTP ni? Kata orang Penchu. Lalu beta mengingatkan kembali akan apakan dia UTP itu. Ianya adalah...Universiti Teknologi Petronas! Beta berjaya menjelajah UTP! Wah! Gumbira beta diberitakan akan suratan ini. Bertambah lagilah tanah jajahan beta kali ini. Sehingga ke Perak pula kali ini. Inilah bukti kehebatan usaha rakyat beta sekalian menjunjung titah dan menumpahkan pengorbanan keatas negerinya.

Bertarikhkan 1 September 2009, akan beta rasmikan penaklukkan baru beta tersebut. Marilah rakyat beta sekalian. Kita raikan dengan penuh kesyukuran! Alhamdulillah! 'Kita semua sepakat.. Di kampung hai Pening Lalat.. Mengucapkan selamat berbahagia..!!!'
Read On 0 comments

Keje Sudah!

7/31/2009 08:37:00 PM
Alhamdulillah..

Al-kisah bermula 27 Julai 2009, beta telah memulakan pekerjaan baru. Beralamat di Plaza Damansara, Bukit Damansara, beta melangkah gagah masuk ke pejabat Cimb Damansara yang juga adalah ibu pejabat bagi Cimb lebih kurang jam 830 pagi. Dengan berbekalkan sokongan dan galakkan padu yang diberikan rakyat2 beta dari seluruh negeri jajahan takluk beta, beta melangkah dengan penuh berhati-hati dan waspada lalu beta menambahkan langkah beta dengan kekuatan masuk ke pejabat tersebut.

Berdasarkan surat yang beta terima dari Cimb, beta mencari dan terus menjelajah menuju ke tempat yang tersurat. Dengan bersahaja beta bertanyakan arah dari 'pakgad' yang selenga yang menunjukkan teknik dan kaedah menaiki lif yang kuno ala berteknologi dengan tidak langsung menunjukkan kehormatannya pada beta. Beta berasa murka dan tertusuk di hati beta. Akan ku ajar manusia ini dengan kehebatan beta di Cimb ini.

Lalu dengan gah beta melangkah ke lif yang bercermin menunjukkan 'kehenseman' seorang sultan menuju ke aras 2. Sesampainya beta di sana, beta dengan hebat terus duduk di atas kerusi yang empuk. Beta membisik ke benak hati beta 'seperti pernah ku lihat kerusi ini, tetapi di mana ya?'. Oh. sekarang tahulah beta yang kerusi itu banyak ada di kedai-kedai. Di negeri beta. Bukan mahal pun. Beli 1 dapat 1 pe! Murah kan?

Setunggunya beta akan dayang2 yang akan menyambut beta, lalu datang seorang wanita dengan wajah berseri lagi bersenyum. Beta sangkakan wajahnya umpama bintang di langit. Akan tetapi, seperti semut hitam di atas lantai putih bertatahkan berlian. Lalu beta bergelak di hati 'haha'..

Begitulah permulaan kisah bersejarah permulaan pekerjaan beta di dunia. Sungguh beta berbangga dengan kehebatan yang dianugerahkan Ilahi ini. Semoga rakyat sekalian akan mendoakan keselamatan beta di sini juga bergumbira berada di negeri beta. Tidak usahlah dirisau akan keadaan beta disini. Tahulah beta menjaga diri.
Read On 0 comments

Home Sweet home

7/26/2009 02:46:00 PM
Semalam (25 Julai 2009), beta memulakan perjalanan mencari rumah sewa. Perjalanan bermula pada 9.30am dengan menaiki motosikal. Penjelajahan dimulakan dengan menuju ke Kondo di Jalan Kuching untuk menjemput Hanis. Beliau selaku Penolong Pengurus bagi Projek Mari Menyewa ini akan membantu beta selaku Pengarah Program untuk mencari rumah sewa terbaik dan dekat dengan kawasan jajahan baru beta nanti iaitu di Bukit Damansara.

Pencarian alamat rumah dan nombor talifon sebenarnya telah dimulakan awal sejak hari sebelumnya lagi di mana beta dengan kuasa yang ada telah melayari web dan laman di internet dengan jayanya. Banyak alamat dan nombor tuan rumah yang berdekatan seperti di Damansara, Segambut, Kampung Baru dan sekitarnya telah diambil. Ada yang murah dan ada yang mahal. al-maklum lah, kawasan tu belum lagi menjadi kawasan jajahan beta. Nanti bila dah jajah nanti, murah la semua tempat tu.

Penat dan lelah juga beta rasakan. Paling tension bila mencari rumah di Kampung Baru. Langsung tiada yang kosong. Semua penuh. Kalau ada pun, tuan rumah mahukan wanita sebagai penyewa. Leceh benor..

Namun, disebabkan usaha awal telah dilakukan, beta telah menjumpai sebuah yang ada sebuah rumah flat kosong yang di dalamnya hanya ada seorang 'bro' sahaja. Rumah tersebut cantik dan bersih serta dijaga dengan baik di dalamnya walaupun jika dilihat dari luar, rumah tersebut amatlah buruk dan uzur. Setelah perbincangan dijalankan, beta bersetuju untuk masuk ke rumah tersebut seawal Ogos ini. Perpindahan akan dijalankan setelah perbincangan bro tadi dengan tuan rumah dilakukan..
Read On 2 comments

2 masuk PKR

7/26/2009 02:40:00 PM

Sebelum ini, bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming telah menyertai KeADILan dan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap dasar-dasar perjuangan yang dibawa oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tengahari semalam (26 Julai 2009), dalam sebuah majlis di Petaling Jaya, Subramaniam juga mengumumkan bahawa 10 buah cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai KeADILan secara besar-besaran. Dianggarkan seramai 1,700 ahli MIC daripada cawangan-cawangan tersebut akan menyertai KeADILan.

"Saya telah menyokong KeADILan dan Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi, cuma sekarang saya dapat memberanikan diri untuk menyatakan bahawa saya akan sertai parti ini,"katanya sambil mendapat sorakan daripada lebih 350 hadirin dalam majlis tersebut.

Menurut laporan daripada Malaysiakini, Subramaniam telah berkhidmat sebagai Naib Presiden MIC lebih 20 tahun dan juga merupakan bekas Naib Pengerusi MIC Selangor untuk tiga dekad. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Adun Bukit Raja dan Ahli Parlimen Segamat.

Sementara itu, di awal majlis tersebut, pemimpin MIC cawangan Pekan Meru, AR Palaya juga mengumumkan menyertai KeADILan dan akan membubarkan cawangannya.

Berita ini memaparkan Barisan Nasional (BN) menerima satu lagi tamparan hebat apabila bekas Naib Presiden MIC, Dato' SS Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan dalam satu majlis yang diadakan di MBPJ tengahari tadi sejurus kemasukkan Dato' Chua Jui Ming ke parti tersebut.

Read On 0 comments

..Wal Asr..

Haiya Ala Solah!

Asma' Allah

Premier League


Who's There?

Me! Itz all about me!!

My photo
Previously in UKM.. After that in CiMB.. Now in UTP.. After this will be Entreprenuer insyAllah..

Followers